Bab 8

724 21 3
                                    

HAJAT di hati nak tolong ibu masak untuk makan lama. Dua minggu tak balik, rasa nak sembang-sembang tapi bicara ibu yang tiba-tiba sebut nama Nurin buat aku hilang mood.

"Nurin selalu juga tolong ibu kat dapur."

"Dah tu, mana dia hilang tak nampak batang hidung?" Pantas saja aku membalas.

Sejak aku sampai ke rumah tadi, tak nampak pun muka dia.

"Katanya nak sambung belajar. Keluar pergi survey tempat."

Belum sempat aku bertanya lanjut, suara perempuan itu sudah kedengaran.

"Mak long, Nurin dah balik."

Serentak dengan suara itu, Nurin muncul di ruang dapur.

"Haaaa... Dah balik dah." Mesra suara ibu menyambut kepulangan perempuan itu.

Sepanjang aku duduk di kampus, tak pernah pula ibu sambut kepulangan aku dengan mesra begini.

"Eh! Lya pun ada." Nurin menegur gaya terkejut.

Tapi aku buat gaya tak dengar apa-apa, fokus pada kacang buncis yang sedang aku potong.

Haruman Nurin yang masuk ke hidungku sangat menyengat. Aku rasa dia ni mesti pergi kedai perfume dan sembur tester habis sebotol.

"Mak long nak Nurin tolong apa ni?" Handbag dia letakkan ke atas meja.

Dengan hujung mata aku pandang. Bukan main lagi handbag pun jenama Coach. Entah original atau pasar malam, aku tak dapat pastikan.

"Takpelah, Nurin pergi rehat dan tukar baju dulu." Lembut ibu menolak tawaran Nurin.

Tapi aku rasa nak saja suruh dia tumbuk cili api dengan bawang untuk buat rencah goreng sayur ni.

"Nurin dah survey Sunway College tu. Bagus sangat. Nurin suka. Abang Zhaf pun suka."

Bila dia sebut Abang Zhaf, terus kepalaku tertoleh ke arahnya.

Atas bawah aku pandang dia. Dress yang dia pakai ketat semacam. Nampak segala bentuk badan. Lengan dress pun pendek sungguh. Dia memang la tak bertudung macam aku, tapi kurang-kurang pakailah yang sopan sikit.

Tapi, abang Zhaf yang dia sebut tu, adakah Zahfran?

"Jumaat aku balik awal tau, tak dapat tunggu kau." Teringat kata-kata Zhafran kelmarin.

Hari ni abah yang jemput aku balik sebab Zhafran balik awal pagi. Memang hari jumaat kelas dia pagi saja. Selalu dia tunggu habis kelas petang baru balik sebab nak bawa aku sekali.

Adakah dia balik awal sebab Nurin?

"Ingat Intake akan datang ni, Nurin nak mohon."

"Kalau Nurin rasa okey, mak long sokong jer. Muda-muda ni, bagus sambung belajar." Sokongan ibu berikan.

Dan aku nampak Nurin hampiri ibu. Tubuh ibu dipeluk manja mengalahkan aku yang anak ibu ni.

"Terima kasih, mak long." Nada ceria Nurin bersuara.

Haruslah berterima kasih sebab nanti yang nak kena tanggung dia belajar tu haruslah mak long.

Ini lagi satu hal yang aku tak puas hati.

"Nanti Nurin cuba cari duit sendiri untuk tanggung kos belajar tu. Abang Zhaf pun janji nak carikan Nurin kerja part time. Kalau hari tak ada kelas, Nurin boleh kerja."

HATI KALA CINTAWhere stories live. Discover now