"kau ni memang tak Paham kan!! Aku dah cakap haritu jangan dekat dengan junkyu kan!!" Teriak si gadis itu sambil menarik rambut Wina.
"Aku tak dekat pon lah dengan dia!! Aku dengan dia tiap² hari gaduh kan! Apa yang dekat pulak!" Wina membalas dengan nada yang marah.
Kepalanya terasa berdenyut.
"Aku nampak lahh!! Kau intip junkyu tadi kan! Kau cari dia ke sana ke sini sampai depan mata junkyu! Lepas tu kau kata gaduh? Kau memang sengaja kan!" Menarik rambut Wina lebih kuat
"SAKIT LAHHH!!"
___
Sementara junkyu dan jihoon yang berada tidak jauh dari mereka terdengar jeritan Wina tadi.
Terkejut mereka dibuatnya.
"Itu Wina kan?" Junkyu berkerut. Jihoon lantas mengangguk.
Dia mula risau.
Matanya melilau mencari kelibat gadis itu.
Jelas mukanya nampak gelisah setelah dengar jeritan Wina tadi.
Wina Okey kan? Wina tak sakit kan? Tak ada pape pun yang terjadi kat Wina kan? Wina tak terluka kan? Wina tak kena culik kan?
Soalan bertubi² keluar dari fikiran junkyu. Manakala jihoon pula air matanya sudah mulai mengalir.
Dia tak pernah sakiti adiknya itu. Bahkan marahnya juga tidak pernah. Kenapa adiknya boleh menjerit sekuat itu? Apakah ada yang membulinya sehingga menyakiti adiknya?
Sungguh berani ye orang tu untuk menyentuh adik aku? Aku pun tak pernah sakiti adik aku. Berani²nya kau membuli adik aku sampai dia menjerit sekuat tu!
Omel jihoon dalam hati.
"Win-" baru sahaja junkyu ingin memanggil Wina. Dia tergamam kerana melihat Wina sedang melutut di depan para² gadis yang berada di hadapan Wina itu. Bersamaan seorang gadis lain yang sedang memegang tangan dan kakinya. Ada juga seorang gadis lain yang menarik rambut Wina.
Muka junkyu sudah mulai merah padam. Dia juga tidak tau kenapa dia rasa macam sakit betul hati dia kerana melihat adegan itu.
Macam ni ke perasaan bila orang yang kita dah mulai sayang disakiti?
Jihoon dibelakang junkyu hanya memerhati adegan itu juga dengan pandangan tajam di matanya.
Sungguh tak disangka ye,adiknya baru sehari berpindah disini sudah dibuli?
"Masih lagi nak menipu aku?! Hahahha depan mata aku lah kau intip dia!"
"Aku cari bayang² yang lalu kat depan mata aku lah! Lagipun aku tak tau yang tu adalah Junkyu! Kalau aku tau aku tak kan cari pun lah!" Jerit Wina
Membulat mata junkyu dibuatnya. Apakah dia tak salah dengar tadi? "Junkyu"? Nama dia? Pergaduhan ni disebabkan dia? Wina dibuli disebabkan dia?
Apakah...
"Dah la tu korang lepaskan lah dia!!" Chaeyoung menjerit dari arah belakang mereka.
Kalini jihoon dan Junkyu terkejut buat kali kedua. Chaeyoung? Adik jaehyuk? Dia pun kena sekali? Tapi kenapa? Apa salah adik jaehyuk kalini? Setahu mereka chaeyoung tak buat apa² salah? Ke disebabkan Wina kena buli jadi dia juga turut kena jugak?
"Lepaskan dia? Semudah tu? Eh young! Dia ambik hak aku tau! Dia rampas junkyu dari aku! Itu kau suruh aku lepaskan? What the heck?" Jerit gadis tu.
"Tolong lah aku merayu! Tolong lepaskan Wina. Dia senior kita lah! Mana hormat kau kat senior?!" Tanya chaeyoung.
"Kau rasa dia senior aku patut hormat dia lah? Lepas dia ambik hak aku pastu kau nak aku hormat dia lagi? HORMAT-"
"Dia dah bertunang jadi kau tak perlu risau!" Seorang lelaki muncul.
"A-a-asahi?" Terkejut gadis itu.
"Aku saksi dia,dia dah bertunang. Dua bulan lepas. Tiga tahun lagi dia akan kahwin." Terang Asahi kepada semu para gadis yang membuli chaeyoung dan Wina tadi.
Membulat mata jihoon dan Junkyu. Bertunang? Sejak bila pulak Wina dah bertunang? Bahkan jihoon yang abang dia sendiri pun tak tau.
"Ah? Wina? Dah bertunang? Hah! Mana cincin dia?" Tanya gadis itu.
"Cincin dia kat rumah, tak kan dia nak bawak gi sekolah bagi kau tengok?" Tanya Asahi pulak
Kini para gadis itu terdiam. Jujur mereka takut dengan Asahi sebenarnya. Tapi acah je lebih tu😒. Kononnya tak takut la katakan.
"Sebelum aku report kat tunang dia, better korang semua pergi dan lepaskan Diorang!" Jerit Asahi.
Buat kali pertamanya mereka mendengar jeritan Asahi. Namun tidak bagi jihoon dan Junkyu. Mereka sudah tau sejak lama.
Kelang kabut mereka semua melepaskan dua orang gadis itu lalu melarikan diri.
Mereka terhenti sebentar apabila melihat jihoon dan Junkyu disebalik dinding kini memerhatikan mereka dengan pandang yang amat tajam.
"J-jun-junkyu?jihoon? Korang....-" tergamam gadis pembuli itu.
Lebih terkejut apabila melihat junkyu juga berada di hadapannya Sekarang.
"Dah tau kebenarannya kan? Apa lagi yang kau tak puas hati?" Tanya junkyu.
"Ak-aku..a-aku.." gagap.
"Aku apa? Dia dah bertunang sekarang kan? Apa lagi yang kau nak? Nak aku tolong kau jumpa dengan tunang dia? HAH! Kalau nak aku bukan macam ni caranya tau.."kata junkyu kepada gadis itu.
"Dengan cara kau ni,buatkan aku makin benci tengok muka longkang kau tu!" Jerit junkyu.
_____
"Korang Okey ke?" Tanya Asahi sambil menolong Wina bangun. Chaeyoung Okey je. Masih boleh berjalan. Namun tidak untuk Wina.
Dia teruk kena buli tadi. Ditendang,disepak,ditampar,ditumbuk,ditarik rambut dan banyak lagi.
"Aku Okey tapi..."
"Tak pe.. biar aku bawak Wina pergi hospital. Kau tu!"
"Hah??"
"Jaehyuk ada kat belakang tu. Dia risaukan kau, dia terkejut bila tengok kau kena buli. Jadi dia mintak tolong aku untuk menipu diorang semua tu tadi. Wina tak bertunang pun. Dia bujang lagi. Tu semua hanya untuk lepaskan Wina dan kau dari diorang." Terang Asahi kepada chaeyoung.
Chaeyoung hanya diam membatu, tak sangka pula ni semua plan dari Jaehyuk. Risau jugak jaehyuk kepadanya?
'Ingatkan dia dah tak kisah dah tak kisah dah pasal aku.. rupanya.. saya Ang kau heh...'
Senyumannya terukir dibibir.
YOU ARE READING
Hate To Love You
FanfictionMula² benci. Tercrush dekat kembar member sendiri pulak. "habis tu kau nak duk kat mana lagi? kat lantai simen bawah tu?" ........ "nak aku tarik pinggang kau baru kau nak duduk kat tepi ni ke apa?" 1. HATE TO LOVE YOU (S1)= Kehilangan orang yang te...