"Apa yang berlaku?"
Masih diam. Hanya matanya saja yang berbicara, merenungku dengan sejuta makna yang hanya dia saja tahu.
"Zhaf..." Aku seru lagi namanya.
"Syhh..." Zhafran beri isyarat agar aku senyap.
"Boleh aku peluk kau sekejap?" Nadanya saat meminta untuk memelukku itu sangat menusuk hingga ke dasar hati yang paling dalam.
Zhafran belum pernah begini sebelum ini. Pastilah apa yang berlaku di dalam bilik Hareez tadi adalah sesuatu yang sangat mengganggunya.
Dua tangan aku depakan, memberi ruang untuk dia memelukku.
"Tell me..." Aku beri ruang untuk dia luahkan apa yang telah berlaku.
"A silent hug is the only thing to say." Dia seperti tidak mahu bercerita.
Dan hanya mahu diam di dalam pelukanku. Nafasnya teratur saja tapi siapa tahu di hatinya macam mana.
"I just need your hug to make me feel better."
Okeylah kalau begitu. Aku ikut rentaknya. Kalau pelukan aku boleh memberi tenang di hatinya, itu adalah sesuatu yang membahagiakan.
Lama diam, dia renggangkan pelukan tetapi dua lengannya masih memaut pinggangku. Dia pandang tepat ke wajahku.
"Kenapa ni... hmm?" Cuba untuk membuka ruang dia bercerita, rambutnya aku belai lembut.
Tiba-tiba dia rapatkan bibir ke dahiku dan lama ciuman singgah di situ.
"Kau sayang aku, kan?" Soalannya kedengaran mudah tapi nadanya sangat pelik di telingaku.
Jawapannya juga sangat mudah tapi aku tak memilih untuk menjawabnya.
"Kalau tak sayang kau, aku nak sayang siapa?" Aku biarkan dia sendiri berfikir.

ANDA SEDANG MEMBACA
HATI KALA CINTA
Roman d'amourKadangkala, kita perlu bersabar dengan hujan untuk melihat pelangi. Di mata Lya, Zhafran adalah segalanya. Tapi apa yang Lya tahu, di mana Zhafran dia hanyalah seorang sahabat yang disayangi dan tak boleh di'sentuh' oleh sesiapa pun. "Aku takkan ben...