"Aku hanya minta kau percayakan aku." Pinta Zhafran ketika aku berdiam di dalam pelukannya.
"Dan terima kasih kerana sudi jadi isteri aku. Terima kasih kerana sayang aku sejak dulu walau aku tak pernah tahu."
Deru nafas Zhafran kedengaran jelas di tepi telingaku. Pelukannya aku balas.
"Aku percaya kau." Itu yang aku lafazkan. Tapi dalam hati berbisik, aku masih belum puas hati dengan jawapan tentang kenapa dia memilih Nurin dulu.
Zhafran renggangkan pelukan.
"So, nak pergi Istanbul dengan orang yang kau sayang tu, dengan akulah kan?" Soalan yang sengaja nak kenakan aku.
Dah tahu kenyataannya begitu, lagi nak aku mengaku.
"Taklah!" Aku pula sengaja main-mainkan dia.
Lengannya aku tolak dan bangkit berdiri.
Belum sempat aku melangkah, dia sudah memelukku dari arah belakang.
"Baik mengaku." Dia tak benarkan aku melangkah.
"Nak ambil wuduk. Kau la ni, dah batal wuduk aku." Aku tepuk-tepuk lengannya yang membelit di tubuhku.
"Mengaku dulu, orang yang kau sayang tu adalah aku." Masih tak mahu lepaskan, dia paksa aku mengaku.
"Perasan lebih la kau ni."
"Okey! Lepas solat nanti, aku tunjuk macam mana cara orang perasan lebih ni boleh buat kau angau sampai tak boleh lupakan aku."
"Tunjuk apa?" Aku terus berpusing menghadap ke arahnya.
Tapi, dia hanya angkat bahu dan cebikkan bibir. Maknanya, dia malas nak jawab sekarang.
"Boleh tak bagi aku tidur dengan aman malam ni?"
Terus Zhafran ketawa mendengar permintaanku.
"Macam tahu jer aku tak nak bagi kau tidur malam ni." Dia terus berlalu.
"Zhafrannn!!!" Kuat aku jeritkan namanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
HATI KALA CINTA
RomanceKadangkala, kita perlu bersabar dengan hujan untuk melihat pelangi. Di mata Lya, Zhafran adalah segalanya. Tapi apa yang Lya tahu, di mana Zhafran dia hanyalah seorang sahabat yang disayangi dan tak boleh di'sentuh' oleh sesiapa pun. "Aku takkan ben...