Not Them Again !!!

2.6K 176 1
                                    

Hye Soo terjaga dari tidur dan memerhatikan sekeliling bilik. Dia mengesat baki air mata pada pipinya. Fikirannya hanya pada Xiumin, tak tahu nak buat apa supaya Xiumin tu tidak benci pada dirinya. Hye Soo turun dari katil dan pergi membersihkan diri. Setelah itu, dia turun ke ruang tamu. N memerhatikan Hye Soo berjalan ke dapur, terus N mengekorinya.

"Hye Soo!"

"Kenapa?"

"Jom makan dekat luar sayang. Hari ni tak payah masak! Jom lah!"

Pujuk N dengan senyuman manisnya tu. "Okay, kita nak pergi kedai mana ni?" tanya Hye Soo dengan nada malas. "Ikut je la." N tersenyum riang.

Sesudah sampai di kedai makan,

"Saya ada buat tempahan untuk 2 orang" ujar N pada pelayan yang setia menunggu di hadapan kedai. "Mari saya tunjukkan meja Encik" ujar pelayan itu. Ketika itu juga , EXO dan Hee Neul sedang makan di kedai yang sama dengan kedai yang mereka pergi. "Jap! Tu bukan Hye Soo ke ?" soal Luhan apabila ternampak N dan Hye Soo yang sedang menuju ke meja tempahan mereka. "Mana-mana?" Tao tercari-cari Hye Soo. "Tu lah... Kau ni, tak nampak ke?" Luhan terus menunjuk ke arah mereka yang duduk di tepi tasik. Xiumin hanya memerhati dengan mata yang tajam dan hati yang betul-betul marah.

"Xiumin, awak okay ke?" soal Hee Neul pula apabila ternampak Xiumin secara tiba-tiba naik angin. "Aku okey! Tak payah sibuk hal aku!" jawab Xiumin. Ketika itu semua tergamam mendengar jawapan dari mulut Xiumin. "Hyung.. Xiumin tak okey" bisik Tao yang ketakutan pada Suho.

"Dah2.. Makan... Biarlah dia orang.. Hal dia orang, yang nak masuk campur buat apa? Tak pasal-pasal nanti,kita membahayakan nyawa wanita lagi."

Suho memberi amaran agar perkara dulu tidak berulang lagi. Suho memberi peluang sebab dia masih mencari masa yang baik untuk rampas Hye Soo dari VIXX balik. "Xiumin hyung , makan lah.." ujar Lay pula. Xiumin angkuh dengan perintah Lay dan mula sambung makan makanannya.

Di meja N dan Hye Soo pula..

"Pahal pulak binatang tu boleh ada dekat sini? Semak betullah! Aku baru nak berdating!", N berbisik di dalam hati. "Jagiya, nak makan apa?" ujar N pda Hye Soo tetapi mata memandang EXO dan Hee Neul. "Pesan jelah apa-apa pun, janji makanan." Hye Soo tersenyum manis. " Kalau macam tu , Oppa pesan je apa-apa ye." Hye Soo hanya mengangguk tanda setuju.

Setelah pesanan diambil, Hye Soo masih kelihatan sedih berkenaan Xiumin. N bagaikan bercakap dengan tunggul dekat situ. "Hye Soo! Dengar tak oppa cakap apa tadi?" N meninggikan sedikit suaranya. Hye Soo sedikit terkejut, fikirannya bukan pada N tapi Xiumin. "So-sorry..." hanya itu yang dapat dikatakan oleh Hye Soo.

"Boleh tak jangan fikir pasal benda lain bila kau dengan aku ? Kau fikir pasal Xiumin ke ?" nada suara N agak marah. "Tak lah.. Kita dekat kedai ni kan.. Please jangan tinggikan suara.. Sorry okay.." pujuk Hye Soo."

Hye Soo memandang ke arah belakangnya kerana terdengar bunyi ketawa yang bising dan kuat. Dia ternampak EXO dan Hee Neul rancak berbual. Matanya juga tertumpu pada Xiumin yang memandang kearahnya. " Pandangan mata dia.. Dia dah betul-betul benci aku" ujar Hye Soo dalam diam. "N, jom balik nak? Tak lapar lah.. "

Hye Soo terus bangun dan keluar dari kedai. Ketika itu juga, Xiumin berdiri dan berjalan kearah N. "Hyung.. Masalah.. " bisik Sehun pada Suho apabila ternampak Xiumin bergerak ke arah N.

"Seronok ke kau makan dengan dia tadi ?" Xiumin memandang dengan rasa tidak puas hati.
"Kau rasa seronok ke sebab kita orang tak lalu makan dekat sini ?" sindir N. "Kenapa kau gigit Hye Soo hah ?!" itu lah soalan yang paling Xiumin nak tanya pada N, si Vampire tak guna tu. "Dia girlfriend aku, suka hati aku lah. Yang kau nak masuk campur dalam hal aku apasal?" N berlalu pergi tapi sempat melanggar bahu Xiumin.

"Tak guna punya Vampire!! " jerit Xiumin dan menumbuk meja makan dihadapannya hingga pecah.

- END OF PART 16 -

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now