Teaser 5

408 14 0
                                        

"Tak kiralah! Yang pasti, aku tak pernah jemu dengan semua yang berkaitan dengan kau." Ayat beli jiwa dari mulut Zhafran buatkan aku tertunduk.

Entah! Sebab kami biasa bergurau kasar, bercakap kasar berpuluh tahun sebelum bergelar suami isteri. Bila ayat yang keluar dari bibir Zhafran tiba-tiba bertukar rentak, aku jadi segan.

"Dan sekarang ni..." Dia hentikan bicaranya di situ dan lama terdiam.

Kembali mendongakkan wajah, aku nampak dia tersenyum.

Kemudian dia condongkan tubuhnya ke arahku.

"Aku rasa macam nak sangat peluk kau." Perlahan dia bangkit berdiri.

Spontan aku ikut berdiri. Bimbang dia datang dekat dan buat kerja gila, bimbang ada yang mengetuk pintu dan masuk mengejut.

"Baik kau balik cepat." Aku menghalaunya dan menunjuk ke arah pintu yang tertutup. Takut angin tak betulnya datang, dia bukan kira tempat.

"Kau tak boleh halau aku sebab aku anak bos." Dia sengih.

Dalam sengih tu dia bergerak ke arah tepi meja dan aku tahu arah tujuannya mesti mahu menuju ke tempat aku berdiri sekarang.

"Kau jangan nak buat kerja gila. Aku panggil papa." Ugutan tegas aku berikan.

"Panggillah, aku tak takut." Dia mencebik. Langkahnya makin mendekat.

"Papa tak boleh buat apa-apa kalau aku nak peluk kau. Sebab kau isteri aku." Saat itu, dia sudah berdiri hampir denganku.

Untuk mengundur, ruang di belakangku agak terhad dan kakiku sudah terhalang oleh kerusi.

HATI KALA CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang