TT 11 1️⃣1️⃣

1K 77 3
                                    

Mereka menaiki Jet Rafael untuk pulang ke Malaysia pada malam itu juga.

Ayden tinggal di sana untuk menyiasat mengenai Victor. Kalau ada apa-apa masalah semua sahabatnya akan datang cari dia, bila lah dia boleh aman bersama isteri dia?

"It's still dangerous even if we've arrives at Malaysia. Jadi saya perlukan bantuan kamu semua untuk tinggal di rumah saya dulu, untuk keselamatan kamu." Kata Rafael dengan serius.

"Erk .. tak mengganggu pak cik ke?" Soal Firdaus segan.

"No, memandangkan Victor tu salah satu pekerja saya. Saya patut ambil tindakan atas perbuatan dia kepada kamu." Kata Rafael dengan tenang, dia kan orang yang bertanggungjawab.

Tak apalah, Rafael kaya banyak rumah.

"Oh." Balas Firdaus segan.

"So .... Which house?" Soal Haydar ingin mengetahui rumah mana satu yang akan Rafael berikan untuk mereka tinggal.

"Rumah tepi pantai tu, kalau Victor serang korang tak ganggu orang sekitar sebab rumah tu jauh dari bandar." Jawab Rafael.

"Tapi Papa bukan ke Mama suka rumah tu?" Soal Haykal.

Rafael mengangkat mukanya memandang Haykal, baru dia terfikir tentang itu selepas mendengar soalan Haykal.

"I'll just find another similar house. Tapi korang pun jagalah rumah tu." Kata Rafael lalu kembali menekan iPad miliknya.

'Senang saja dia cakap macam tu.'

Mereka semua masih kagum dengan kekayaan Rafael.

___

Mereka mendarat terus di halaman rumah pantai Rafael.

Rafael terus turun dari Jet untuk menyediakan apa yang perlu buat pelajar-pelajar itu.

"Kat sini sejuk lah." Bisik Tasha lalu memeluk lengan Viviana, Viviana membiarkan Tasha memeluknya.

"Ye do. Kita dapat call mama papa dah ke?" Soal Viviana merisaukan ibu bapanya.

Mereka saling berbisik-bisik antara satu sama lain.

Haydan yang menyedari rakan-rakannya juga merindui keluarga mereka terus membuka bicara.

"Boleh tak diorang melawat rumah masing-masing dulu? Mesti family mereka pun risau." Kata Haydan kepada Rafael.

Mereka semua memandang Rafael dengan mata yang bersinar. Semuanya mahu balik ke rumah mereka.

"I'll send Haziq and Fariz to guards you." Kata Rafael lalu masuk ke dalam rumah itu.

Mereka semua tersenyum gembira lalu mengikut Rafael masuk ke dalam.

Mereka semua terpegun melihat kemewahan rumah itu, rumah itu juga sangat bersih dan kemas.

Pembantu rumah yang menjaga rumah itu semuanya berkumpul di ruang tamu untuk menyambut kedatangan tuan rumah.

Melihat Rafael yang bercakap dengan ketua pembantu rumah Haydan terus naik ke tingkat atas.

Dia masuk ke dalam bilik tidurnya, sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di rumah itu.

Dia memasang lampu dan berjalan menghampiri drawer. Dia mengambil sesuatu dari dalam drawer itu.

"Buat apa tu?" Soal Haykal lalu masuk ke dalam bilik Haydan, dengan selambanya dia duduk diatas katil Haydan..

"Mana yang lain?" Soal Haydan lalu membuka laptop lamanya yang terletak di atas meja belajar.

"Papa dah suruh diorang pegi rehat. Tapi kena kongsi bilik lah sebab rumah ni sikit bilik." Kata Haykal lalu berbaring.

"Ish! Jangan baring situ lah, kau tak mandi lagi. Pegi mandi!" Halau Haydan geram melihat Haykal berguling-guling di atas katilnya pula.

"Penatlah nak mandi." Rungut Haykal, dia terus berbaring di atas katil Haydan.

Haydan membiarkan Haykal disitu, kalau tak dilayan nanti dia lari juga.

"Haydan .. buat apa?" Soal Haydar sambil berjalan masuk ke dalam bilik Haydan.

Haydan memandang Haydar sekilas, Haydar sudah mandi, rambut pun masih basah.

"Tak de. Kau bawa Kal tu keluar, dia tak mandi lagi dah naik atas katil aku." Kata Haydan meminta bantuan Haydar.

Haydar tidak membalas, Haydan hanya membiarkan kembarnya itu menguruskan Haykal.

Tidak lama kemudian Haydan menoleh melihat katilnya, Haykal sudah jadi dua.

Dia menutup laptopnya lalu berjalan menghampiri katilnya. Tangannya dengan ringan membetulkan selimutnya yang Haykal dan Haydar gunakan.

"Aku suruh ajak mandi, dua-dua tidur pula." Gumam Haydan, walaupun geram dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana kesian melihat kembar-kembarnya kelelahan.

Haydan pun pergi membersihkan dirinya, nasib sayang. Kalau tak sudah dia simbah dengan air.

___







Rafael dan Ayden menguruskan masalah Victor, dan selepas seminggu lebih mereka berjaya menangkap Victor dan mengambil mayat-mayat pelajar yang Victor tidak kebumikan.

Rafael membiarkan pihak berkuasa saja yang menguruskan Victor mengikut undang-undang.

Dia bawah redup matahari Haydan dan semua rakan-rakannya berdiri memandang 15 kubur rakan mereka.

"Victorian Highschool akan ditutup disebabkan hal ni. And I guess sampai sini sajalah kita berpisah." Kata Haykal dengan nada sayu.

Selepas itu mereka akan bersekolah di sekolah biasa secara terpisah-pisah.

"Apa-apapun thank you, sebab korang kami semua selamat." Ucap Kim.

"Yeah, aku pun nak berterima kasih juga." Kata Fendy lalu senyum nipis.

"Lepas ni kalau ada apa-apa yang best boleh panggil aku lagi. Aku nak join." Kata Rafiq.

Mereka mengangguk setuju dengan Rafiq.

"Yelah, anak yatim macam aku ni mana ada apa-apa nak dibuat pun." Kata Zaril pula.

Mereka tersentak mendengar kata-kata Zaril yang selamba saja.

"Yelah, lepas ni aku rasa aku nak sambung belajar lah." Ujar Caroline.

"Eleh, memang kau sorang je lah yang nak sambung belajar. Kitorang ni semua nak merempat bawah jambatan." Kata Leo. Suka betul cari gaduh.

Caroline hanya diam bersabar dengan sikap Leo.

"Dah lah. Aku nak balik rumah, nak tidur sampai esok." Kata Tiara lalu berjalan meninggalkan mereka.

"Call aku." Laungnya sebelum meninggalkan tanah perkuburan itu. Siapa je yang nak terlepas perkara menarik.

"Aku pun nak balik ah, lepas ni kena urus sekolah mana pula yang masih available." Kata Viviana lalu berjalan meninggalkan kumpulannya.

"Kau pilih sekolah mana?" Soal Haykal sambil berjalan mengikuti Viviana.

"Goodluck semua!" Tasha memberikan semangat lalu juga meninggalkan tanah perkuburan itu.

"Balik jom." Ajak Juana.

Mereka pun meninggalkan tanah perkuburan itu.







TBC

Vote

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now