Bab 3

463 16 0
                                    

TANPA memberitahuku dan tanpa berbincang, ibu buat keputusan untuk membawa anak perempuan mak su tinggal bersama kami. Aku tahu pun bila balik ke rumah hujung minggu berikutnya.

"Nurin dah tak ada siapa-siapa lagi. Bapa tiri dia pun tak nak ambil peduli. Takkan ibu nak tinggalkan dia macam tu jer." Itu alasan ibu yang sampai ke telingaku.

"Dia yatim piatu, Lya. Kesian dia." Sambung ibu lagi.

Yalah, anak yatim tapi dah besar panjang kut. Kalau tak silap umurnya muda dua tahun dari aku.

Tak cakap banyak, aku diam saja dan berlalu naik ke bilik. Tapi kecil hati tu tetap tak mahu pergi. Entah kenapa aku dapat rasa yang kasih ibu akan perlahan terbahagi dua.

Memanglah kami sepupu tapi jarang bertemu. Mak su ni jenis yang tak suka sangat bercampur dengan keluarga. Hari raya pun dia jarang balik. Dan Nurin tu pun ikut perangai mama dia, tak bercampur dengan orang.

Masuk ke bilik sendiri, aku nampak bilikku seperti berbeza. Seperti ada orang masuk dan punggah barang-barang aku. Rak novel kesayangan aku juga nampak seperti terusik sebab ada lompong sana sini.

Tak mungkin ibu sebab selama ni ibu tak pernah sentuh barang aku. Selalu kalau aku tinggalkan begitu, bila aku balik dari kolej, keadaan tetap tak berubah.

Beg sandang aku baling ke katil dan melangkah keluar semula dari bilik. Dan langkahku terhenti bila nampak pintu bilik di hujung sebelah kiri yang biasanya kosong nampak terbuka. Pasti ibu bagi Nurin tinggal kat situ.

Terus langkahku melencong ke situ.

Sebaik kaki berdiri betul-betul di depan pintu bilik, mataku bagai mahu terkeluar. Dada terus berombak.

"Ni perempuan ke lelaki duduk ni?"

Pengotor! Baju dan seluar bersepah atas katil. Dan benar telahanku, novel-novel kesayanganku berselerak atas katil.

Yang buat aku hilang sabar, salah satu daripada novel koleksi kesayanganku diletakkan terkangkang atas tilam. Aku yang tuan punya pun nak belek bila baca penuh hati-hati takur rosak. Dia boleh pula kangkang novel tu macam tu saja?

Hati yang berapi, aku kutip semua novel-novel tersebut. Mula tu, aku ingat novel saja dia ambil. Rupanya blouse yang bersepah atas katil juga milik aku. Memang aku kenal blouse tersebut, Zhafran yang belikan waktu kami keluar untuk beli baju dia.

Terus aku capai juga blouse tersebut dan berlari turun.

"Ibu!... Ibu!" Aku jeritkan nama ibu sambil melangkah ke arah dapur.

Di meja makan, langkahku terhenti bila ternampak ibu dan Nurin sedang duduk di situ dan kedua-duanya serentak memandangku.

"Dah kenapa ni menjerit-jerit?"

"Hah! Eloklah kau ada sekali." Tak peduli dengan soalan ibu, aku tunjuk jari ke arah Nurin.

"Ni, siapa benarkan kau usik barang-barang aku?" Tiga naskhah novel dan blouse putih yang aku 'kutip' dalam bilik yang dia huni tadi aku humbankan ke atas meja.

"Astaghfirullahalazimmm... Kenapa kasar sangat ni, Lya?" Ibu pantas bangkit berdiri. Mungkin terkejut dengan tingkahku.

Mata ibu mencerlung memandangku.

"Lya takkan kasar kalau orang tahu hormat privasi Lya." Aku balas bicara ibu tapi mataku tajam ke arah Nurin yang sudah ala-ala mahu menangis di kerusi.

HATI KALA CINTAWhere stories live. Discover now