Bab 6

157 17 0
                                    

Wina terbaring di atas katil hospital. Masih tak sedarkan diri lagi dari pingsan.



~flashback~

______________________________________




Asahi,Jaehyuk,Chaeyoung,Jihoon dan junkyu sedang tunggu diluar pintu. Masing² risau kan keadaan Wina. 'Agaknya macam mana lah keadaan Wina sekarang ni?' bisik junkyu itu didengari oleh jihoon.

Dia tersenyum hendak tanya sesuatu berkaitan dengan bisikan junkyu tadi. Namun dia ambil keputusan hanya diam sahaja. Dia tau,mungkin junkyu telah jatuh cinta dengan adiknya.

Tengok pada gaya pun memang dah agak yang junkyu memang sukakan adiknya. Namun Ego masing² membuatkan mereka hanya pendamkan sahaja perasaan mereka.

Biarpun masing² suka antara satu sama lain.

Junkyu pov~

"Junkyu!" Panggil jihoon sambil menepuk bahu aku. Aku berpaling.

Jihoon memberi sebuah diary kepadaku, tampak cantik. Ada perkataan "Find Your Treasure!"

"Diary? Sape punya?" Tanya aku.

"Ni yang adik aku punya.. semua rahsia dia berkaitan dengan kau,.... Ada dalam ni.. aku harap kau baca lah.." kata jihoon sambil tersenyum manis.

Belum sempat aku mau membuka diary itu. Doktor sudah keluar dari bilik Wina.

"Siapa penjaga Cik Park WiNa?"tanya doktor itu.

Lalu jihoon mengangkat tangan. Ye lah kan dia abang.

"Ok Encik Park. Cik Wina pernah mengalami sebarang trauma je dulu?" Tanya doktor lagi.

"Ada doktor.. tak silap saya dalam dua tiga tahun lepas." Jawab jihoon.

Hah? Wina ada trauma? Trauma apa?

"Ooh ye.. keadaan cik Wina dah stabil,namun cik Wina mengalami koma kerana traumanya yang terlalu kuat sehingga tak terkawal. Kami ada juga jumpa kesan lebam di badannya dan kepalanya.. sedikit berdarah.. tampak seperti baru sahaja rambutnya ditarik seseorang." Kata doktor itu.

Ni semua kerja perempuan² gatal tak sedar diri tu! Nak kat orang sampai buli orang lain yang tak bersalah. Dah terang² aku dengan Wina kuat bergaduh. Kau ingat aku dengan Wina couple? Dasar perempuan!

Omel aku sambil membuat muka tak puas hati. Tanpa aku sedar perilaku aku dilihat oleh Asahi. Sepertinya dia tau sesuatu.

"Ooh... Bila kami boleh lawat Wina ye?" Tanya Jaehyuk kepada doktor itu.

"Kamu semua boleh lawat sekarang jika mau. Kalau tak ada apa² lagi saya minta diri dulu..." Dan doktor itu berlalu pergi.

"Aku dan yang lain lantas membuka pintu bilik Wina dan aku sedikit terkejut apabila melihat Wina terbaring diatas katil dengan kepalanya dibalut.


~Endflashback~

______________________________________

Aku memandang diary Wina dengan pandangan sayu. Berusaha menahan nangis namun malangnya aku tak boleh. Akhirnya air mataku keluar mengalir di pipi gebu aku.

Didalam bilik itu hanya ada aku dan Wina sahaja. Yang lain semua keluar pergi makan sebentar. Mereka mengajak aku. Namun aku buat keputusan aku tak mau.

Aku buka diary itu dan baca isi didalamnya.

Satu muka surat ni terdapat sebuah ulasan tak lah panjang sangat menarik perhatian aku ingin membacanya.

My diary~

Nak tau tak? Masa aku fist masuk kelas tu kan. Aku terkejut sangat. Mana taknya? Kelas lelaki kot! Mahunya tak malu aku dibuatnya? Kalau kelas campur lelaki ngn perempuan tu Okey la sikit. Nak tau? Mata aku ada tarik kat Seorang lelaki ni tau! Tapi dia sombong gila nak mati.

Apa maksud dia 'sombong gila nak mati'? Dia cakap kat sape ni? Tanya aku

Aku ada lah tanya dia. Almaklumlah nak mintak izin duduk kat sebelah dia kan. Takut nanti aku duduk macam tu je kang marah pulak an. Tak pasal² aku ni yang tak bersalah dipersalahkan. Kau tak? Bila aku nak mintak izin tu dia boleh perlu aku! Eh eh dia ni nasib aku baru lagi kat situ. Aku cakap lah tak pelah biar aku duduk kat tempat lain. Kau nak tau dia jawab apa? "Kau nak aku tarik pinggang kau baru kau nak duduk ke apa?" Eh eh main sedap mulut je dia cakap macam tu. Dah la ramai pulak yang tengok kau tau!! Malu la woii!!

Hahaha, kelakar la dia ni buat ayat diary.. tapi... Ni macam kisah aku dengan dia haritu je? Kan haritu dia baru masuk? Dan memang macam ni lah aku layan dia masa tu. Maksudnya...

DIA CERITAKAN PASAL AKU LAH NI???

Aku membelek ke muka surat seterusnya. Dan yes!  Ulasan lagi. Aku ni memang rajin nak membaca bab² karangan dengan ulasan so... Harap PAHAM lah ye!😃

Kau tau? Tadi kan. Aku nak keluar cari Chaeyoung tau. Ye la kan abang aku ada kerja sikit so dia mintak tolong aku untuk duduk dengan Chaeyoung kejap. Sambil² aku nak cari chaeyoung tu. Tiba² ada bayang lalu kat depan mata aku. Tapi aku tak sempat tengok sape. So apa lagi? Cari lah kan. Setelah lamanya aku mencari bayang² tu kau nak tau sape yang muncul? KIM JUNKYU!!! Mamat yang aku cakap tu sombong nak mati tu. Aku terkejut siak! Rupanya bayang tadi tu bayang dia. Punya lah aku bersungguh cari rupanya dia sendiri. Ya tuhan malu aku tahap tujuh keturunan ya tuhan!! Kau tau tak kim Junkyu! Nasib je aku suka kau tau! Kalau tidak. Tak de maknanya aku redha je duduk kat sebelah kau tu. Dah la muka macam koala🐨 haih...

Wait what? Dia suka aku? Serius lah? Enemy aku suka aku sendiri? What the heck! Asal aku tak perasan doh? Asal aku tak tau hal ni? Asal jihoon tak bagi tau awal²?

Tanpa lengah² aku membelek ke muka surat seterusnya.

Namun kalini bukan ulasan. Kelihatan seperti biodata.

______________________________________
My biodata...

Nama:Park Wina

Umur: 18 tahun (14 Mac)

Tinggi:172cm (46 kg)

Hobi:suka main koala/suka tulis diary

Makanan fav: Teobeokki cheese

Minuman fav:Banana Milk/Ttalgi Milk

Crush:Kim Junkyu my 🐨

______________________________________

Dia anggap muka aku macam koala? Hehehe comel.. aku ingat aku sorang je yang suka dia... Rupanya dia pun suka aku jugak. Tak sangka dia baru pindah sekolah tu dua hari dah crush kat aku? Aku ni pun belum apa² dah crush kat dia dah pun. Tapi....

Kenapa dia tak nak Confess je? Kenapa dia nak tulis dalam diary ni? Dia sengaja nak aku baca ke apa ni?

"Junkyu?" Satu suara tersentak lamunan aku tadi.

"Ah korang rupanya.. korang dah siap ke makan?" Tanya aku

Tak lain dan tak bukan

Mestilah jihoon dan yang lain. Tapi Jaehyuk dan Chaeyoung tak ada melainkan Asahi.

"Dah.. alang² tu Jaehyuk cakao dia nak balik rumah dia. Sebab letih sangat." Kata Asahi.

Aku meng'oh'kan sahaja. Aku paham. Mestilah diorang letih. Kan sebab memikirkan Wina.

Sape je tak risaukan Wina,Wina baik, comel,cantik,adik jihoon pulak tu. Muka pun macam jihoon. Memang la muka macam jihoon. Kan kembar dia. Haih...

Hate To Love YouWhere stories live. Discover now