I've Accepted Who You Are

1.6K 112 7
                                    

Chen mengajak Hye Soo masuk. Hye Soo hanya mengangguk tanda setuju. Selepas sahaja mereka masuk ke dalam rumah, semua ahli EXO memandang mereka kecuali Suho.

"Chen... What are you doing ?" tanya Kris. Chen pelik dengan pandangan mereka semua.

"Hoi, korang pandang apa ?"

"Xiumin hyung... tak marah... ke ?" tanya Tao pada Chen.

"Buat apa ?" balas Chen.

Suho memandang Chen & Hye Soo.

"Korang ni... tu pun nak pandang macam tu sekali ? Teruk lah korang." kata Suho.

"Impossible !!!" kata Baekhyun sambil menampar mukanya sendiri sebab tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Sweet apa." kata Lay.

"Aku setuju." sokong D.o

Xiumin memandang tajam ke arah Lay tetapi Lay tidak perasan. "Dia memang sengaja cakap macam tu ke ?" kata Xiumin. Dia menggengam tangannya tanda geram. Suho perasan akan situasi itu.

"Xiumin... control it." tegur Suho.

Xiumin tersedar dan terus memandang kearah Suho. Dia menarik nafas dan kemudian melepaskannya. Dia cuba bersabar. Dia tidak mahu egonya menguasai dirinya. Ahli EXO yang lain semua menjauhkan diri dari Xiumin kerana mereka tahu apa yang dimaksudkan oleh Suho itu. Semua ahli EXO takut dengan Xiumin, satu - satu nya hyung yang paling 'menyeramkan' bagi mereka. Xiumin menjeling tajam ke arah Lay.

Lay semakin takut. Dia berpeluh & menggigil. Chen berbisik pada Hye Soo.

"Pergi tenangkan Xiumin. You are the only one who can do it."

Hye Soo mengangguk. Chen melepaskan Hye Soo. Hye Soo berjalan ke arah Xiumin. "Hye Soo... no... no... don't go there." kata Sehun dengan nada suara perlahan. Kai turut merisaukan Hye Soo. Dia membuat isyarat agar jangan pergi ke arah Xiumin. Hye Soo pelik melihat kedua dua gelagat maknae line itu. Suho yang turut melihat hanya menggelengkan kepalanya.

"Apa nak jadilah dengan dua orang ni..." bisik Suho pada dirinya sendiri.

Hye Soo menarik tangan Xiumin. Xiumin tersedar. Dia memandang Hye Soo. Hye Soo memberi satu senyuman pada Xiumin. Xiumin terkejut. Dia tidak pernah melihat Hye Soo senyum sebegitu padanya. Xiumin malu, mukanya merah tetapi tiada sesiapa pun perasan kecuali Hye Soo.

"She... she just smile... at me ?" bisik hati kecil Xiumin. "Looks like... she's fine. Now, I don't have to worry about her anymore." sambung Xiumin lagi.

Xiumin membalas senyuman Hye Soo. Giliran Hye Soo pula yang malu. Tidak pernah dia lihat Xiumin senyum. Hye Soo memandang ke bawah kerana malu.

"Xiumin, take Hye Soo to sleep. She still need some rest." arah Kris. Xiumin memandang Suho. Suho hanya mengangguk, bersetuju dengan Kris. Xiumin membalas semula anggukan Suho.

Terus Xiumin menarik tangan Hye Soo untuk ke biliknya. Setelah Xiumin beredar, suasana tegang tadi telah kembali seperti biasa.

"Fuhh... nasib baik." kata Tao.

"Itulah, kalau tak... habis kita semua." kata D.o pula.

Lay masih menggigil ketakutan.

Kris menepuk bahu Lay. "Hey, dah lah tu. Semua orang dah okay, kau melebih ni kenapa ?" kata Kris.

"Xiu...min... hyung... menye....ramkan..." kata Lay gagap.

"Berani lagi cabar Xiumin, terima lah padahnya." kata Luhan pada Lay.

"Eh, kejap... mana Chanyeol. Tadi ada nampak." kata Baekhyun.

"Oh... dia hantar Hee Neul balik." jawab Chen.

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now