TT 171️⃣7️⃣

1K 72 0
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu Triplets itu telah pun tiba, mereka berempat diterima di universiti Eldona tersebut.

Viviana masuk ke dalam bilik walk-in closet Haykal, dia duduk di sebelah Haykal yang sedang mengemaskan baju-baju yang mahu dibawanya ke Egypt.

"Memang terus diterima ke?" Soal Viviana hairan. Mereka hanya perlu daftar dan terus masuk ke universiti itu.

"Ye sayang. Memang akan diterima, kita daftar kelas latihan tu juga. Tak ada yang daftar kalau tak tahu tempat tu, jadi pelajar dia sikit saja." Balas Haykal lembut.

"Ooh." Viviana turut mengemaskan bajunya.

"Kenapa kita ni asyik kemaskan baju ek? Dari hari tu lagi." Haykal menoleh memandang Viviana.

"Tak tau, hari tu kan kita ada gangguan lipas." Balas Viviana.

Haykal mengangguk. Semuanya gara-gara lipas tu lah dia malu! Nasib kali ni tak ada lipas.

Beberapa minit berlalu, Haykal menoleh memandang Viviana yang diam saja dari tadi. Jadi sunyi pula bilik tu.

Viviana fokus bermain dengan telefonnya, bukannya kemas baju sibuk main fon pula.

"Cepat kemas sayang nanti lambat pula, esok kita nak berlepas dah." Kata Haykal dengan lembut menegur Viviana.

"Hah? Dah lah .. saya mana ada banyak barang kat sini." Balas Viviana sambil menunjuk ke arah bagasinya.

Haykal memandang bagasi Viviana yang besar itu. Dia ni perempuan ke bukan? Satu je beg? Serius lah?

Haykal mengerutkan keningnya.

"Tak bawa banyak-banyak ke?" Soal Haykal.

"Awak, saya kan tak ada baju banyak di rumah awak ni." Ujar Viviana.

Haykal menganggukkan kepalanya. Yelah, dia pun baru saja suruh Viviana berpindah masuk rumah tu untuk sementara.

"Nak tengok rumah kita tak?" Soal Haykal.

Mereka saling bertatapan. Mestilah dia nak tengok, tapi masa terhad kan dia tak nak lah menyusahkan.

"Tak apa lah .. saya bukan nak sangat nak tengok pun." Balas Viviana, memandangkan flight mereka petang esok dia tidak mahu menambah masalah.

"Serius lah? Rumah tu kita akan tinggal lama-lama sampai mati tau nanti." Balas Haykal, sebenarnya dia mahu membawa Viviana melawat rumah mereka itu.

Viviana diam, dia kelihatan tidak pasti dengan jawapannya tadi selepas mendengar kata-kata Haykal.

Haykal tertawa kecil, dia berdiri.

"Jom." Ajaknya sambil menghulurkan tangannya kepada Viviana.

"Pergi mana?" Soal Viviana, barang pun belum siap pack dah nak jalan.

"Tengok rumah kita lah sayang, jom." Kata Haykal.

"Oh." Viviana terus memegang tangan Haykal lalu berdiri.

'tak menyusahkan ke? Baik do laki aku ni.' getus hati Viviana gembira.

Haykal membawa Viviana ke rumah mereka yang terletak sangatlah jauh dari rumah itu.

__

Selepas berada dalam kapal terbang berjam-jam lamanya Triplets dan Viviana akhirnya tiba di Negara Egypt.

Cuaca di negara pada bulan Mac itu sedang bersalji tapi tidak teruk. Masih boleh jalan lagi, kereta pun masih boleh jalan.

Mereka berempat berdiri kaku di hadapan pintu lapangan terbang itu melihat salji, tak terkejut pun sebelum ni dah pernah tengok.

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now