Help Us !

2.8K 204 5
                                    

Selepas tamat persekolahan, Hye Soo cepat-cepat melarikan dirinya sebelum VIXX mencari. Dia keluar dari kawasan sekolah dan VIXX memerhatikan Hye Soo dari bumbung sekolah. "Hyung, dia cuba larikan diri ke?" tanya Hyuk. N memandang ke arah mereka dan terus pergi pada Hye Soo yang tergesa-gesa cuba untuk melarikan diri. "Kau nak lari dari kami ke ?" Leo muncul betul-betul depan Hye Soo. " Asal kau lari ? Apa yang kau takut sangat ?" ujar Ravi yang muncul di sebelah kiri Hye Soo. "Kan aku cakap, kau perlu berada dengan aku supaya aku tak ganggu Hee Neul dan EXO lagikan ?! Kau lupa perjanjian kita ke ?!" bertak N dari belakang Hye Soo.
Hye Soo ketakutan dan ingin menjerit tetapi malangnya Leo terus mencekiknya dan Hye Soo terus pengsan. Mereka membawa Hye Soo ke tempat persembunyian mereka. Kejadian itu disaksikan oleh Tao yang diarahkan untuk memerhatikan Hye Soo. "Hye Soo !! Aduh ! Aku kena bagi tahu dia orang ni !", Tao terus menuju ke hospital.

Ketika di hospital...
"Hyung!! Hyung!! Hyung!!" jerit Tao di koridor bilik wad Hee Neul dan terus masuk ke dalam. "Oi ! Ni hospital, bukannya hutan kau nak terjerit-jerit." marah Luhan. "Hyung! Hye Soo.. Hye Soo dalam kesusahan.. Kita mesti tolong dia !" ujar Tao yang kepenatan. "Apa dah jadi ?!" Kris terus menjadi risau. Tao menceritakan kejadian tadi kepada yang lain. "VIXX memang dah melampau !" Xiumin menghentak tangannya pada meja yang berdekatan. "Sabar hyung. Tao, Chanyeol dan Kai, jaga Hee neul. Yang lain, kita kena selamatkan Hye Soo sekarang juga." ujar Suho. Mereka terus pergi ke tempat persembunyian VIXX.

Di tempat persembunyian VIXX..
Hye Soo di ikat pada batang besi secara tegak. Hye Soo terjaga dan nampak N berdiri di hadapannya. "Apa kau nak dari aku..?" ujar Hye Soo dengan lemah. "Aku tak nak apa-apa, cuma nak bermain jer.. Aku nak tanya kau satu soalan, kenapa kau larikan diri dari kami ?" N bersuara dan terus memegang pipi Hye soo dengan kuat. "Aku paling benci dengan orang yang tak tunaikan janji ! Aku bagi kau peluang sekali lagi, kalau kau cuba buat benda yang aku tak suka... Hee Neul jadi orang pertama yang mati depan mata kau. Kau faham?" jerit N.

Jeritan N dapat didengari oleh Leo, terus Leo berjalan ke arah Hye Soo selepas N berlalu pergi. "Kau yang buat masalah, jadi kau dapat masalah." Leo menampar muka Hye Soo sehingga Hye Soo pengsan buat kali kedua. Leo tinggalkan Hye Soo di dalam dan terus keluar. Ketika Leo dan N lepak di luar, "Dekat mana kau sorok Hye Soo, tak guna ?!!" jerit Xiumin, terus berubah menjadi werewolf. Ahli yang lain terus mengepung mereka.
"Hahaha... kau nak Hye Soo, pergi lah ambil dekat dalam" N menunjuk ke arah rumah usang itu. Suho yang dari tadi memerhati terasa seperti sesuatu yang hilang, dia memerhati sekeliling dan mendapati 4 lagi ahli VIXX tidak ada bersama mereka.

"Mana lagi 4 orang ?" ujar Suho dan terus memerhati.

"Hye Soo dah langgar janji, jadi.. pandai-pandai lah kamu sekalian ya." ujar Leo dan mereka hilangkan diri.

Baekhyun terus teringat tentang perjanjian antara Hye Soo dan VIXX. "Hee Neul! Hee Neul, Tao, Chanyeol dan Kai dalam masalah ! Dalam perjanjian mereka,Hye Soo janji untuk bersama N agar tidak mengganggu kita dan Hee Neul. Hyung! Mereka dalam masalah!" Baekhyun terus risau,mereka terkejut dan segera ke hospital selepas menyelamatkan Hye Soo. Xiumin, Kris dan Luhan membawa Hye Soo pulang. Ahli yang lain pula menuju ke hospital.

Setiba di hospital..
Tao, Chanyeol dan Kai sudah berlumuran darah dan rebah di atas lantai. Hee Neul pula,terdapat cakaran dan lebam pada badannya. "Apa ni ? Kenapa semuanya berlaku dengan pantas ?" ujar Sehun. "Tulah padahnya kalau kawan kau mungkir janji." senyum Ravi, Hyuk, Ken dan Hongbin. Mereka gelak dengan penuh kepuasan dan pergi dari pandangan.

Xiumin meletakkan Hye Soo pada katilnya. Hye Soo kelihatan penat dan tidak bermaya, pandanganya juga kabur. Kris dan Luhan cuba memerhatikan keadaan sekeliling takut-takut jika terdapat ahli VIXX yang cuba mengintip. "Xiumin hyung, baik kita pergi cepat. Nanti Hye Soo tahu yang kita ni werewolf." bisik Luhan pada Xiumin. "Eh... tapi, kita mana boleh tinggalkan dia seorangan di sini. Nanti tak pasal-pasal VIXX datang, culik dia lagi. Siapa nak tanggung ? Aku juga." kata Xiumin. Kris dan Luhan hanya membuat muka. "Tapi, kita tak boleh duduk sini lama-lama." kata Kris pula.
Xiumin memegang tangan Hye Soo sambil berkata... "Hye Soo, please take care of yourself. I have to go now. I'm sorry because I can't stay here for you." Sewaktu Xiumin baru berdiri, Hye Soo menarik lengan Xiumin dan menyebabkan Xiumin kembali semula pada Hye Soo.

"Xiumin, tolong saya satu perkara." rayu Hye Soo.

"Apa dia?"

"Tolong jangan lindungi saya lagi, selepas ini."

"Kenapa pula ?"

"Sebab saya nak Hee Neul, awak, dan EXO selamat. Jadi, saya akan ikut segala apa yang VIXX suruh."

Xiumin tidak terkata. "Baik... lah. Tapi, janji dengan saya yang awak tidak akan tertipu dengan helah VIXX." pesan Xiumin pada Hye Soo. Hye Soo mengangguk tanda setuju. Xiumin, Luhan dan Kris terus pergi meninggalkan Hye Soo berseorangan.

- END OF PART 10 -

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now