Bab 6

401 13 0
                                    

BERPELUK tubuh dengan pandangan lurus ke depan, aku kumpul banyak kesabaran. Kalau ikutkan hati aku nak saja berjalan kaki pulang semula ke kolej.

"Berapa dia bayar kau untuk bawa aku keluar ni?" Terus aku hamburkan amarah bila Zhafran masuk ke tempat pemandu. Marah yang aku simpan sejak awal tiba di meja untuk minum tadi.

Gelak Zhafran bergema.

"Dia lelaki baik-baik, Lya."

"So?" Badan aku pusing ke arah Zhafran dengan soalan gaya sarkastik.

Tadi depan Hijaz aku banyak diam sebab takut tersalah cakap. Yalah, dia tu ustaz. Aku ni pula brutal tambah-tambah bila bercakap dengan Zhafran.

"Bila dia kata dia suka kau dan minta tolong aku sebab aku rapat dengan kau, aku fikir bagus juga kalau kau dengan dia."

Terasa mahu menangis mendengar ayat tersebut. Tapi aku senyum. Senyuman bersama muka yang sedang menahan rasa.

Entah rasa yang bagaimana

Marah.

Geram.

Sakit hati berganda.

'Kalau Hijaz boleh suka aku, kenapa kau tak boleh suka aku, Zhafran?' Soalan tersebut bergema di hatiku.

"Dia lelaki baik, Lya. Kau patut fikir..."

"Aku tak perlukan lelaki baik-baik, Zhafran." Terus aku pintas bicaranya.

Tak perlu Zhafran canang, aku memang dah tahu lama. Lelaki yang aku panggil Abang Hijaz itu memang lelaki baik-baik. Dan di fikiran aku, perempuan yang layak dengan Hijaz itu adalah seperti Adura, bertudung labuh dan sentiasa sopan bicaranya.

"Sebab aku bukan perempuan baik-baik untuk dapatkan lelaki baik-baik." Kenyataannya, aku hanya mahukan Zhafran. Jadinya, lelaki lain sudah tak menarik di mata aku.

"Dia minta aku lepaskan kau sebab selagi aku rapat dengan kau, tak akan ada lelaki berani dekat dengan kau." Luah Zhafran kemudiannya. Kereta digerakkan untuk menghantar aku semula ke kolej.

Badan aku terus menegak. Seperti tak percaya dengan apa yang aku dengar. Tapi ada benarnya juga. Sepanjang aku di sini, kawan lelakiku hanya Zhafran. Yang lainnya semua perempuan.

"Dia cakap, kalau aku tak ada apa-apa perasaan pada kau, aku tak boleh ikat kau." Zhafran tarik nafas.

"Dan aku fikir, betul juga cakap dia tu."

"Apa yang betul?" Soalan aku tanya. Sepertinya aku bagai tersesat dalam topik Zhafran yang agak serius petang ini.

"Betul selagi aku rapat dengan kau, tak ada lelaki yang berani dekat dengan kau." Jawapan Zhafran buatkan aku mahu saja menjerit.

Mahu aku katakan padanya yang aku tak mahu lelaki lain. Tapi rasa malu itu masih ada. Sudahnya, aku diam mematung sehingga kereta Zhafran memasuki ruang lapang di depan kolej, tempat yang selalu dia tunggu aku.

Keretanya dihentikan dan dia berpusing badan ke arahku.

"Dia dah cakap kat aku banyak kali sebenarnya. Tapi aku ingat dia main-main. Sebab aku tak boleh fikir macam mana lelaki ala-ala ustaz seperti dia boleh suka perempuan brutal macam kau." Ayatnya memang buat aku sentap.

"Aku tahu aku tak cantik. Tapi tak payah la nak hina aku sampai macam tu." Bibir aku kemam menahan rasa.

"Eh! Aku bukan hina kau la. Siapa cakap kau tak cantik? Kau sangat cantik di mata aku." Kata balas Zhafran sudah tak mampu membeli jiwa aku.

"Dah la Zhafran." Pintu kereta aku buka.

"Hey! Aku belum habis cakap lagi." Zhafran seperti tak puas hati bila aku ambil keputusan untuk keluar.

Dia juga ikut keluar.

"Kau fikirkanlah apa yang aku cakap tu."

"Kau cakap apa?" Kaki yang mahu melangkah terbantut.

"Lembap la kau ni. Tentang Hijaz tu la."

"Kau faham tak maksud tak nak?" Kali ni aku betul-betul marah. Zhafran ni memang tak faham atau buat-buat tak faham?

"Habis tu, kau nak siapa sebenarnya?"

'Aku nak kau.' Ayat itu yang mahu aku luahkan tapi hanya bergema dalam dada sendiri saja. Tak terluah keluar.

Entah tak berani atau mungkin aku takut jika ditolak atau diketawakan. Baiklah aku simpan saja rasa ini.

"Yang kau susah hati aku nak siapa ni, dah kenapa?" Soalan balas aku berikan.

"Aku takut kalau aku makin sibuk, tak ada orang nak sentiasa teman kau." Ayat Zhafran nampak sangat prihatinnya.

"Eh! Aku tak mati la kalau kau tak selalu teman aku pun." Balasku pantas.

"Memanglah tak mati. Tapi aku tetap susah hati sebab tak ada orang nak teman kau." Kata balas Zhafran buat aku pelik sendiri.

Aku bukan tak ada kawan, ramai kawan kut. Tapi semuanya perempuan. Dia sorang saja lelaki yang aku rapat.

Tapi kalau dia sibuk sekali pun, takkan langsung tak ada masa nak keluar makan atau minum macam biasa?

Dan tiba-tiba aku terfikir, sejauh mana sibuk yang Zhafran takutkan itu?

Sibuknya untuk apa? Study? Atau ada sesuatu yang aku tak tahu?

HATI KALA CINTAWhere stories live. Discover now