Over Protective

1.1K 69 5
                                    

Keesokkan paginya, Xiumin terjaga. Kepalanya masih sakit. Dia memegang kepalanya, dan terkejut kerana terdapat balutan pada kepalanya. Secara tidak sengaja, dia telah mengejutkan Hye Soo yang duduk di sebelah katil menemaninya sepanjang malam.

"Xiumin ? Awak dah sedar ?"

Tanya Hye Soo. Riak muka gembiranya jelas kelihatan apabila dapat melihat Xiumin yang baru sedar dari pitam. "Nae. Mianhei, saya tak sengaja nak kejutkan awak." kata Xiumin. Dia rasa bersalah.

"Tidak mengapalah, lagipun saya memang dah lama bangun."

"Awak... Awak jaga saya sepanjang malam ?"

Hye Soo mengangguk.

"Jadi... Balutan ni..."

"Ya. Saya yang balut. N oppa kata awak sakit kepala, jadi saya balutkan untuk awak."

Xiumin tersenyum. "Awak tak perlu balut, sebab bukannya saya cedera pun." kata Xiumin. Dia ingin membuka balutan di kepalanya tetapi tangannya dipegang Hye Soo. Xiumin memandang Hye Soo dengan muka yang pelik manakala Hye Soo pula memandang Xiumin dengan muka yang risau. "Wae ?" tanya Xiumin. "Awak... Awak tak bergaduh dengan N oppa kan semalam ?" tanya Hye Soo pada Xiumin pula.

"Oh... Aniya. Saya pitam sahaja. N tak buat apa-apa pun. Dia cuma tolong papah saya waktu saya hampir jatuh semalam."

Terang Xiumin pada Hye Soo. Perlahan - lahan Hye Soo melepaskan tangan Xiumin. Xiumin membuka balutan di kepalanya. Suasana menjadi sunyi seketika. Hye Soo termenung sebentar, teringat akan pergaduhan Xiumin dengan N yang dulu. Dia tidak mahu kejadian seperti itu berulang lagi, air mata Hye Soo tiba - tiba mengalir membasahi pipinya. Xiumin yang berada di sebelah Hye Soo memeluknya.

"Hye Soo, jangan menangis lagi. Awak tahu kan... Yang saya tak suka tengok awak menangis."

Pujuk Xiumin sambil mengusap - usap lembut belakang Hye Soo. Tiada kata - kata keluar dari mulut Hye Soo sebaliknya dia masih menangis dan kali ini dia menutup mukanya menggunakan tangannya.

"Dah, jangan menangis lagi. Saya dengan N tak bergaduh lah. Kejadian yang lepas, jangan dikenang. Nanti awak sendiri yang sakit. Yang lepas tu biarkan."

Sambung Xiumin lagi. Hye Soo semakin reda. Dia membalas pelukan Xiumin. Lama - kelamaan, dia tertidur. Xiumin membaringkan Hye Soo. Dia tahu yang Hye Soo tidak tidur sepanjang malam hanya sebab menjaganya. Xiumin serba salah. Dia mengeluh.

"Paboya, Xiumin. Kau menyusahkan dia, kau tahu tak ? Dia tak tidur malam semata-mata nak jaga kau."

Xiumin bermonolog sendirian. Dia memarahi dirinya sendiri. "Apa-apa pun, tenangkan fikiran dulu. Pergi mandi, and then... Teman dia." Dia menarik nafas sedalam yang mungkin kemudian melepaskannya. Setelah beberapa minit, Xiumin terus mandi dan kemudian menemani Hye Soo. Sedang dia merenung muka Hye Soo yang nyenyak tidur, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

"Sekejap... EXO tahu ke aku dekat sini ? Aku tak bagitahu walau salah seorang dari diorang."

Xiumin menampar dahinya sendiri. "Habis lah... Mesti diorang risau, dan mesti diorang tuduh VIXX bukan-bukan nanti." kata Xiumin pada dirinya lagi. Hye Soo tergelak kecil melihat gelagat Xiumin sebegitu. Xiumin tersenyum. "Saya tahu awak tak tidur. Waeyo ?" tanya Xiumin pada Hye Soo. Dengar sahaja kata-kata Xiumin, Hye Soo terus membuka matanya lalu memandang Xiumin. "Saya tidur kejap, okay. Bukannya saya tak tidur langsung." kata Hye Soo.

"Saya tahu awak mengantuk lagi... Kan ?"

"Nae. Tapi, saya tak boleh tidur."

"Wae--"

"Jangan banyak tanya lah. Awak 'over protective' terhadap saya awak tahu tak ?"

Xiumin tersengih.

"Itu tandanya saya sayang awak."

Hye Soo terdiam. Mukanya bertukar merah. "Eh... Muka awak merah lah. Malu ye ?" Xiumin sengaja ingin mengenakan Hye Soo.

"Ani- Aniya !"

Jerit Hye Soo lalu mengalihkan pandangannya ke tempat lain. "Alahai... Betul lah tu. Awak malu kan ?" usik Xiumin lagi. Hye Soo menutup mukanya yang masih kemerahan itu.

"Aww... Kyeowo~"

Xiumin mengusik Hye Soo sekali lagi. Kali ini, Hye Soo bangun dari katil lalu terus keluar dari bilik. Xiumin memanggil Hye Soo banyak kali tetapi Hye Soo tidak mempedulikannya. Sewaktu Hye Soo ingin mencari tuala untuk pergi mandi, Xiumin dengan sengaja menghalang laluan Hye Soo.

"Ah, bwoya ?"

"Ini lah sebabnya kenapa saya jadi 'over protective' terhadap awak."

"Tepilah..."

"Aniya... Selagi awak tak jawab panggilan saya, selagi itu saya tak bagi awak lepas."

Hye Soo membuat muka. "Awak dah pandai menggatal sekarang kan ?" tanya Hye Soo pada Xiumin. Xiumin tergelak kecil. "Saya menggatal pun dengan awak je." balas Xiumin selamba. Hye Soo menolak lembut Xiumin menggunakan jari telunjuk kirinya.

"Jangan nak menggatal dekat sini sangat lah." kata Hye Soo sambil menolak perlahan Xiumin. Xiumin memegang pergelangan tangan kiri Hye Soo yang membuatkan Hye Soo terkejut. Hye Soo cuba menarik tangannya dari genggaman Xiumin tetapi tidak berjaya.

Xiumin menolak Hye Soo ke dinding dan memerangkapnya dengan kedua-dua belah tangannya. Muka Hye Soo kembali merah. Dia mengalihkan pandanganya ke bawah. Xiumin merenung tepat pada muka Hye Soo.

"Pandang saya."

Bisik Xiumin lembut. Hye Soo dengan perlahan memandang kearah muka Xiumin. Mereka bertentang mata.

"Awak tahu ? Kenapa saya 'over protective' ?"

Hye Soo sekadar menggelengkan kepalanya.

"Sebab... Saya tak nak lagi kehilangan satu-satunya orang yang saya paling sayang dalam dunia ni. Sebolehnya, saya nak buat dia gembira dan sentiasa tersenyum. Saya juga tak nak tengok kalau orang yang saya sayang ni menangis sebab saya tak suka tengok dia menangis. Saya tak suka tengok dia terluka. Bagi saya, dia seorang yang 'innocent'. Saya tak nak kejadian lama berlaku lagi pada dia. Orang yang saya maksudkan ni... adalah awak, HYE SOO."

Mendengar luahan Xiumin, Hye Soo tersentuh. Hatinya terasa sebak. Belum pernah ada sesiapa yang betul-betul sayangkan dirinya sebegini rupa. Hye Soo merenung mata Xiumin sedalam mungkin. Apa yang Hye Soo nampak adalah kejujuran dalam setiap kata-kata Xiumin tadi.

- END OF PART 35 -

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now