Keesokkannya, di sekolah...
Hye Soo mengelamun jauh memikirkan tentang kata - kata orang tersebut semalam. Hee Neul yang baru sahaja menjejakkan kakinya ke dalam kelas, terkejut apabila ternampak Hye Soo. Terus dia berlari ke arah Hye Soo sambil menjerit nama Hye Soo.
"HYE SOO !!!" jerit Hee Neul. Hye Soo yang dari tadi termenung, terkejut melihat Hee Neul yang berlari kearahnya sambil mendepa tangannya untuk memeluk Hye Soo. "Oh my--" tak sempat Hye Soo menghabiskan kata-katanya dia dipeluk dengan Hee Neul sekuat yang mungkin.
"Hye Soo ! Mana kau pergi beberapa harini ? Aku rindu sangat dengan kau, tahu tak ?"
Hye Soo cuba meronta kerana dia tidak dapat bernafas akibat pelukan kuat Hee Neul. Xiumin dan N yang ternampak akan kejadian itu terus berlari lintang pukang kearah Hee Neul dan Hye Soo. "Yaa ! Hee Neul, jangan lah macam ni sangat." jerit Xiumin.
"Kesian Hye Soo tu, muka dia dah biru sebab tak dapat bernafas. Berhentilah Hee Neul !" jerit N pula.
Barulah Hee Neul tersedar. Terus dia melepaskan pelukan tadi. Hye Soo yang baru dipeluk oleh Hee Neul tadi terus terduduk lemah dan dia bernafas dengan laju. Satu kelas memandang Hee Neul dengan seram. "Mwoya ? Aku dah lama tak jumpa Hye Soo okay." kata Hee Neul sambil membuat muka tak bersalah.
"Kalau ya pun, lama tak jumpa jangan lah sampai nak bunuh dia pula." Kai bersuara.
"Diam lah kau." jerit Hee Neul pada Kai.
Hee Neul terus ke tempat duduknya. Dia merengus tanda tidak puas hati. "Lain kali... Bunuh je Hye Soo tu tahu ?" bisik Chanyeol. Hee Neul menjeling Chanyeol. "Oppa perli chagi ke apa ni ? Chagi waras lagi nak bunuh orang okay. Lebih-lebih lagi kawan baik chagi sendiri." balas Hee Neul pada Chanyeol. "Mana tahu..." kata Chanyeol dengan nada suara yang agak perlahan. "Bwoya ?" tanya Hee Neul yang tidak dengar kata-kata Chanyeol tadi. "Aniya." kata Chanyeol balik. Dia menghembuskan nafas lega sebab Hee Neul tidak dengar apa yang diktakannya tadi.
"Hye Soo, gwenchana ?" bisik N.
"Nae, opp-"
"Aniya, jangan panggil 'oppa' dekat sekolah. Pelajar kat sini tak tahu apa-apa."
Hye Soo sekadar mengangguk. Xiumin menghulurkan tangannya pada Hye Soo.
"Sampai bila awak nak duduk bawah ?"
"Ish... Awak ni kan... Makin menggatal saya tengok."
"Dengan awak je saya macam ni. Dengan orang lain tak ada. Jangan haraplah."
Hye Soo menyambut tangan Xiumin dan terus berdiri. Hee Neul terdengar kata-kata Xiumin tadi dan dia terkejut. "Mwo ? Xiumin dah pandai menggatal dengan Hye Soo ya ?" secara tidak sengaja suara Hee Neul kuat dan telah menyebabkan satu kelas memandang kearah Xiumin dan Hye Soo.
"Kejap... Bukan Hye Soo dengan N ke ?" kata salah seorang pelajar kelas mereka. "Bila pula Xiumin couple dengan Hye Soo ni ?" tanya lagi seorang pelajar kelas mereka. "Eh... Yang korang sibuk nak jaga tepi kain orang ni kenapa ha ?" tanya Leo.
"Kalau Hye Soo couple dengan siapa-siapa pun, biarlah." kata Chen pula. "Sibuk sangat nak tahu." Hongbin mencelah. Satu kelas terus senyap. Bukan sebab apa, tapi disebabkan EXO & VIXX adalah kingka di sekolah mereka jadi pelajar lain tidak berani nak menafikan apa-apa. Tidak lama selepas itu, cikgu masuk. Setelah beberapa minit belajar...
"Xiumin dan Hye Soo, dalam kelas ni kamu berdua sahaja yang belum ambil ujian." kata cikgu tersebut.
"U...uji...ujian ?" kata Xiumin terkejut.
"Yelah, kamu berdua dah lama tak datang kelas. Saya tak nak dengar alasan kenapa kamu berdua tak datang kelas, yang penting sekarang ni... Sebelum balik nanti, pastikan kamu berdua ambil ujian matapelajaran saya. Faham ?"
"Err..." Xiumin dan Hye Soo terdiam sebentar.
"Kamu berdua boleh balik lewat kan ? Lagipun kamu berdua kan selalu balik bersama." tambah cikgu lagi.
Xiumin dan Hye Soo sekadar tersenyum tawar lalu mengangguk. "Baiklah. Jangan lupa, sebelum balik nanti ya." cikgunya mengingatkan mereka sekali lagi.
Pada waktu rehat...
"Wae !!!" jerit Hye Soo. "Alah, relax lah. Ujian je, bukannya peperiksaan." Baekhyun cuba memujuk Hye Soo.
"Masalahnya..." Hye Soo menghempaskan kedua-dua tangannya diatas meja yang EXO & VIXX sedang makan. "...dalam ramai-ramai korang semua ni. Seorang pun tak bagitahu kami tentang ujian ni." kata Hye Soo dengan stress.
Semua ahli EXO dan VIXX, masing-masing sibuk dengan makanan mereka. Mereka seumpama tidak mempedulikan Hye Soo yang sedang marah itu. "Opp- eh... Silap. Awak... pun langsung tak bagitahu saya apa-apa kan ?" tanya Hye Soo pada N. Dia menjeling tajam kearah N yang duduk disebelah kirinya.
"Mianhei saeng, oppa lupa."
"Yaa... Jangan panggil macam tulah."
"Oh... Jeongmal mianhei. Saya lupa."
"Awak lupa ke ? Atau... Awak sengaja lupa ?"
N sekadar tersengih pada Hye Soo. Hye Soo mengalihkan pandangannya pada Xiumin yang duduk di sebelah kanannya pula. Senyuman tawar diberikan dan setiap ahli EXO dijelingnya. Seorang ahli EXO pun tidak berani untuk memandang Xiumin kerana mereka tahu yang Xiumin sedang marahkan mereka semua. Barulah Hye Soo perasan, rupanya mereka semua terdiam sebab Xiumin.
"Kalau EXO terdiam sebab Xiumin... Habis tu, kenapa VIXX terdiam pula ?"
tanya Hye Soo pada dirinya. "Hye Soo, makan lah. Nanti awak ada ujian kan ?" kata Hyuk lalu menghulurkan pada Hye Soo sepotong sandwich. "Gomawo, Hyukkie." ucap Hye Soo lalu mengambil sandwich yang dihulur Hyuk tadi. Hyuk mengangguk lalu tersenyum. Setelah waktu rehat habis, mereka semua kembali ke kelas masing-masing dan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.
- END OF PART 38 -
YOU ARE READING
Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]
FanfictionHighest ranking : #2 in VAMPIRE (01/04/17) #1 in VIXX (25/02/19) (4/10/19) Lee Hye Soo - 19 tahun - anak tunggal kumpulan Syarae (syarikat terkenal di korea) - belajar di Amerika dan baru pulang ke Korea Kim Min Seok @ Xiumin - ahli kumpulan Exo ( a...