Bab 13

878 34 0
                                    

PINTU kereta Zhafran aku hempas kuat. Marah sebab dia paksa aku naik kereta dia. Suka hati sekat aku tengah jalan dan tarik naik kereta dia.

"Kut ya pun nak marah, janganlah lepaskan perasaan pada pintu kereta aku. Kesian benda yang tak bersalah tu." Dia sengih sambil menggerakkan kereta.

"Aku tengah marah!"

"Okey! Aku tahu kau marah. Dan aku minta maaf." Zhafran angkat tangan sebelah tanda mengalah.

Perkataan maaf tu sudah berulang kali aku dengar sejak beberapa hari lepas. Sebab aku buat tak layan, hari ni dia terus 'culik' aku.

"Kau nak pergi mana ni?" Aku pantas pusing badan ke arahnya bila pemanduannya tidak menuju ke kolej.

Tadi aku baru habis kuliah dan dalam perjalanan untuk pulang ke kolej, dia dengan selambanya tarik lengan aku tanpa apa-apa amaran.

"Minum."

"Aku tak nak!" Meninggi suaraku membantah.

"Aku nak tebus...."

"Kau tak payah tebus apa-apa. Kau tak payah cari aku lagi lepas ni." Bicaranya aku pintas.

Serius, aku marah sungguh bila dia pilih memungkiri janjinya untuk menjemputku hanya kerana memenuhi permintaan Nurin.

Walau dia berselindung di sebalik alasan 'ada hal' sebab tu tak boleh jemput aku untuk ke kolej seperti yang dijanjikan tapi, aku tahu hal yang dimaksudkan itu ialah Nurin.

Aku tahu sebab Nurin yang beritahu.

"Abang Zhaf tak jadi jemput kau. Dia akan keluar lunch dengan aku." Itu yang Nurin beritahu sebelum Zhafran hubungi aku.

Macam mana aku tak marah.

Bukan marah saja tapi bercampur sedih sekali.

Maknanya, aku tak boleh pandang rendah pada kemampuan Nurin.

"Aku tahu aku salah, aku minta maaf." Suara Zhafran bernada serius.

Dan aku tahu dia betul-betul memaksudkannya. Tapi, tak tahu kenapa aku masih tak boleh buang rasa marah padanya.

Bukan dia tak pernah batalkan janjinya padaku sebelum-sebelum ni. Selalu juga. Tapi rasa marah dan kecil hati tak pernah seteruk sekarang ini.

"Takpelah Zhaf. Kalau kau rasa aku ni menyemakkan hidup kau, anggap sajalah aku ni tak wujud. Aku okey jer." Aku dah malas nak panjangkan cerita.

Tapi saat meluahkan ayat tersebut, sayu juga rasa di hati. Yalah! Bukan mudah nak 'lepaskan' orang yang telah lama kita kenal apatah lagi hati kita memang 'ada rasa' pada orang itu.

"Kau jangan la macam ni. Aku ni tak pandai la nak memujuk." Zhafran seperti serba salah.

Mungkin dia tak pernah hadap situasi kami yang begini. Sebab aku tak pernah begini sebelum ini. Selalu tu kalau berangin dengan dia, sekejap saja. Tak pernah berpanjangan sampai berhari-hari.

"Tak payah pujuk, Zhaf. Aku okey jer." Aku menunduk merenung jemari sendiri.

Sekali lagi, Zhafran menoleh pandang ke arahku.

"Okey yang keluar dari mulut kau tu maksudnya berbeza, Lya. Aku kenal kau lama, aku kenal kau bagaimana."

"Waktu yang lama bukan kayu pengukur, Zhafran."

Diam dan berjeda. Zhafran seperti sedang berfikir panjang.

"Aku jadi seriau bila kau serius macam ni." Di hujung ayatnya, Zhafran gelak perlahan.

Betullah, selalu bila kami bertemu dan bercakap, mana pernah serius. Kalau tak bergaduh dan bertekak, mengusik dan ketawa. Itu rencah hidup kami sebenarnya.

"Kau marah sebab aku tak penuhi janji atau kau marah sebab aku bawa Nurin lunch?" Soalan Zhafran memanggil aku berpaling ke arahnya yang masih memandu.

Saat yang sama, dia juga ikut berpaling.

"Kau dengan Nurin tu... Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?"

"Apa-apa tu, apa?" Sekali lagi Zhafran gelak. Nampak dia seperti sedang cuba untuk mengelak dari memberi jawapan.

"Kau suka dia?" Aku tanya lagi.

Kali ini, Zhafran terdiam seketika mendengar soalanku. Dan entah kenapa, aku rasa sedih. Sebab aku tahu, jika Zhafran tidak menafikan terus bila aku bertanya, bermaksud ianya betul.

"Dia kan sepupu kau. Lagi pun, dia dah tak ada siapa-siapa lagi. Tak salah kalau aku buat baik dengan dia kan?" Soalan Zhafran di hujung jawapannya buat aku rasa ingin ketawa dan menangis serentak.

'Tak salah, Zhaf. Tapi biarlah berpada.' Itu jawapan yang ingin aku luahkan tetapi hanya bergema di hati sendiri.

Biarlah. Zhafran sudah cukup dewasa untuk menilai. Dia sudah cukup pandai untuk diajar bagaimana dan macam mana untuk menjadi baik pada orang seperti Nurin itu.

"Aku..." Bicaraku terhenti dek deringan telefon Zhafran.

Spontan hujung mataku mengerling ke arah skrin telefon yang Zhafran letakkan di tengah-tengah tempat duduk. Nama Nurin tertera di situ.

Macam tahu-tahu saja kami sedang berbicara tentang dia.

Zhafran hanya menoleh dan memandang saja skrin telefonnya tanpa menyentuh atau bertindak untuk menjawabnya.

"Kenapa tak jawab?" Soalan aku ajukan bila deringan mati sendiri.

"Nantilah." Endah tak endah saja jawapan balas Zhafran.

"Kalau dia tahu kau dengan aku dan sengaja tak jawab call dia, mesti dia marah."

"Dengan kau, kut. Takkan dia nak marah." Zhafran seperti membela Nurin.

Dan saat itu aku yakin, seorang Nurin ni haruslah sangat mulia di mata Zhafran.

Rasa mahu tergelak tapi aku tahan saja.

"Dia tak nak aku ganggu kau." Terluah juga apa yang Nurin katakan padaku.

Sepantas kilat Zhafran berpaling.

"Dia cakap macam tu ke?" Gaya dia tanya tu, macam tak percaya Nurin cakap begitu pada aku.

Pastilah dia fikir Nurin tu suci murni sangat.

"Kalau aku cakap ya, kau percaya ke?" Bibir melakar senyum tapi hati terasa ngilu. Aku seperti akan 'kehilangan' seorang Zhafran.

"Dia tak ada hak untuk cakap begitu." Tegas nada Zhafran.

Nafas aku tarik panjang.

Benar Nurin tak ada hak. Tapi, Zhafran tak sedar yang dia sedang membuka ruang untuk memberikan hak tersebut pada Nurin.

HATI KALA CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang