TT 15 1️⃣5️⃣

1.1K 77 1
                                    

Viviana turun ke dapur pada awal pagi, dia terserempak dengan Diandra yang bergegas mahu ke sekolah di tangga dan Hasya yang sedang menyiapkan sarapan.

Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke dalam dapur, dia berasa segan untuk bercakap dengan Hasya.

"Assalamualaikum Mama." Sapa Viviana masih belum terbiasa dengan Hasya.

Hasya menoleh memandang menantu pertamanya, dia tersenyum melihat gadis muda itu bangun awal untuk membantunya.

"Waalaikumussalam Vivi, duduk lah sana Mama dah nak siap ni." Kata Hasya tidak mahu Viviana melakukan kerja selepas malam pertama mereka.

"Saya tak perlu tolong apa-apa ke Mama?" Soal Viviana segan mahu duduk sedangkan Hasya melakukan semua kerja.

"Tak pe, Mama boleh buat semua." Balas Hasya.

Viviana semakin overthinking, Hasya tak suka dia ke?

"Duduk saja lah kalau Mama dah suruh tu, kau ni pun." Haydar masuk ke dalam dapur lalu duduk di meja makan dengan selamba.

"Hah, Dar kamu tolong mama letakkan pinggan atas meja." Arah Hasya.

Haydar mengerutkan keningnya, kalau dia nak suruh kenapa tak suruh Viviana yang sampai dulu di sana?

"Saya buat Mama!" Viviana menawarkan diri dengan pantas.

Hasya berpusing memandang mereka berdua dengan pandangan geram.

"Mama tak nak susahkan kamu Vivi, awak kan baru lepas malam pertama semalam. Mesti penat." Ujar Hasya.

Muka Viviana serta merta berubah merah padam.

Haydar yang melihat muka merah Viviana itu terus tertawa kecil.

"Hahh .. macam mana? Haykal? Ok tak?" Soal Haydar sambil mengangkat keningnya dengan senyuman nakalnya.

"Ma ma ma na ada! Mana ada buat apa! Apa ...." Kata Viviana tergagap-gagap kerana terlalu malu.

"Hah? Tak ada?!" Soal Haydar mengusik Viviana.

Viviana menundukkan kepalanya, dia terlalu malu untuk mengangkat mukanya.

"Haydar! Cepat tolong mama! Jangan kamu ganggu dia lagi. Ishh, tak pe Vivi kamu masih muda ada banyak masa lagi." Kata Hasya, dia tahu dia sudah melampaui batas.

"Korang buli Vivi aku ek?" Haykal masuk ke dalam dapur lalu memeluk bahu Viviana.

"Mana ada." Balas Haydar lalu membantu Hasya menyediakan makanan.

"Awak kena buli ke?" Bisik Haykal lalu menarik kerusi untuk Viviana duduk.

Viviana menggelengkan kepala lalu duduk di kerusi yang sudah Haykal tarik.

"Are you telling the truth?" Soal Haykal lalu duduk di sebelah Viviana.

Viviana menganggukkan kepala. Haykal senyum lalu mengusap kepala Viviana.

'kenapa dia ni?! Sejak bila dia layan aku baik macam ni? Selalunya main jerit-jerit.' getus hati Viviana.


_

Haykal mengemaskan baju-baju yang akan dia bawa ke rumah baru yang dia beli sendiri.

"Nak bawa baju macam mana?" Soal Viviana lalu masuk ke dalam walk-in closet Haykal.

"Hmmm .. bawa je yang saya dah susun dekat almari tu." Kata Haykal sambil menyusun kasut-kasutnya.

"Arghhhhhhhh!!" Viviana menjerit nyaring. Haykal terus berdiri untuk memeriksa Viviana yang tiba-tiba menjerit.

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now