Bab 7

166 16 0
                                    

Wina.. bila kau nak bangun ni? Dah dua minggu kau koma. Tak penat ke tidur je? Kuat sangat ke trauma kau tu sampai koma dibuatnya? Asal selama ni kau tak bagi tau aku?

Oh ye la kan.. aku dengan dia kan 24/7 bergaduh dengan dia je hari². Memang lah dia tak ada masa nak berbaik dengan aku. Wina.. maafkan aku sebab aku layan kau tak pernah baik dulu. Walaupun baru 2 hari tapi aku rasa macam... Entah lah....

Tak sanggup doh tengok crush aku terlentang kat atas katil hospital ni lama²😔. Sumpah aku tak sanggup nak tengok kau macam ni.. dengan badan kau yang penuh dengan lebam. Kepala kau berbalut.. sumpah doh aku tak kuat sangat.

Kalau la dulu aku berbaik je dengan kau. Dan aku teman kau time tu,mesti tak kan jadi macam ni kan? Please Wina bangun lah.. aku merayu sangat².

Tanpa aku sedar, jihoon dibelakang tak berkelip tengok aku yang tengah pegang tangan Wina sambil menangis dengan pandangan sayu.

Tipulah kalau aku cakap aku tak jatuh cinta dengan Wina. Masa fist aku nampak tu pun dah lain macam and time dia fist masuk dalam kelas tu pun aku dah rasa yang aura lain menyerbu masuk dalam badan aku.

Tapi asal aku layan dia jahat sangat time tu? Sedangkan dia hanya mintak izin nak duduk je pun. Bukannya nak cari gaduh ke apa an? Kala-

"Junkyu." Satu suara menyertak lamunan aku tadi.

"Oh jihoon... Kenapa?" Tanya aku.

"Aku rasa kau perlu balik dulu kot? Dah dua hari kau tak balik rumah. Makan pun nak tak nak je. Suruh rehat kat rumah? Apatah lagi." Kata jihoon.

Ye betul apa yang jihoon cakapkan. Sejak dari itu. Aku langsung tak ada selera nak makan. Balik rumah pun kadang² je. Dia ada jugak pujuk aku suruh rehat kat rumah. Hah,tapi aku taknak. Almaklumlah aku dah mula sayang kat Wina.

Kalau boleh aku memang tak nak tinggalkan Wina sampai dia sedar. Aku nak jaga dia sampai dia sembuh sepenuhnya. Nanti aku boleh berbaik dengan Wina. Ajak Wina jadi bestie aku,ajak Wina lepak dengan aku and member lain selalu, macam² lagi lah.

And one day, kalau aku dah betul² bersedia.

Aku nak luahkan perasaan aku kat dia. Aku harap dia terima aku lah.

Lagipun baru dua hari kami bergaduh kan? Belum setahun lagi. kalau dah bertahun² kami tak pernah berbaik tu LA ni cerita lah namanya. Memang dia tak kan terima.

"Tapi..."

"Tak pe.. Wina ni biar aku yang jaga. Buat masa ni dalam beberapa hari ni kau duduk je kat rumah ok! Kau rehat je kat rumah tu puas² dulu. And nanti kalau Wina dah sedar dari koma,baru aku inform kat kau ok! Sekarang aku nak kau balik dulu tenangkan diri kau" kata jihoon panjang lebar.

"Aku kat sini yang tengah tunggu dia sedar pun ada rasa bosan apatah lagi aku nak balik duduk sorang²? Lagi bertambah bosan lah aku..." Kata aku,sayu.

Jihoon mengeluh kecil. "Aku tau perasaan kau, kau dah mula sayang kat adik aku kan? Yes aku tau. But jangan la paksa diri kau macam ni. Buatnya kau sakit kepasni. Hah time² tu lah Wina sedar. Aku nak cakap apa kat dia?" Tanya jihoon, tapi aku tak nak balik.. aku nak tunggu sini.. Wina tolonglah sedar cepat sikit. Aku rindu kau doh.

"Pleasa junkyu jangan paksa diri kau boleh tak? Aku bukan nak halau kau. Tapi kau ni dah dua minggu berturut² jaga adik aku. Bagi aku pulak yang jaga dia heh? Kau rehat kat rumah tenangkan fikiran kau. Kalau ada apa² pasal Wina,kau orang pertama yang aku inform nanti ok!" Kata jihoon membuat gaya tangan👌.

Aku tak boleh nak membantah lagi. Sebab jihoon tu abang Wina. Apa² pun dia berhak nak halang aku untuk berjumpa dengan Wina buat seketika. Ye lah kan aku dah dua minggu kat hospital,tak berhenti jaga Wina.

Lalu aku bangun dan keluar dari bilik itu. Pintu bilik itu aku tutup. Dan aku pun berlalu dari situ. Tersisa jihoon dan Wina sahaja dalam bilik itu. Sumpah bila aku keluar je dari hospital dan masuk ke kat dalam perut kereta.

Aku terus menangis dan menjerit menyesal. Asal hah!? Asal dulu aku layan Wina tu jahat²? Sedangkan Wina baik je dengan aku kan!? Kenapa hah!! Aghhhh.

Kereta itu aku pandu dan pergi.



______________________________________



(Seminggu kemudian)

*Dalam kelas*

Suasana kelas Harini sunyi kerana selalunya bising sebab hari² dengar dua orang tu tak berhenti bergaduh.

Tapi bila sorang tu tak ada. Dan sorang lagi seperti kehilangan seperuh nyawa dah dalam kelas ni. Kelas ni terus suram.

Sejak Wina pindah sini. Kelas 3/4 ni selalu sangat bising kerana tingkah laku mereka yang dari pagi sampai lah habis waktu sekolah tak berhenti bergaduh. Cuma 2 hari je mereka sekelas dapat rasakan suasana begitu. Dan selebihnya semua telah kembali seperti dulu. No! Hanya junkyu sahaja lain dari yang lain.

Dia kini tak seperti dulu sejak Wina belum sedar dari koma. Dia kuat marah dan tengking perempuan² lain yang cuba nak dekat dengan dia. Dia seperti terlalu dingin lebih dingin dari yang dulu. Dan langsung tak nak bercakap dengan sesiapa pun walaupun satu ayat.

Makan pun nak tak nak je. Jihoon dan dua hari tak datang sekolah. Jaga adik dia katanya. Dia cakap adik dia tak lama lagi dah nak sedar. Tapi tak tau bila, doktor la yang cakap.

Cepat lah bangun Wina.. nak dekat sebulan dah kau tidur. Tak letih ke? Tak rindukan kitorang ke? Kau tak kesian ke dekat junkyu dari haritu lagi dia jadi macam tu?

"Baik lah murid², saya rasa sampai sini sahaja tajuk kita pada hari ini. Saya harap awak semua dapat mengulangkaji semula lah tajuk² yang saya dah bagi tadi. Annyeong" kata cikgu itu lalu berlalu pergi. Mereka semua yang berada di dalam kelas semua mengemas barang dan keluar dari kelas.

Kan dah habis masa.

"Agak²nya bila heh Wina nak sedar? Aku tak sempat kenal²an lagi dengan dia." Kata junghwan dengan nada sedih.

"Bukan kau je, aku ni pun sama tau. Tegur pun tak," jata Jeongwoo pulak.

"Yoshi untung lah dapat jugak sekali dia kena notis dengan Wina" celah haruto pula.

"Apa aku pulak? Kita semua sama je. Ada yang sempat ada yang tak sempat" jawab Yoshi.

"Aku rasa si junkyu tu lagi beruntung. Kan dia dengan si Wina tu rapat sebab diorang gaduh memanjang. Sekarang sejak Wina sakit, dia siap teman lagi weh dari pagi sampai malam nak dekat tiga minggu pulak tu. Kau rasa?" Celah Yedam yang tiba² datang entah dari mana.

Yang lain hanya mengangguk sahaja. Apa betul jugak cakap Yedam tu. Junkyu dibelakang memandang mereka dengan pandangan tajam.

"Memang lah aku beruntung tapi tak seberuntung yang korang fikirkan. Baru dua hari aku dengan dia bercakap,bertegur,bergaduh apa semua,selebihnya? Mana hilang? Aku pergi hospital jaga dia pun kau ingat aku tengah bercakap dengan dia ke? Tak lah bro! Dia duk terlentang kat atas katil tu dari pagi rapat sampai malam nak dekat sebulan dah tau kalau nak ikutkan. Ikut sedap mulut je kan nak cakap orang itu ini?!" Tengking junkyu menahan amarahnya.

Yang lain terkejut dan hanya diam sahaja. Takut untuk mengeluarkan kata² lagi selepas kena dengan junkyu.

Asahi dan Jaehyuk yang berada dibelakang junkyu hanya diam sahaja. Dia paham perasaan junkyu. Namun diorang malas nak masuk campur hal junkyu.























______________________________________











Tanpa jihoon sedari. Anak jari Wina bergerak perlahan sedikit namun hanya beberapa saat sahaja.



*            *             *

Hate To Love YouWhere stories live. Discover now