You Are Not Alone !

1.6K 112 4
                                    

Malam itu, Hye Soo duduk berseorangan di luar rumah. Dia memandang langit yang penuh dengan bintang. Hye Soo menarik nafas lalu melepaskannya. "Aku ni... dah bersedia ke ?" tanya Hye Soo pada dirinya. Xiumin hanya memerhatikan Hye Soo dari dalam rumah.

"Kau risau sangat ni... dia okay lah." pujuk Luhan sambil menepuk bahu Xiumin.

"Aku tak faham. Kenapa dia dah jadi macam ni ? Aku ada buat salah ke ? Salah aku ke, Luhan ?"

"Aku tak tahu. Mungkin... ada lah kot."

Xiumin memandang muka Luhan dengan marah. Luhan tersengih macam kerang busuk. "Tadi cakap tak tahu. Lepas tu mungkin lah kot. Mana satu kau ni ?" tanya Xiumin. "Dua - dua." lawak Luhan dan terus lari dari situ. "Yaa !!! Come back here you, Lulu !" jerit Xiumin dan terus mengejar Luhan.

"Chen, go now. Kalau ada apa - apa, kau bagitahu aku. Okay ?" tanya Suho pada Chen.

"Nae."

Balas Chen pendek. Terus dia melangkah keluar rumah untuk duduk bersama Hye Soo. "Hye Soo, gwenchana ?" tegur Chen dan terus duduk disebelah Hye Soo. Hye Soo hanya menggelengkan kepalanya.

"Err... awak ada benda ke nak cakap dengan saya ?"

Hye Soo memandang tepat ke arah muka Chen. Dia harap muka yang dipandangnya itu adalah muka yang boleh dia percayai dan tidak akan khianatinya. Chen terkejut dengan Hye Soo yang memandangnya sebegitu rupa.

"Ehh... mianhei, saya cuma...."

"Gwen... gwenchana."

Tidak sempat Chen menghabiskan kata - katanya, akhirnya Hye Soo bersuara. Chen sekali lagi terkejut. Akhirnya dia dapat mendengar semula suara Hye Soo yang selama ni hanya mendiamkan diri.

"Kalau awak ada masalah, awak bagitahu saja pada saya. Jangan risau, saya tak akan bagitahu pada sesiapa pun... even Xiumin."

Hye Soo mengeluh.

"Awak tahu tak kenapa... sejak Xiumin jadikan saya macam ni... saya hanya mendiamkan diri je ?"

"Tak."

"Sebab..."

"Sebab ?"

Hye Soo tidak tahu macam mana nak terangkan pada Chen. Dia mula menangis.

"Sebab... Hye Soo... dah mati, Chen. Hye Soo yang dulu dah mati. Saya bukan Hye Soo yang dulu, yang selalu rapat dengan korang. Saya Hye Soo yang lain... Hye Soo yang kemungkinan akan dibenci oleh semua orang sebab diri saya yang sekarang ni."

Hye Soo kembali menangis. Chen memalingkan Hye Soo menghadapnya. Dia mengangkat muka Hye Soo yang tadi hanya memandang ke bawah. Kedua - dua tanganya diletakkan pada muka Hye Soo. Dia mengelap air mata Hye Soo yang jatuh menggunakan ibu jarinya.

"Awak tak sepatutnya cakap macam tu Hye Soo. Tak ada sesiapa pun yang akan bencikan awak. Kami masih anggap awak kawan kami, Hye Soo. Awak bernasib baik kerana Xiumin tolong awak hidup semula. Kalau tak... awak dah mati."

"Saya lebih rela mati... saya lebih rela mati, Chen. Dari jadi macam ni ?"

"Awak tahu tak, yang awak tak keseorangan ?"

Hye Soo terdiam seketika. Apa yang dimaksudkan oleh Chen sebenarnya ? Hye Soo memegang tangan Chen yang terdapat pada mukanya.

"Ap... apa maksud awak ?"

"Maksud saya, yang awak tak keseorangan tu... bukan awak sahaja yang jadi macam ni."

"Hah ?"

"Saya, Xiumin dan EXO kan Werewolf. Oppa awak... N dan VIXX kan Vampire. Jadi, bukan awak seorang sahaja yang jadi macam ni. Kami... kawan yang awak rapat sekarang ni. Semuanya bukan manusia, Hye Soo. Except... for Hee Neul."

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now