Teaser 1

464 13 0
                                    

"Sayang..."

"Jangan panggil sayang! Pergilah sayang Nurin tu." Aku tolak tangannya.

Terus Zhafran geleng kepala. Tapi bibirnya melakar senyum.

"Apa senyum-senyum?"

"Cemburu kau ni, dah sampai tahap kritikal."

"Cemburu? Tolonglah! Kalau tak sebab terpaksa..." Bicaraku mati di situ apabila Zhafran tiba-tiba bertindak menekup mulutku.

Sebelah lagi tangannya memaut bahuku. Sesaat aku tergamam dengan tindakannya. Cepat sungguh dia bertindak sehingga aku tak sempat untuk melakukan apa-apa.

"Jangan cakap sesuatu yang boleh melukakan hati suami, berdosa." Lembut nada Zhafran, tidak marah dan tidak juga seperti orang yang mahu marah.

"Dan... Aku tak nak kau berdosa kerana aku hanya untuk sebaris ayat." Dia menyambung, perlahan sekali, tetapi menusuk hingga ke hati.

"Aku sayang kau, Lya. Kau harus percaya itu." Ayat tersebut sudah berkali-kali dia ulang tapi untuk kali ini, sangat terkesan hingga ke dasar hati paling dalam.

"Antara aku dan Nurin, dah tinggal sejarah. Aku tak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan dia kecuali hubungan keluarga yang berkait dengan kau." Zhafran bersuara lagi.

Walau jemarinya sudah melepaskan tekupan di mulut, suaraku terus terkunci di dalam peti suara.

"Aku tak pernah sayang dia, Lya. Aku hanya sayang kau sorang. Kau harus percaya cakap aku."

Bagaimana aku nak percaya apa yang dia cakap sedangkan sehingga sekarang aku tak tahu kenapa dia tiba-tiba pilih Nurin sehingga sampai ke tahap menjadi tunangan.

"Aku tahu aku pernah buat silap dan aku tahu semua tu cukup melukakan hati kau. Tapi, aku mohon kemaafan atas semua kesilapan tu." Dia berhenti di situ. Matanya memandang tepat ke wajahku.

"Andai aku mampu putar waktu, pasti aku akan ubah semuanya supaya aku tidak pernah menyakitkan kau. Tapi, sejarah dan waktu tak mungkin mampu diubah." Perlahan jemarinya naik mengusap pipiku. Alang-alang dah batal wuduk, aku biarkan saja perlakuannya.

HATI KALA CINTAWhere stories live. Discover now