Who's Revenge ?

819 49 3
                                    

Sesampai sahaja mereka di rumah EXO...

"Aku dah balik." ucap Xiumin. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk... "Omo~ mana semua orang ?" tanya Hye Soo. Xiumin hanya mendiamkan diri lalu terus ke bilik dan tutup pintu, meninggalkan Hye Soo berseorangan di ruang tamu. Selepas sahaja Xiumin masuk ke biliknya, semua ahli EXO yang tadinya hilang kini muncul semula di ruang tamu.

"Yaa... mana korang..."

"Shh... jangan lah bising. Nanti Xiumin hyung dengar."

bisik Chanyeol dan terus menekup mulut Hye Soo. Hye Soo mengangguk tanda faham. Chanyeol melepaskan Hye Soo perlahan-lahan. Tao nampak takut.

"Tao, gwenchana ?" tanya Hye Soo. Dia ternampak Tao seumpama ingin menyorok belakang Kris akibat terlalu takut.

"Ani...aniya. Tao takut dengan Xiumin hyung tu." balas Tao.

Hye Soo memandang setiap muka ahli EXO. "Ehh... Suho ? Awak pun takut dengan Xiumin ? Selalunya awak yang akan halang Xiumin kalau dia marah." tanya Hye Soo pada Suho. Suho membalas dengan perlahan...

"Kali ini lain... saya sendiri lupa nak bagitahu dia tentang ujian dekat sekolah haritu."

"Oh ya... takkan lah seorang pun tak ingat nak bagitahu kami ?" tanya Hye Soo pada semua ahli EXO. Semua menggelengkan kepala sendiri. Hye Soo mengeluh, kemudian dia mendapat satu idea. "Macam inilah... setiap kali Xiumin marah, biar saya yang halang dia. Saya takkan biarkan dia apa-apakan kamu semua. Okay." jelas Hye Soo. Semua ahli EXO mengangguk tanda setuju kecuali Kris. Luhan menyiku lengan Kris.

"Kris, kenapa tak angguk ? Tak setuju ke dengan apa yang Hye Soo cakap ?" kata Luhan.

"Bukan tak setuju..."

"Habis tu ?"

"...aku cuma... aku rasa macam tak cool lah pula kalau korang semua minta 'protection' dari seorang perempuan."

"Yaa, Hye Soo bukan perempuan sebarangan tahu ? Dia boleh selamatkan kita dari amukan gila si Xiumin tu."

"Hey, come on. Xiumin, kau dengan aku ni kan sebaya..."

"Err... hyung, bukan kita semua sebaya ke ?" Kai menyampuk. Kris mengeluh.

"...maksud aku dari segi umur kita werewolf lah. Bukannya manusia. Bukan ke aku, Xiumin dengan Luhan ni sebaya ? Kalau kita manusia, dah tentulah umur kita sebaya." terang Kris. Kai dan Luhan mengangguk tanda faham.

"So ? Apa masalahnya ?" Luhan terus bertanya.

"Masalahnya sekarang ni... Xiumin tu tak akan apa-apa kan kita lah, sebab kau dengan aku sebaya dengan dia."

Habis sahaja penerangan Kris, barulah Luhan faham. "Tapi kan Kris, aku tetap dengan keputusan aku." kata Luhan. "Pergilah, aku tak kisah. Aku akan buktikan pada korang semua yang Xiumin dengan aku, okay je." kata Kris dengan berlagak.

"Ohh... ye ke ? Apa yang kau nak buktikan tadi ? Ulang balik boleh ?" suara datang dari belakang Kris.

Ahli EXO yang lain terdiam begitu juga dengan Hye Soo. Secara senyap, seorang demi seorang ahli EXO bergerak ke belakang Hye Soo untuk menyorok. Kris mengeluh. Dia berkata sambil pusing ke belakang...

"Aku cakap yang Xiumin tu..."

Kris terdiam apabila ternampak Xiumin sudah berdiri betul-betul di belakangnya. Sambil menyilangkan tangannya Xiumin memandang tepat ke mata Kris.

"Aku apa ? Haa ? Kau sambung ayat kau sampai habis, aku tak sempat dengar lah tadi."

kata Xiumin. Kris terdiam seribu bahasa. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia mengundurkan dirinya secara perlahan. Matanya tidak dapat lari dari pandangan tajam Xiumin. Xiumin berjalan kearah Kris secara perlahan.

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now