Turun dari van sekolah, aku melangkah tanpa menoleh kiri kanan. Cuaca panas buatkan aku mahu masuk ke rumah secepat mungkin. Nasib baik lagi memang van berhenti betul-betul depan pagar rumah.
"Lya!" Suara menjerit dari arah belakang menghentikan langkahku.
Suara yang memang aku kenal sangat. Siapa lagi kalau bukan Zhafran, anak jiran sebelah yang suka sangat jerit nama aku. Anak bujang Mama J, wanita yang sudah aku anggap seperti ibu sendiri.
Tapi anak Mama J ni, makin besar panjang, makin suka buat aku sakit otak nak melayan.
"Aku lapar, masuk rumah aku dulu." Tiba-tiba beg yang aku sandang di bahu terasa ditarik.
"Eh, mangkuk... Aku nak balik mandi dulu laaa.." Aku terus pukul tangan dia yang berterusan menarik tali beg di bahuku sehingga aku terpaksa mengikut langkahnya menuju ke depan pagar rumah dia.
"Aku lapar." Itu yang dia ulang.
"Bodohlah kau ni. Kau yang lapar, apa kena mengena dengan aku pulak?" Aku betul-betul tak puas hati.
"Mama mesti suruh aku tunggu kau kalau nak makan. Baik kau terus masuk rumah aku, makan dulu lepas tu baru kau balik rumah kau." Panjang alasan dia beri.
Memang betul pun begitu. Sejak aku menjadi anak asuhan Mama J dari usia lapan tahun, apa yang Zhafran nak buat, kena ambil kira aku sekali.
"Sebab tu aku rasa, mama lebih sayang kau daripada aku." Kali ini dia seperti meluah rasa hati pula.
Macam perempuan pula gayanya, sensitif bermusim.
"Mama bukan tak sayang kau tapi kau tu selalu degil. Tu pasal selalu kena marah. Hadap game 24 jam, buku tak pernah nak belek. Cuba kau dengar cakap mama dan papa, baru tak kena marah." Aku pangkah cakap dia sambil bebel.
"Aku degil pun, kau tetap sayang, kan?"
Zap! Soalan Zhafran bagai petir memanah ke hatiku.
Aku sayang dia?
Jawapannya, ya!
Tapi Zhafran tetap Zhafran. Perkataan sayang tu bagi dia macam 'kawan'. Aku sayang kau=aku kawan kau. Tak pelik pun.
"Cakap sekarang, kau sayang aku ke tak?" Tiba-tiba dia bercekak pinggang dan menghalang langkahku. Gaya macam sedang mengugut.
"Apa main ugut-ugut ni?" Setapak aku berundur ke belakang bila perasan kedudukan kami macam tersangat dekat.
"Cakap cepat!" Dia melangkah ke depan.
"Tak!" Terus aku beri jawapan tanpa maksud apa-apa. Takkan aku nak cakap aku sayang dia. Sebab perkataan sayang tu bagi aku definisinya sangat berbeza dari dia.
"Tak kisahlah! Tapi aku sayang kau." Itu ayat putus dia sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, tinggalkan aku terkulat di situ.
Tadi beria ajak aku masuk rumah dia. Sekarang tinggalkan aku macam orang bodoh.
Memang bodoh la Zhafran ni!
YOU ARE READING
HATI KALA CINTA
RomantikKadangkala, kita perlu bersabar dengan hujan untuk melihat pelangi. Di mata Lya, Zhafran adalah segalanya. Tapi apa yang Lya tahu, di mana Zhafran dia hanyalah seorang sahabat yang disayangi dan tak boleh di'sentuh' oleh sesiapa pun. "Aku takkan ben...