OMG!!

3.1K 208 0
                                    


"Hye Soo, balik sekolah nanti nak tak pergi shopping?" sapa Hee Neul. "Shopping? Kau pergilah sendiri,aku malas nak keluar rumah" Hye Soo menjawab dengan selambar. "Jomlah! Temanlah aku! Boleh la.." pujuk Hee Neul. Hye Soo mengeluh, "Yelah,aku pergi tapi makanan kau belanja. Aku malas nak keluarkan duit." "Duit,no problem! Aku boleh belanja kau tapi kau kena belanja baliklah nanti.." sengeh Hee Neul. Hye Soo menggelengkan kepalanya dan terus sambung mengulang kaji. Perbualan mereka didengari oleh Ravi yang berada tidak jauh dari mereka. Ravi terus melaporkan pada N tentang perbualan yang didengari di dalam kelas sebentar tadi. N terus senyum nipis.

Ketika di Shinhwa Shopping Mall..

"Hee Neul, aku nak pergi Ladies kejap." Hye Soo terus pergi. "Ok ! Cepat sikit ! " Hee Neul pula menuju ke kedai alat make-up berhampiran. Sesudah Hye Soo ke tandas, " Hai, sayang. Buat apa dekat sini ?" sapa N ketika Hye Soo keluar dari ladies. "Kau nak apa ? Kau ikut aku ke ?!" Hye Soo terkejut. "Mestilah.. Takkan aku nak tinggalkan kesayangan aku sendirian dekat mall besar ni." ujar Leo dan terus menarik Hye soo ke dalam dakapannya. "Kalau kau jerit, jangan harap kau akan jumpa dengan Hee Neul tu lagi." ugut Leo pada Hye Soo. Sebenarnya, mereka sendiri tidak jumpa Hee Neul,puas mereka mencari. Biasalah perempuan,mana duduk diam.

"Mana kau bawak Hee Neul pergi huh ?!" Hye Soo hampir menjerit tetapi sempat Leo menutup mulutnya. Mata-mata di dalam mall itu asyik memandang ke arah mereka. N terus mengubah suasana menjadi ceria. "Hye Soo, kau kenapa ? Kita kan rakan sekelas, takkan kau tak nak lepak dengan kami pula ?" ujar N lalu terus tersenyum manis sambil mencubit pipi Hye Soo.

"Jangan lupa, Hee Neul dalam tangan kami." bisik Leo.
" Kau memang tak guna!" balas Hye Soo.

"N hyung! Jom pergi! Hee Neul dalam perjalanan ke sini." ujar Hyuk ketika ternampak Hee Neul yang datang ke arah mereka. "Jom geng ! Jumpa esok Lee Hye Soo." N senyum dan pergi ke arah bertentangan. Hye Soo tergamam, dia menggosok dadanya. "Apa yang mereka nak dari aku?" soal Hye Soo sendirian.

"Kau kenapa Hye Soo?" Hee Neul kebingungan.
"Tak de apa-apa" jawab Hye Soo. "Hee Neul, jom tidur di rumah aku. Aku bosan la.. Ayah aku tak ada kat rumah.. Jom la. Lagi pun,esok hari Sabtu." rayu Hye Soo. Hee Neul terus menganguk tanda setuju. Mereka menuju ke rumah Hee Neul dahulu untuk mengambil pakaian, kemudian ke rumah Hye Soo.

Ketika di rumah Hye Soo..

Hye Soo telah pun masuk tidur kerana dia kepenatan mengikut Hee Neul membeli-belah. Hee Neul, dia tidak dapat tidur kerana merasa sesuatu yang aneh ketika dia datang ke rumah Hye Soo. Dia terus menuju keluar dari rumah Hye Soo untuk memerhati. Ketika Hee Neul berada di perkarangan rumah Hye Soo,dia perasan seperti ada mata yang memandang kearahnya. Tiba - tiba, N muncul di belakang Hee Neul dan terus bisik pada telinga Hee Neul. "Janganlah takut, kami nak bermain sahaja. Kalau kau takut, tak seronok nanti." N memegang rambut Hee Neul dan menghidunya dengan kusyuk. Leo terus menuju ke arah mereka bersama sebilah pisau yang tajam.

Leo menikam perut Hee Neul dengan wajah yang tesenyum riang. Darah Hee Neul terpercik dan terkena pada tangan Leo. Dengan pantas, mata Leo berubah menjadi merah dan dia menjilat tangannya yang berlumuran darah dengan rakus. Hee Neul menahan kesakitan dan terus menjerit " EXO, tolong aku.." suaranya makin perlahan dan dia tidak sedarkan diri.

Dengan sekelip mata, EXO muncul, enam darinya muncul sebagai manusia. Yang selebihnya muncul sebagai serigala jadian. Mereka ternampak Hee Neul yang terbaring di atas tanah dengan lumuran darah. "Kau memang cari nahas, pontianak tak guna ! " jerit Kris dan berubah menjadi serigala. "Haha bersabarlah wahai sahabat, ni gurauan sahaja. Kami pergi dulu ya.." ujar N dengan penuh kepuasan. "By the way, sedap darah si Hee Neul ni. Manis !" kata Leo sambil menjilat baki darah pada tangannya itu dan terus menghilangkan diri.

"VIXX memang cari nahas ! Tak guna punya pontianak !!" jerit Chanyeol pula sambil menuju ke arah Hee Neul. "Xiumin, Baekhyun, Tao, Kai dan Sehun. Pergi jaga Hye Soo, jangan tinggalkan dia walaupun sesaat ! Faham?!" arah Suho. Mereka menganguk dan terus menuju ke bilik Hye Soo. "Yang lain, jom kita bawa Hee Neul pergi hospital sebelum jadi lebih parah." ujar Suho lagi. Kris mengendong Hee Neul, dan menuju ke arah kereta yang dipandu oleh Suho.

Ketika di hopital..

Doktor keluar bersama beberapa orang jururawat dari bilik kecemasan. "Macam mana doktor ? Kawan kami selamat ?" ujar Lay yang dari tadi tidak duduk diam. Doktor itu senyum, "Jangan risau, kawan kamu selamat. Kami akan pindahkan dia ke wad biasa selepas semuanya dah selesai." "Bagus la.." Luhan pula bersuara. Hyuk dan Ravi, yang mengekori mereka dari tadi setia mendengar perbualan doktor tersebut bersama ahli EXO.

Hyuk dan Ravi saling berpandangan dan terus menghilangkan diri.


Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now