It's Over

2.7K 184 2
                                    

Dalam kelas, N hanya bermanja dengan Hye Soo. Dia langsung tak menumpukan perhatian tentang apa yang cikgu mengajar. Tetapi apa yang cikgu tanya, semua dijawab dengan betul. Itulah vampire. Tahu segalanya.

Waktu balik sekolah...

"N, boleh tak kalau saya nak jumpa Xiumin kejap ?" pinta Hye Soo. N yang sibuk mengemas beg sekolahnya berhenti dan memandang tajam ke arah Hye Soo. "Sayang nak buat apa ?" tanya N. "Tolong lah. Sekali ini sahaja. Saya betul2 rindukan EXO dan Hee Neul. Saya tak dapat tahan lagi." rayu Hye Soo pada N. N memikirkan apa yang akan berlaku sekiranya dia membenarkan Hye Soo berjumpa dengan EXO & Hee Neul.

"Baik. Tapi ingat, ini adalah kali terakhir sayang boleh berjumpa dengan EXO & Hee Neul. Lepas ni, dah tak akan ada lagi." tegas N. Hye Soo mengangguk tanda faham. Pada mulanya, dia agak terkejut juga mendengar N kata begitu. Hye Soo terus lari ke bumbung sekolah untuk berjumpa dengan EXO & Hee Neul.

"Leo, ikut Hye Soo. Aku tak nak apa - apa terjadi pada dia"

"Baik."

Leo mengikut Hye Soo dari belakang, manakala member VIXX yang lain terus pulang ke rumah termasuk N. Sesampai di bumbung sekolah...

"Hee Neul !!! EXO !!! Aku rindukan korang sangat - sangat." jerit Hye Soo. Hee Neul yang duduk di sebelah Chanyeol terus ke arah kawan baiknya. "Hye Soo ?" terkejut semua member EXO apabila ternampak Hye Soo sendirian. Mereka terus ke arah Hye Soo kecuali Xiumin. "Hye Soo, awak lari dari VIXX ke ?" tanya Luhan. Hye Soo menggeleng. "Sebelum saya berjumpa dengan kamu semua, saya minta izin dari N." jelas Hye Soo.

"Bila awak nak lepak dengan kami lagi ?" tanya Baekhyun.

"Saya tak pasti Baekhyun sebab N kata..." kata - kata Hye Soo terhenti. "N kata apa ?" tanya Kris pula. "N kata... Ini adalah kali terakhir saya dapat berjumpa dengan kamu semua." Hye Soo menjelaskan perkara sebenar. "Ada - ada sahaja si gatal tu." rungut Sehun & Kai.

Hye Soo memandang Xiumin yang duduk agak jauh dari mereka semua. Hye Soo melihat muka Xiumin seumpama marah padanya. Hye Soo memberanikan dirinya dan pergi ke arah Xiumin, member yang lain hanya tengok sahaja.

"Xiu...min." panggil Hye Soo.

Xiumin terus berjalan ke arah Hye Soo dan terus memegang leher Hye Soo. "Aku nak tanya kau... N dah buat apa pada kau ?" tanya Xiumin. Pandangan mata Xiumin membuatkan Hye Soo takut. "Kan saya dah cakap, ini bukan kesan apa - apa. Cuma saya kemalangan sikit waktu nak kemas rumah." tipu Hye Soo.

"Hey, kau ingat aku ni senang nak diperbodohkan ke ? Aku tahu perbezaan kesan paku dan kesan gigitan vampire."

EXO & Hee Neul terkejut.

"Apa ? Hye Soo dah digigit ?" kata Chanyeol.

"Tak mungkin." kata Hee Neul pula.

Hye Soo hanya mampu berdiam diri. Suho menyelak rambut Hye Soo ke belakang dan mendapati kesan gigitan vampire.

"Kau tolong jujur dengan aku, Hye Soo. Bila N buat benda ni ? Kau ok ke ?" banyak persoalan yang ditanya Xiumin namun satu pun tidak dijawab. Maklumlah, Xiumin tu kan penjaga Hye Soo. "Hye Soo, jawablah." paksa Xiumin. Hye Soo masih mendiamkan diri.

"Best ke kau bercinta dengan N ?" ayat Xiumin yang membuatkan Hye Soo terkejut.

"Ap... Apa ni ? Sejak bila pula..."

"Tak payah lah Hye Soo, dah terbukti. Kau layak untuk N & bukan untuk aku. Maafkan aku Hye Soo. Semoga kita berjumpa lagi."

Kata - kata Xiumin berjaya membuat Hye Soo mengalirkan air mata. Xiumin mencapai beg sekolahnya dan hendak pulang ke rumah, Hye Soo menarik tangan Xiumin.

"Xiumin, tolong jangan macam ni. Aku tahu aku bersalah tapi tolong lah jangan benci aku. Aku tak suka orang benci aku." kata Hye Soo sambil menangis. Dia memeluk Xiumin tetapi Xiumin tidak membalas pelukan Hye Soo malah meleraikan pelukkan itu. Hye Soo betul - betul terkejut dengan tindakan Xiumin.

"Jangan cuba nak peluk aku. Boyfriend kau tak marah ke nanti ? Kalau dia tahu, macam mana ?" kata Xiumin lalu meninggalkan Hye Soo, Hee Neul & EXO members di atas bumbung sekolah. Hye Soo terduduk, Hee Neul cuba memujuk. "Hye Soo, awak ok ?" tanya Hee Neul. "Saya.... dah kehilangan... seorang kawan." kata Hye Soo dalam keadaan kecewa dan sedih.

"Suho hyung, takkan Xiumin buat macam tu ?" tanya Chen.

"Xiumin dah lain." kata Luhan.

"Apa kita nak buat ni ? Xiumin dah benci Hye Soo ke ?" tanya Tao pula.

"Xiumin hyung tak pernah jadi macam ni dulu. Kenapa tiba - tiba ?" tanya Lay.

Macam - macam persoalan yang bermain di fikiran member EXO. Tetapi apa yang Suho fikir...

"Xiumin buat perkara betul. Sebenarnya, dia masih sayangkan Hye Soo. Dia berbuat begitu sebab nak Hye Soo membenci dan melupakan dia sebentar untuk N. Aku tahu dalam diri Xiumin yang sebenarnya, dia sendiri tidak sanggup untuk melihat Hye Soo menangis."

Suho berjalan ke arah Hye Soo. "Hye Soo dah lah tu. Saya rasa Xiumin cuma berlakon buat macam itu." pujuk Suho. Hye Soo menggeleng. "Tak. Dia tak berlakon, saya nampak melalui matanya. Dia serius tentang benda ni. Saya... SAYA BENCI XIUMIN !" jerit Hye Soo dan terus lari dari bumbung sekolah. Leo yang mendengar dan mengintip segala perbuatan EXO, Hee Neul dan Hye Soo tersenyum nipis.

"Hye Soo benci Xiumin ? Wow... aku nak kena bagitahu N secepat yang mungkin ni." kata Leo. Sewaktu Hye Soo berjalan menuruni tangga, Leo cepat - cepat menarik Hye Soo. "Kau menangis ?" tanya Leo. Hye Soo hanya mendiamkan diri dan mengesat air matanya. "Dah jom balik." ajak Leo. Leo dan Hye Soo pulang ke rumah. Sampai di rumah, Hye Soo tidak tahan lalu memeluk N sambil menangis.

N pelik dengan tindakan tiba - tiba Hye Soo lalu membalas pelukkan Hye Soo itu. "Apa jadi ?" tanya N pada Leo. "Sayang~ masuk bilik kejap. Oppa nak cakap dengan Leo. Ada hal penting kejap." arah N. Terus Hye Soo masuk bilik.

Leo menceritakan segalanya pada N. "Oh, patut lah balik rumah je terus peluk aku. Tak pernah pula dia buat macam tu dulu." kata N. "Untung lah kau N. Dia dah benci Xiumin, of course dia akan suka kau." ujar Leo. N hanya tersenyum gembira.

"Kau dah dapat Hye Soo... kau nak buat apa pada dia ?"

"Entahlah Leo. Aku sendiri belum fikir. Aku tak sangka pula kejadian macam ni akan berlaku."

"Jangan terlepas N. Sekarang Hye Soo dah jadi milik kau, baik kau cepat. Kalau tak nanti... Xiumin tu ambil balik."

"Baik. Aku tahu lah apa yang aku nak buat pada dia. Pergi balik dan panggil semua member ke sini."

"Nae."

"Hye Soo... Hye Soo... Apa dah jadi pada kau ? Dulu aku dah kata, yang kau tu milik aku tapi kau tak percaya. Sekarang, Xiumin dah reject kau... barulah kau nak kembali pada aku." kata N dalam hati. Dia betul - betul gembira apabila mendapat tahu yang Hye Soo kini telah di 'reject' oleh Xiumin.

"Apa patut aku buat dengan kau, sekarang ?" tanya N pada dirinya sendiri lalu memerhatikan Hye Soo yang sedang tidur akibat kepenatan

- END OF PART 15 -

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now