TT 03 3️⃣

1.5K 92 1
                                    

Petang itu 30 pelajar bersedia untuk menaiki jet peribadi yang Victor sediakan. Tiba-tiba saja lelaki itu jadi kaya dan mampu beli segalanya.

Mereka semua berbaris di dataran.

"So, semua dah ada kan?!" Soal Haydan dengan suara kuat.

"Yes!!" Balas mereka dengan serentak.

"Macam yang aku dah bagitau tadi, kita akan berangkat ke New York hari ni. Dah prepare semua?" Soal Haydan tegas.

Haydar berdiri di sebelah Haydan untuk mengatakan sesuatu.

"Kalau ada yang nak tarik diri sila keluar dari barisan!" Jerit Haydar tegas, matanya melihat satu persatu pelajar yang berlainan umur di hadapannya itu.

Tiada satu pun yang keluar daripada barisan.

"Kalau ada boleh keluar, kami tak paksa." Tambah Haykal, dia juga sangatlah serius saat itu.

Tasha dan Viviana kagum melihat Triplets nakal itu boleh serius seperti itu. Peluang jarang ni!

Tetap tiada yang berundur.

"Kalau macam tu, keselamatan korang adalah tanggungjawab masing-masing. Macam mana rules masa korang sign kontrak dengan kami." Ujar Haydan dengan nada datar.

"Make sure sentiasa pasang telinga dan buka mata. Kita tak tahu musuh dari mana." Tambah Haykal pula, diorang yang sudah sering keluar bersama dengan Harvy dan Victor bahkan dengan Rafael pun pernah.

"Faham tak ni?!" Soal Haydar. Dia tahu semua pelajar-pelajar itu gementar, mereka dulu pun gementar sangat.

"Faham!!" Jerit mereka serentak.

Haydan sengih lalu naik ke dalam jet itu.

"Dah ke?" Soal Charles yang menjadi pilot jet pada hari itu.

"Dah." Balas Haydan lalu menyuruh perempuan masuk dahulu. Hanya ada 10 orang pelajar perempuan yang mengikuti pelajaran khas itu.

Selepas semua perempuan sudah naik pelajar lelaki pula yang naik.

Selepas semua orang sudah naik, kini giliran Haykal pula menjelaskan peraturan dalam jet.

"Kalau nak hidup aku cadangkan jangan pakai seat belt. Kenapa? Sebab kalau kita kena tembak masa dalam jet kita boleh lompat keluar dengan senang, tak perlu nak terbelit dengan belt tu." Ujarnya lalu meletakkan beg besar yang berisi senjata dihadapan mereka semua.

"Pegang dengan kuat!" Kata Charles dari radio.

Haydar dan Haykal mengedarkan senjata dan cara gunanya kepada semua pelajar itu.

"Jangan menggelabah sangat and ikut arahan." Pesan Haydan.

Mereka mengangguk faham walaupun semuanya sangat gementar dan takut.

Haydar memerhatikan semua pelajar-pelajar di situ, separuhnya anak yatim piatu dan separuh lagi hanya mempunyai salah seorang dari ibu bapa mereka.

'unfair world.' getus hatinya. Dia terfikirkan tentang Mamanya pula, Hasya sangatlah menyayangi mereka tanpa sedikit celah pun. Semuanya mereka dapat jika minta saja, tak pernah tak adil.

Haydar tersengih sendiri memikirkan Mamanya.

"Fikir siapa tu? Awek eh?" Soal Viviana yang duduk berhadapan dengannya, Viviana sengih.

Haydar turut sengih dengan mata yang tertutup. Viviana kaku melihat senyuman manis daripada Haydar itu.

' Handsome is a crime!'  jerit Viviana dalam hati. Dia yang nak mengusik , dia pula cair.

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now