Teaser 3

435 16 0
                                    

Terus pergerakanku terhenti. Aku jadi teragak-agak sama ada mahu melangkah keluar atau kekal berdiri di situ.

Jika melangkah keluar, aku harus melintasi Hareez. Jika kekal di situ, aku tak sanggup berterusan menjadi objek renungan dia. Renungan yang cukup tajam sekali.

"Kenapa?" Dia tiba-tiba menyoalku.

"Kenapa apa?" Aku soal dia balik. Serius aku tak faham maksud soalannya.

"Kenapa buat I macam ni?" Soalannya yang lebih panjang buatkan aku tak mampu bersuara memberi jawapan.

Aku buat dia?

Bukankah dia yang buat aku?

"I tak pernah rela dia rampas you daripada I." Langkahnya diatur mendekatiku.

Saat itu, aku rasa mahu menjerit meminta pertolongan. Sebab aku lihat Hareez ketika ini sangat menakutkan.

"Tak pernah dan tak mungkin akan pernah merelakan!" Dia menekankan suaranya seperti orang sedang menahan perasaan.

Terkejut, aku bagai tak mampu untuk menarik nafas. Entah berapa lama kami berdiri sedekat itu, aku sendiri tak pasti.

"Lya..." Tiba-tiba telingaku terdengar suara Zhafran memanggil. Bagai loceng penyelamat, aku melaung memberitahu yang aku ada di dapur.

Terus aku hela nafas lega. Bagai baru terlepas dari mulut naga.

"Kejap." Aku mengelak tubuh Hareez dan melangkah ke arah laluan keluar.

Tapi Zhafran sudah muncul di situ dan muka dia sedikit berubah bila nampak Hareez ada di situ, di ruang yang sama dengan tempat aku berada.

"Buat apa?" Zhafran menyoal.

Aku tunjuk muk nescafe di tangan.

Tanpa suara, dia paut bahuku dan kami melangkah naik ke atas.

"Dah naik atas ke tadi?" Pelik bila dia tiba-tiba mencariku di dapur.

"Mmm... Tengok kau takde." Bila hanya berdua, memang suka hati saja kami beraku kau. Kadang-kadang bersayang-sayang.

"Dia ada cakap apa-apa ke?" Soalan Zhafran agak canggung di telingaku.

Rasa lega tadi hilang serta-merta, berganti dengan kecelaruan yang muncul tiba-tiba. Nampaknya rumah ini seperti tidak selamat untuk hubungan kami.

"Tak ada cakap apa pun. Tanya khabar jer." Satu pembohongan aku buat untuk kebaikan semua pihak.

"Kenapa tak lari bila nampak dia?" Zhafran menyoal lagi.

Waktu itu, kami sudah berada di dalam bilik dan dia tarik aku duduk di sofa.

"Zhaf... Dia tu abang kau, bukan perompak atau penjenayah yang perlu ditakutkan hingga nak kena lari." Nasihat halus aku berikan.

Sebenarnya, aku tak suka keluarga ini berbalah hanya kerana aku walau hakikat sebenar, memang hubungan mereka dua beradik tak pernah baik.

"Memang dia bukan penjenayah atau perompak, tapi dia akan terus cuba untuk jadi orang ketiga antara kita."

HATI KALA CINTAWhere stories live. Discover now