Bab 12

657 27 4
                                    

KERANA abah yang memanggil turun, aku gagahkan diri untuk turun. Kalau ikutkan, aku nak berkurung saja dalam bilik.

Melangkah ke port biasa tempat abah bersembang dengan Zhafran, aku sudah nampak abah dan lelaki itu sedang duduk saling berdepan.

Kalau sebelum ini hanya mereka berdua saja dan sesekali ibu akan ikut serta, tapi kali ini tak ada ibu. Yang ada adalah Nurin, elok duduk bersebelahan Zhafran.

Haruslah Zhafran datang menghantar Nurin dan singgah. Dan abah seperti selalu, kalau Zhafran datang, dia akan panggil aku.

Dengan malas aku melangkah ke arah mereka dan duduk bersebelahan abah.

"Tidur?" Zhafran angkat kening ke arahku.

"Mmmm...." Perlahan aku bergumam. Yang sebenarnya, tak tidur pun.

"Esok nak gerak pukul berapa?"Soalan Zhafran buatkan aku tertoleh ke arah abah.

"Aku minta abah hantar jer la." Saat sama, aku kerling Nurin. Nampak muka dia macam tak puas hati pandang aku.

Bukan sebab Nurin aku 'jual mahal'

"Nak menyusahkan abah dah kenapa? Pergi dengan aku je la."

Sekali lagi aku pandang abah dengan harapan meminta bantuan.

"Kalau nak suruh abah hantar juga, petang la sebab esok abah ada hal sikit."

"Alaaa... Lya ada group discussion. Ingat nak pergi sebelum lunch."

"Pukul 11 aku jemput." Zhafran buat keputusan.

"Okeylah kalau macam tu, pergi dengan Zhaf." Abah pula buat keputusan bagi pihak aku dan kemudian dia bangkit meminta diri. Katanya belum solat asar.

Tinggal aku dan Zhafran serta Nurin saja di situ. Mula tu, aku nak buat bantahan lagi sebab aku masih tak puas hati dan masih nak bergaduh panjang dengan Zhafran. Tapi bila tengok muka Nurin semacam jer, tanduk setan mula tumbuh atas kepala.

Rasa nak declare depan Nurin yang lelaki bernama Zhafran ni sanggup buat apa saja untuk aku.

Biar Nurin sedar diri.

"Abang Zhaf kan dah janji dengan Nurin nak lunch sama-sama esok?" Tiba-tiba Nurin bersuara. Manja saja nadanya. Gedik pun ya juga aku tengok.

Dan Zhafran seperti terdiam sesaat sebelum pandang Nurin dan aku silih berganti.

"Lupa la tu..." Mulut Nurin memuncung, gaya seperti merajuk dengan kekasih hati. Naik menyampah pula aku tengok.

Dari ekor mata, aku perhatikan Zhafran.

Nampak dia senyum dan geleng kepala. Entah apa maksud gelengannya itu aku tak pasti. Geleng sebab dia lupa atau geleng sebab dia tak tahu nak jawab apa.

"Nurin tak peduli. Abang Zhaf dah janji." Kali ini gaya Nurin nampak melampau di mataku. Dah rupa macam Zhafran ni kekasih dia.

Atau... Mereka memang ada apa-apa? Aku saja yang tak tahu.

Zhafran pandang aku, seperti mahu nyatakan sesuatu. Tapi aku terus bangkit berdiri.

"Aku tunggu kau pukul 11 pagi esok. Kau dah JANJI dengan abah, kau harus tepati." Sengaja aku tekankan perkataan janji tu dan kerling Nurin sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Lya!" Zhafran menjerit tapi aku lambai tangan tanpa berpaling, gaya malas nak dengar apa-apa.

Masuk ke bilik, aku kemas almari baju yang bersepah sejak semalam. Bersepah sebab aku korek semua barang hadiah yang Zhafran bagi untuk dipulangkan pada dia semalam.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar. Tak sempat lagi aku nak bangkit untuk membuka pintu, daun pintu sudah ditolak dari luar.

Nurin muncul di situ dengan muka tak puas hati.

"Siapa suruh kau buka pintu bilik aku?" Terus aku sergah dia.

"Dah tak berkunci, aku buka la." Balas Nurin tanpa rasa bersalah. Dah hilang bahasa manisnya bila berbicara denganku depan orang lain.

Memang kurang asam betul. Sepanjang aku hidup, penghuni rumah ni tak pernah lagi main terjah buka pintu bilik aku macam yang Nurin buat sekarang. Selagi aku tak buka pintu, memang keluarga aku tak akan suka-suka buka pintu walau tak berkunci.

Jadinya, keberadaan Nurin di sini telah memecah tradisi dalam rumah ni. Dan dia secara langsung telah mengganggu privasiku.

Memang aku tak suka!

"Kau ni memang jenis suka menceroboh ya?" Teringat barangan peribadiku yang dia guna pakai.

Menceroboh bilik aku waktu aku tiada di rumah dah satu hal, ambil barang peribadi aku buat macam hak sendiri pun satu hal. Memang sangat menyakitkan hati.

"Kalau ya, kenapa?" Nurin bagai mencabar. Mengaku dengan penuh bangga. Macamlah menceroboh hak orang tu satu kerja yang mulia.

"Hak orang lain kau boleh ceroboh. Tapi hak aku, jangan buat sesuka hati." Aku beri amaran.

"Okey, sebut pasal hak. Lepas ni, aku tak nak kau menyibuk lagi dengan Abang Zhaf."

Mataku terus mengecil bila mendengar ayat tersebut keluar dari bibir Nurin.

Mental ke apa perempuan ni? Dah la duduk menumpang, barang peribadi aku, buat macam hak sendiri dan sekarang, dia cakap yang Zhafran tu hak dia ke?

"Apa kau cakap? Cuba ulang sekali lagi?" Bukan aku tak dengar apa dia cakap tapi sengaja aku nak dia ulang semula.

"Kau jangan GANGGU Abang Zhaf lagi." Kali ini Nurin tekankan perkataan ganggu. Ayatnya sudah berbeza dari tadi tapi maksudnya tetap sama.

"Hello!! Aku kenal Zhafran tu sejak kami hingusan lagi. Dia akan cari aku dalam apa jua keadaan sekali pun. Kau tu yang mengganggu."

Selama ni aku tak pernah rasa bangga yang aku kenal Zhafran tu sejak kecil. Tak pernah pun sibuk canang pada orang yang aku dan Zhafran tu berkawan sejak kecil. Inilah pertama kalinya aku penuh bangga beritahu Nurin.

"Lepas ni aku akan pastikan dia tak cari kau lagi." Ayat balas Nurin seterusnya buatkan aku rasa nak kira balik berapa kali dalam sehari Zhafran cari aku. Tak kisah la secara bersemuka atau melalui telefon.

Selama ni aku tak pernah ambil peduli pun sebab aku yakin, Zhafran itu 'hak' aku yang orang lain tak akan pertikaikan walau sejuta kali pun dia cari aku.

Dan saat ini Nurin telah menyedarkan aku, sesuatu yang kita anggap tak penting itu boleh jadi sangat berharga di waktu-waktu tertentu.

Persoalannya di sini, mampukah Nurin halang Zhafran dari cari aku?

Langkah Nurin yang pergi, aku hantar dengan pandangan mata. Pertama kali aku alami rasa yang sebegini. Rasa takut Zhafran akan jauh dari aku.

Benar antara aku dan Zhafran tak pernah terikat dalam hubungan yang serius. Tapi keluarga kami tahu, aku dan dia sudah seperti 'terikat' tanpa janji dan kata manis.

HATI KALA CINTAWhere stories live. Discover now