Not Anymore...

2.2K 145 5
                                    

Hye Soo berlari tanpa arah tuju. Dia cuma ikut kemana sahaja kakinya membawanya. Matanya semakin kabur, tekaknya juga terasa sangat kering.

"Mana... mana patut aku pergi ni ? Diri aku dah lain, sudah tentu tak akan ada sesiapa lagi yang nak berkawan dengan aku."

Kata Hye Soo sendirian. Dia menangis.

"Entah - entah... Hee Neul & EXO pun... tak terima aku ?"

Hye Soo menyambung tangisannya tadi. Dia meneruskan perjalanan, tetapi kali ini dengan berjalan. Dia terlalu memikirkan tentang sahabatnya, Hee Neul & EXO. Patutkah Hye Soo masih berkawan lagi ? Adakah mereka akan terima Hye Soo dengan keadaan macam ni ?

Hye Soo berjalan sehingga dia sampai di suatu kawasan terbiar. Tempat itu hanya ada sebuah rumah lama. Hye Soo takut untuk masuk ke dalam jadi dia membuat keputusan untuk duduk di luar sahaja. Sejurus selepas itu, kedengaran suara orang ramai seperti sedang berbual. Hye Soo cuma duduk di situ tanpa berbuat apa - apa.

"So, macam mana Kris hyung ?" tanya Tao

"Mana lah aku tahu. Aku tak nak ikut sepatutnya tadi." balas Kris.

"Tak nak ikut... last - last ikut juga." perli Luhan.

"Korang semua laa, paksa aku kenapa ?" tanya Kris.

"Relax laa hyung. Sekali sekala keluar bersama, tak kan tak boleh ?" kata Chanyeol dan terus mengusap kepala Kris yang menyebabkan rambut Kris jadi serabut.

Hye Soo ternampak ahli - ahli EXO berjalan. Riak wajahnya yang sedih tadi bertukar gembira. Dia berlari kearah EXO tetapi berhenti dengan tiba - tiba apabila dia perasan yang ahli EXO semuanya berbalut & berplaster. Hye Soo rasa serba salah. Dengan perlahan, dia berpatah balik ke arah rumah lama itu semula. Suho ternampak seseorang.

"Hey, awak." panggil Suho.

Hye Soo terkejut dan langkahnya berhenti. "Awak buat apa kat situ ?" tanya Suho lagi. "Suho hyung, I don't think that is a human." bisik Baekhyun pada Suho. "How are you so sure about that ?" tanya Lay pula. "Yelah, mana ada manusia yang keluar malam - malam buta macam ni." bisik Chen pula. Semua ahli EXO hanya tertumpu pada Hye Soo. Akibat terlalu takut dengan mereka, Hye Soo berlari sekuat mungkin untuk masuk ke rumah lama tersebut.

"EXO, kejar dia." arah Suho.

Semua ahli bertukar Werewolf & terus mengejar Hye Soo. Hye Soo tidak berpaling ke belakanng, dia cuba lari sepantas mungkin. Apakan daya, akhirnya Hye Soo terperangkap dalam kepungan EXO. "Awak ni siapa ? Apa yang awak buat kat sana tadi tu ?" tanya Suho. Hye Soo tidak menjawab kerana tekaknya menjadi semakin haus setelah penat berlari dari EXO tadi.

"Woii !!! Jawab lah !!! Kau nak tunggu sampai kitorang bunuh kau ke baru nak..."

"Xiumin, calm down. I can handle this."

Suho cuba menenangkan Xiumin yang dah mula naik angin. Xiumin merengus geram. Hye Soo cuba memandang ke arah Xiumin dengan perasaan takut. Penglihatan Hye Soo kembali kabur, dia terduduk dan mukanya menghadap ke bawah.

"Hoi !!! Apa yang kau cuba buat ni ? Jangan nak berlakon depan aku lah." marah Xiumin.

Hye Soo hanya mampu dengar sahaja. Dia tidak dapat menjawab. "Xiumin hyung... jangan bertindak melulu. Kita tanya dia dulu." cadang D.o. "Kau ingat aku jenis yang macam tu ke ?" balas Xiumin. Suho tidak ada cara lain selain...

"Kris, Luhan, Chanyeol & Kai... stop Xiumin."

Mereka berempat terus melompat ke atas Xiumin untuk menghalang Xiumin. Xiumin bertukar manusia dan terus lari ke arah Hye Soo untuk membunuhnya. Nasibnya malang apabila Suho melompat ke hadapan Hye Soo untuk menghalangnya.

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now