TT 31

488 42 0
                                    

Tiara duduk di birai katilnya memikirkan sikap Haydan terhadapnya tadi, betul-betul berbeza dengan Haydan yang dia jumpa semalam.

"Kelirunya! Ugh!" Dia menghempaskan badannya di atas katil.

Tanpa dia sedari dia terlelap kerana terlalu penat menangis.

Tidak lama selepas itu dia terjaga semula apabila merasa ada sesuatu yang berat dan hangat menindih tubuhnya.

Matanya membulat melihat Haydan sedang tidur sambil memeluknya erat. Dah gila ke lelaki tak guna ni?!

Tiara terus menolak Haydan dan duduk jauh darinya, lepas dah dayus dengan kita tiba-tiba nak datang lagi. Tak tahu malu punya jantan.

"Tia?" Suara serak itu mula kedengaran aneh pada Tiara, perlahan Haydan bangun memandang Tiara. Dengan tak pakai baju lagi, ugh! Seksi!

"Haydan kau nak apa lagi dengan aku? Lepas kau jerit-jerit kat aku pagi tadi dan kau nak datang lagi? Tak tahu malu betul!" Ujar Tiara marah.

Haydan menayangkan muka bingung dan keliru.

"I've just met you today Tia." Kata Haydan lembut, dia menghulurkan tangannya untuk memegang tangan Tiara.

This Haydan .. pelik.

"Baru jumpa?! Kau ikut aku kat mall tadi kan!" Kata Tiara lagi.

"Tak ada, aku balik rumah jumpa dengan papa pagi tadi. Look .. papa pukul sampai lebam." Haydan menunjuk hujung bibirnya yang biru, lebih tepatnya meminta perhatian dari Tiara.

Tiara semakin terkejut, tadi tak ada semua tu. Siapa yang dia jumpa tadi?

Tiara memasang lampu tidur kemudian melihat Haydan dengan lebih teliti, lebam yang berada di hujung bibir dan bibirnya juga pecah. Mesti kuat encik Rafael pukul dia, kesiannya.

Tiara menyentuh pipi Haydan perlahan, memandang bibir pecah Haydan. Kemudian dia memandang seluruh muka Haydan yang masih kacak walaupun lebam.

Kening dah tak terbelah?

"Haydan!!" Tiara menekup kedua pipi Haydan dan menarik Haydan mendekati dia.

"Tadi kening awak terbelah tau!" Kata Tiara bingung, kenapa dah berubah semua ni? Perasaan aku atau Haydan kurus sikit tadi?

"Did you met me before?" Soal Haydan yang mula serius.

Tiara mengangguk pantas.

"Tsk!" Haydan bangun , dia terus mencapai jaket dan baju dari lantai lalu menyarungkan baju dibadannya.

"I'll see you again." Katanya sebelum turun dari katil.

"Nak pergi mana?" Soal Tiara sambil mencari sesuatu dari laci.

Haydan memandang Tiara, dia nak bagi aku perhatian ke?

"Nak cari orang yang kau jumpa tu." Balasnya perlahan.

"Esok je, sit down saya nak dengar cerita awak." Kata Tiara sambil memegang ubat luka.

Haydan terus duduk semula di atas katil, duduk bersila menunggu Tiara melayannya.

'Apa kau nak buat ni Tiara? Biarkan je lah dia tu! Pandai pandai lah dia urus diri sendiri.' Tiara menghampiri Haydan.

Penutup ubat luka itu dibuka lalu Tiara menggunakan jari manisnya untuk mencalitkan ubat sapu itu di hujung bibir Haydan.

Dengan itu Haydan menatap wajah Tiara dengan pandangan penuh cinta.

"Awak dah kenapa ni? Tenung orang macam tu." Soal Tiara, tiba-tiba malu dengan tatapan Haydan itu.

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now