Someone That Can Be Trust

1.7K 112 6
                                    

"Awak dah boleh baring sekarang." kata Xiumin yang telah penat mengemas tempat supaya Hye Soo dapat berehat. Hye Soo cuma menggelengkan kepalanya.

"Oh... awak tak nak baring ? Hmm... awak nak makan apa - apa ke ? Saya boleh sediakan." kata Xiumin.

Sekali lagi Hye Soo mengelengkan kepalanya. "Kenapa Hye Soo lain macam pula ni ?" soal Xiumin pada dirinya. Xiumin duduk di sebelah Hye Soo dan merenung Hye Soo lama. Hye Soo membalas balik pandangan Xiumin. "Tolong jangan jadi macam ni, Hye Soo. Cakap lah sesuatu." pinta Xiumin. Hye Soo cuma mengalihkan pandangannya tadi ke bawah. Cepat - cepat Xiumin mengangkat semula muka Hye Soo. "Saya takkan hentikan semua ni... selagi awak tak cakap walau sepatah pun." kata Xiumin.

Hye Soo terkejut mendengar kata - kata Xiumin. Dia tak tahu nak buat apa, tetapi dia tetap tak nak cakap walaupun sepatah. Xiumin hanya menunggu jawapan dari Hye Soo. "I won't let her go until a word came out from her mouth." janji Xiumin pada dirinya.

Hye Soo tetap tidak berkata apa - apa. Hye Soo memandang ke dalam mata Xiumin. "He looks serious in what is he doing right now." kata Hye Soo dalam hatinya. Hye Soo semakin risau. "Patutkah aku bersuara ? Selagi aku tak bersuara, dia akan tetap buat macam ni. Tapi... tapi... Hye Soo dah tiada lagi."

Air mata Hye Soo mengalir keluar. Xiumin terkejut. "Hye Soo. Kenapa ni ?" tegur Xiumin. "Am I the one who force her, and... that is why she cry ?" tanya Xiumin pada dirinya. Xiumin melepaskan Hye Soo. Hye Soo masih memandang Xiumin dengan air mata yang masih mengalir turun di pipinya. Xiumin mengeluh lalu bangun dan terus ke biliknya. Hye Soo hanya memandang segala gerak geri Xiumin.

Dia berasa menyesal sebab tak dapat menunaikan apa yang Xiumin inginkan. Hye Soo menundukkan mukanya, dia terkejut. Kelihatan tuala mandi Xiumin yang putih tadi telah bertukar warna kepada merah darah. Itu sudah cukup menunjukkan yang Xiumin telah cuba sedaya upayanya untuk menyelamatkan Hye Soo tadi. Hye Soo memegang kepalanya lalu memejam matanya memikirkan tentang kejadian yang menimpanya tadi.

"He... should not save me..." kata Hye Soo dalam hatinya.

Hye Soo cuba untuk berdiri tetapi malang baginya bila dia terjatuh. "Aku... masih belum... kuat kah ?" tanya Hye Soo pada dirinya lagi. Xiumin hanya memerhatikan dari biliknya sahaja. Hye Soo cuba untuk berdiri sekali lagi. Tetapi dia tetap jatuh.

Xiumin yang memerhati dari dalam bilik...

"Dia tak reti nak duduk diam ke ? Dia tak kenal ke erti putus asa ?"

...tanya Xiumin pada dirinya. Dia mengeluh berat. Nak atau tidak, dia perlu menolong Hye Soo.

Hye Soo duduk. Penat. Dia hampir mengalah. Sewaktu dia ingin berdiri semula, seseorang menghulurkan tangan untuk membantu Hye Soo berdiri. Apabila Hye Soo memandang orang tersebut... XIUMIN. Hye Soo menyambut tangan Xiumin dan cuba untuk berdiri sekali lagi. Dia hampir ingin jatuh juga tetapi Xiumin sempat menarik Hye Soo dan berada dalam dakapannya.

"Penat lah, tak boleh ke sehari tak bagi kerja sekolah ?" bebel Baekhyun.

"Waeyo ?" tanya Lay.

"Bayangkan... tiap hari bagi kerja sekolah. Berlambak lah. Sampai bila pun kerja sekolah takkan siap." sambung Baekhyun lagi.

"Berlambak... kalau kau asyik bertangguh." perli Chen.

Apabila mereka buka sahaja pintu rumah....

"Errr.... Are we in the right house ?" tanya Kai.

"I... think... so..." balas Sehun.

Terus Xiumin mendukung Hye Soo. Dia tidak mahu tengok Hye Soo asyik jatuh apabila cuba untuk berdiri. Suho memandang tuala Xiumin yang terdapat di sofa berdekatan, penuh dengan darah. Dia mencapai tuala tersebut.

"MWO !!! BLOOD ???" jerit Luhan.

"That is Xiumin's blood... Am I right ?" tanya Kris yang inginkan kepastian.

Suho hanya mengangguk, kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Hye Soo & Xiumin semula. Xiumin memandang Suho. Suho mengeluh ringan. "Guys... pergi laa buat aktiviti biasa korang. Xiumin and Hye Soo... I need to have a word with you guys for a while." Xiumin hanya mengangguk tanda setuju, manakala Hye Soo terdiam.

Setelah mandi, ahli EXO yang lain terus ke padang untuk bermain bola. Xiumin meletak Hye Soo pada sofa sementara menunggu Suho datang.

"Hoi, cepat - cepat. Pilih team." teriak Chen.

"Kejap... kita kekurangan orang lah." kata Lay.

"Eh.. siapa yang tak ada ni ?" tanya Luhan.

"Xiumin dengan Suho ???" jawab D.o.

"Bukan... diorang memang tak main lah petang ni." kata Luhan.

"Haa... mana Chanyeol hyung?" tanya Tao.

Semua terdiam seketika...

"Yelah... mana Channie ?" tanya Kris pada semua ahli. Semua ahli hanya menggelengkan kepala masing - masing.

"Ni mesti ber'dating' ni." kata Sehun.

"Biar lah..." kata Baekhyun lalu menenangkan Sehun.

Balik semula pada Xiumin & Hye Soo yang berada di dalam rumah, Suho yang baru selesai mandi terus mencapai baju dan ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Xiumin & Hye Soo. "Suho, aku rasa... kau cakap jelah apa - apa pun dengan Hye Soo ni. Dia takkan jawab." kata Xiumin. "Wae ?" tanya Suho pada Xiumin.

Xiumin hanya mampu mengeluh. "Kau cakap lah dengan dia... aku nak pergi main bola." balas Xiumin pendek. Terus dia keluar untuk menyertai ahli EXO yang lain. Hye Soo hanya memandang Xiumin pergi. Suho mengambil tempat duduk di sebelah Hye Soo.

"Hye Soo, gwenchana ?" tanya Suho. Hye Soo hanya menggelengkan kepalanya. "Kenapa awak tak nak bercakap ? Cuba awak cakap apa - apa sahaja, asalkan awak tak senyap macam ni." pujuk Suho. Hye Soo menggelengkan kepalanya sekali lagi. "Awak perlu bersuara Hye Soo. Kalau tak, macam mana Xiumin tu tak risaukan awak ? Dia tak tahu yang awak okay atau pun tidak." jelas Suho. Dia cuba memujuk Hye Soo agar bersuara. Hye Soo hanya mendiamkan diri. Suho mengeluh. Dia mendapat satu idea.

"Macam ni lah... kalau awak tak nak bersuara juga, ada tak diantara ahli EXO yang awak percaya ?" tanya Suho pada Hye Soo. Hye Soo memandang Suho dengan muka pelik. Dia tidak memahami apa yang Suho cuba katakan. "Err... maksud saya, ada tak antara ahli EXO yang awak percaya dia akan simpan segala rahsia awak kalau awak bercakap dengan dia ? Kalau bukan ahli EXO... Hee Neul ke ?" tanya Suho lagi.

"Hee Neul ? Aku terlupa pasal dia. Tapi... dengan diri aku yang sekarang ni... Hee Neul nak ke berkawan dengan aku lagi ?" tanya Hye Soo pada dirinya.

"Hye Soo, cakaplah. Eh... tak... maksud saya... err... cuba awak tunjukkan pada saya. Ahli mana yang awak percayakan yang akan simpan segala rahsia awak kalau awak bagitahu dia." tanya Suho.

Hye Soo memandang ke arah ahli - ahli EXO yang sedang sibuk bermain bola. Seorang demi seorang ahli EXO dipandangnya. Hye Soo menghela nafas. Dia menunjuk pada orang yang kebetulan pada waktu itu sedang memegang bola. Suho memandang kearah yang ditunjuk oleh Hye Soo.

"Chen ?"

Hye Soo mengangguk. Dalam hatinya...

"Aku harap... aku boleh percayakan Chen, aku harap Chen boleh menjadi pendengar masalah aku yang terbaik. Aku harap dia boleh simpan segala rahsia aku. Dan akhir sekali... aku harap... DIA TAK AKAN KHIANATI AKU."

"Baiklah. Kalau betul awak percayakan Chen, awak ceritakan sahaja segala masalah awak kat dia. Nae ?" kata Suho.

Hye Soo memandang Suho...

"Eh... jangan risau. Saya tak akan tanya Chen apa - apa tentang rahsia awak lah." kata Suho lagi.

Hye Soo hanya menghela nafas dan menganggukkan kepalanya.

"Nanti saya bagitahu Chen, nae ?" tanya Suho yang inginkan kepastian dari Hye Soo untuk memastikan yang Hye Soo betul - betul dah bersedia untuk bercakap dengan orang yang percayai itu.

Hye Soo sekali lagi mengangguk. Dia juga perlu bersedia untuk bersuara.

- END OF PART 29 -

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now