TT 26

613 53 2
                                    

Dan begitu, enam bulan berlalu waktu untuk menamatkan sesi pertama pembelajaran mereka.

"Berapa pointer Kal?!" Soal Haydar sambil berlari menuruni tangga untuk melihat keputusan Haykal yang sedang menonton tv di ruang tamu.

"Aku kan yang paling pandai!! Muahahahhahahha -"

"3.80 je dia tu." Balas Viviana menghentikan Haykal yang baru saja mahu menipu Haydar dengan markahnya.

Haykal memandang Viviana dengan pandangan kecewa dan sedih, bini tak support kita.

Pffftttt!!!

Haydar mentertawakan Haykal yang tak jadi mahu menipunya.

"Hah! Kau berapa pula?" Soal Haykal.

"Semestinya lagi tinggi dari kau lah!" Balas Haydar lalu duduk di sofa.

"Jadi? Berapa!" Soal Haykal tidak puas hati.

"3.85." Balas Haydar serius.

Mereka bertiga menjadi serius, ingatkan tinggi mana tadi tapi tinggilah tu dah boleh pergi jauh dah.

"Oh .. Ok lah tu." Balas Haykal kekok dengan Haydar di hadapan Viviana pula tu malukan diri sendiri.

"So! Vivi berapa?" Soal Haydar, memandangkan Viviana ni orang-orang gifted mesti dia tinggi dari mereka kan.

"3.99 je, sikit lagi." Balas Viviana merendah diri.

"Je?! Viviana kau ni nak memalukan pointer aku ke?" Soal Haydar tidak puas hati dengan Viviana yang terlalu merendah diri.

Viviana tertawa kelucuan dengan reaksi Haydar.

"Mana ada!" Balas Viviana sambil tergelak kuat.

Haykal berpeluk tubuh melihat Viviana tertawa kerana Haydar, cemburu lah dia tengok Viviana ketawa macam tu dengan lelaki lain.

"So , Mana Haydan?" Soal Haydar mengubah topik selepas melihat muka masam Haykal.

Viviana dan Haykal mengangkat bahu sambil menggelengkan kepala mereka serentak.

'Fuhh..' Haydar berdiri lalu mengeluarkan telefonnya.

_

Tiara memakai tali pinggangnya bersiap untuk keluar menyelesaikan misi mereka, misi tersebut merupakan misi terakhir mereka sebelum melanjutkan ke pelajaran yang seterusnya.

Dia memakai pula vest selepas itu, disebabkan vest itu terlalu susah untuk dipasangkan dibadan sendiri Haydan menghulurkan tangannya.

"Aku boleh buat sendiri." Tiara bertegas untuk memakai dengan sendiri vest keras itu.

"Degil." Gumam Haydan halus, dia terus menarik Vest Tiara lalu memakaikan untuk Tiara.

"Saya boleh buat sendiri lah." Balas Tiara namun masih membiarkan Haydan membantunya, dia hanya berdiri kekok menunggu Haydan siap.

"Kenapa kau marah aku Tiara?" Soal Haydan sedangkan dia sudah tahu kenapa Tiara bersikap begitu dengannya.

Tiara menepis tangan Haydan kasar, boleh dia tanya macam itu lagi!! Lelaki ni tak ada otak ke? Asyik sakitkan hati orang saja!

"Haydan stop it, kau nak buat aku benci kau ke?" Soal Tiara geram, takkan Haydan tak tahu apa salah dia pula.

Haydan terus menatap Tiara dengan pandangan redup, dia tiada niat untuk melukai Tiara sedikit pun.

"Ish!" Tiara berpusing membelakangi Haydan lalu berjalan menuju ke meja yang dipenuhi peralatan yang mereka akan gunakan.

'kalau iya pun tak payah lah nak tengok aku macam tu! Haydan bodoh!' Tiara merenung semua peralatan itu dengan hati yang sakit.

"Tiara , kau sayang aku ke tak?" Bisik Haydan yang sudah berdiri rapat dibelakangnya.

Nafas Tiara mendadak laju.

"Haaa?" Bisik Haydan lagi betul-betul di atas kepala Tiara.

"Angguk atau geleng jawapan kau." Ujar Haydan dengan nada bisik lagi.

'kenapa nak bisik-bisik pula ni? Dia ni ada problem ke?' Tiara mula mengesyaki sesuatu kerana tingkah aneh Haydan.

Tiara menurunkan egonya, dia anggukan kepala perlahan.

Haydan menghelakan nafasnya kuat bagi memecahkan kesunyian.

"Jom gerak." Balas Haydan dengan nada biasa, dia terus keluar dari ruang persediaan itu.

Tiara kaku melihat pintu ruangan itu tertutup rapat kembali selepas kelibat Haydan hilang.

"Hah? Apa maksud dia tu?" Tiara merasa dia sedang dipermainkan lagi, hampa lagi perasaannya.

"Aku benci! Haydan tak guna! Kau dah buat aku suka kau lepas tu kau tinggalkan aku macam ni?! Aku tak akan tunggu kau!!" Tiara duduk mencangkung sambil mengusap dadanya yang sebak.

Perlahan air mata bertakung di matanya, penglihatannya mula kabur disebabkan air mata.

Haydan yang masih menunggu di sebalik pintu hanya mampu tersenyum pahit mendengar esakan Tiara.

Haydan berjalan meninggalkan tempat itu dengan hati pilu.

Tiara keluar ke tempat pelepasan jet, dengan mata merahnya dia berjalan menghampiri Haydan dan Sir Alex yang akan menerangkan tentang misi mereka.

"So, I akan terangkan tentang misi kamu secara ringkas. Selesaikan dalam tempoh seminggu, if not korang berdua tak akan di sokong lagi you'll be abandoned." Kata Sir Alex dengan muka serius.

Haydan tetap dengan raut muka seriusnya sedangkan Tiara mula gementar selepas mendengar kata-kata Sir Alex.

Setelah itu Haydan dan Tiara pun dihantar ke negara jiran bagi mendapatkan maklumat.

___

Dan begitu, empat hari berlalu ...

Namun Tiara dan Haydan masih belum menyelesaikan misi mereka, Tiara mula merasa risau dengan misi mereka itu. Mereka akan berhenti menerima bantuan dari pangkalan dalam tiga hari lagi.

"Haydan, kau tak nak keluar ke hari ni?" Soal Tiara , setiap hari dia lihat Haydan di dalam rumah sewa mereka hanya dia saja yang keluar dan melakukan misi mereka.

"Mhmm?" Balas Haydan sambil duduk di sofa menonton tv.

Tiara merasa marah melihat kelakuan Haydan yang mendadak berubah 360 darjah, Haydan tak pemalas sebelum ni.

'Dia ni tak nak balik ke? Dia tak nak selesaikan semua ni cepat?!' Tiara menggenggam penumbuknya menahan marah.

"Haydan.. kenapa kau macam ni?" Soal Tiara lalu duduk di sebelah Haydan.

Haydan terus diam tidak membalas apa-apapun, dia bangun lalu keluar dari rumah itu tanpa berkata apa-apa juga.

Tiara kelu.

'apa salah dia?' air mata yang dia tahan dari tadi mulai tumpah membasahi pipinya.

"Jangan nangis sebab lelaki tak guna macam tu Tiara .." Tiara mengusap dadanya untuk menenangkan dirinya sendiri.




Haydan membuka fail-fail berisi maklumat yang dia sudah kumpulkan selama empat hari ini.

Maklumat tersebut merupakan maklumat yang sangat berbahaya, dia bahkan tidak mahu menyerahkan maklumat itu kepada Sir Alex dan agensinya yang sangat mencurigakan.

"I guess we'll try our best to survive." Ujarnya lalu membakar satu persatu fail itu, tidak ada gunanya untuk memberi semua maklumat itu kepada Sir Alex kerana ia bakal mencetuskan perang.

Setelah membakar semuanya menjadi abu dia menyiram abu-abu itu dengan air, semuanya selesai. Kini dia akan dibuang dari agensinya.

Haydan menghubungi seseorang pula selepas itu.

"I accept your offer... Father."

Panggilan terus dimatikan selepas orang di sebelah talian menjawab. Tanpa ragu-ragu lagi Haydan membuat keputusan untuk keselamatan Tiara.







TBC

Vote

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now