My Appa...

2.8K 207 5
                                    


Di ruang tamu rumah Hye Soo..
N keluar dari bilik Hye Soo dan menuju ke ruang tamu. Encik Lee iaitu ayah kepada Hye Soo tergamam apabila N memandangnya dengan wajah yang menakutkan. Kemudian, N memandang ke arah Leo dan Ravi. Mereka faham apa maksud dari pandangan N dan terus bertindak. Leo mencekik dan mengankat Encik Lee ke udara.Dia menguatkan lagi cengkamannya, Encik Lee meronta-ronta agar melepaskannya tetapi tidak di endah. "Ma..ma..maafkan aku..To..tolong..tolong lepaskan a..aku..", sedaya-upaya Encik Lee bercakap. Leo mencampak Encik Lee ke dinding rumah,Ravi datang bersama gigi taring yang tajam, kuku yang panjang dan mata merahnya.

Ravi memandang ke arah Encik Lee dan mengigit lehernya seperti orang yang kebulur. Ravi mengisap darahnya dengan rangkus! Setelah itu,dia mencampak mayat ayah Hye Soo keluar dari rumah. Mayat tersebut jatuh betul-betul di dalam rumah jiran hadapannya.
N datang pada Ravi yang sudah seperti orang kebulur, lalu menenangkan diri Ravi.

"Good job Ravi. Keep it up!" ujar N keriangan. Kejadian itu juga disaksikan oleh Hye Soo,dia tidak sangka akan jadi begitu.

"Maafkan Hye Soo ayah.. Ayah lebih sayangkan harta dari Hye Soo sendiri tapi Hye Soo tetap sayang ayah!" Hye Soo menangis di atas katil dan tertidur.

Keesokkan harinya...
Mayat ayah Hye Soo dihantar ke hospital untuk mencari punca kematian. Nasiblah polis tak singgah rumah Hye Soo,kalau tak mesti Hye Soo pula yang dianggap membunuh ayahnya walaupon dia yang setuju agar VIXX membunuh ayahnya.
Di bilik , Hye Soo terjaga dari tidur dan mendapati N sedang duduk di atas kerusi belajarnya dan memandang ke arahnya. "Sayang.. Dah bangun ? Pergilah mandi dan bersiap. Kita nak pergi sekolah ni." N tersenyum manis. Hye Soo berdiam diri dan mengikut arahan yang diberikan N sebentar tadi.

Setelah selesai, mereka menuju ke sekolah bersama-sama. Ahli VIXX yang lain telah pergi ke sekolah dahulu sebelum mereka. Mereka hampir sampai ke pintu pagar sekolah, EXO dan Hee Neul memerhatikan mereka dari atas bumbung. N ternampak mereka dan terus memeluk Hye Soo dari belakang dan mencium pipinya. Hye Soo senyum dan terus berdiam diri. Xiumin ternampak dan terus menjadi marah,
"Tak guna punya N !!" kata Xiumin dan menghentakkan kakinya dengan kuat. N tersenyum sinis apabila nampak Xiumin marah di atas bumbung. "Lee Hye Soo, dia milik aku. Aku takkan lepaskan dia. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan Hye Soo ada di samping aku!" kata N dan mengetatkan lagi pelukannya pada Hye Soo.

Ketika di dalam kelas...
Seperti biasa Hye Soo duduk di sebelah N. Dia mencuri pandang pada EXO dan Hee Neul yang sedang seronok berborak. "Aku rindu nak tegur kamu semua, tapi.. Ini untuk kebaikan." kata Hye Soo dan menyembamkan mukanya pada meja. "Kenapa ni sayang ? Ada benda tak kena ke ?" soal N. Pandangannya mengalih apabila Xiumin memerhatikan dirinya bersama Hye Soo. N mendapat idea untuk membuat Xiumin cemburu.

N meletakkan tapak tangannya pada kepala Hye soo," Sayang demam ke ? Terkejut pasal semalam ke ? Maaf la sayang." N memegang tangan Hye Soo pula. Hye Soo hanya membiarkan sahaja tetapi lain pula EXO dan Hee Neul. " Dasar vampire gatal !" Sehun mengutuk N pada membernya. "Ulat bulu..memang macam tu !" kali ini Tao pula bersuara. "Dah gatal ! Macam tu la jadinya !" Marah Hee Neul sambil menunjuk-nunjukkan buku limanya ke arah EXO. "Kau nak marah pon, boleh tapi tak payah la nak tunjuk buku lima kau yang kecik tu !" kali ni, Luhan pula yang bersuara. Tiba-tiba, N membawa Hye Soo keluar dari kelas dan menuju ke bumbung sekolah. Suho mengarahkan Tao dan Kai untuk memerhati. Ahli VIXX yang lain sibuk melayan karenah murid-murid perempuan kecuali Leo, jadi mereka tidak dapat untuk menghalang Tao dan Kai.
Di atas bumbung sekolah, Tao dan Kai memerhati di sebalik pintu. Merek tidak dapat melihat kelibat Hye Soo dan N. Jadi mereka putuskan untuk mencari. Sebaik saja mereka masuk, mereka ternampak N sedang mencium bibir Hye Soo. Mereka terkejut dan terus melaporkan pada ahli yang lain. Mereka naik berang dengan tindakan N, si Vampire gatal tu!

Di kediaman EXO..
"Seorang mayat dijumpai berhampiran dengan kediaman rumah no 27, lelaki beumur dalam lingkungan 40-an, bernama Lee Yong Gun ditemui mati. Punca kematian tidak dapat...", tv segera ditutup."Memang VIXX punya angkara !" Kris marah dan masuk ke dalam biliknya dengan bengis. Ahli yang lain hanya dapat perhatikan sahaja. Xiumin pula terus keluar dari kediaman itu. Hala tujunya satu sahaja, rumah Hye Soo. Ahli yang lain masih tidak bersuara. Mereka semua tergamam.
"Mana Xiumin hyung nak pergi ??" tanya Sehun memecahkan kesunyian. "Rumah Hye Soo kot" jawab Kai. "Tak pe ke kita biar dia pergi seorang diri ?? Mana la tahu kalau dia terserempak dengan VIXX.. Tak risau ke ?" ujar Lay. Semua mula berpandangan dan keluar mengekori Xiumin dalam senyap.

Di rumah Hye Soo..
N dan Hye Soo menonton televisyen bersama. Sejak Encik Lee tiada, N pula mengambil tempat untuk menjaga Hye Soo. Dalam diam, N telah menyukai Hye Soo. Ketika Hye Soo keluar untuk membeli makanan ringan di kedai berdekatan,Xiumin dan pengintip (ahli EXO) sampai ke rumah. Xiumin masuk ke dalam rumah dan terus menumbuk N yang leka menonton televisyen. "Kenapa kau ade dekat rumah Hye Soo tak guna ?!" Xiumin menumbuk N beberapa kali lagi. N menendang Xiumin hingga terbaring.
"Hahaha.. Kau cemburu ke haiwan ?" ujar N.

Xiumin naik berang dan mula memukul N sehingga cedera teruk. Ketika itu juga, Hye Soo pulang ke rumah."Xiumin!! Berhenti!! " Jerit Hye Soo di depan pintu. Hye Soo pergi mendapatkan N yang sudah terbaring di lantai, "Baik kau pergi sekarang! Keluar dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Berambus!!!" Hye Soo menghalau Xiumin. "Woi Hye Soo!! Kau dah tak waras ke ?? Kau tahu siapa bunuh ayah kau ? VIXX yang bunuh ayah kau! Takkan kau masih nak bersama N ni ?!" marah Xiumin.

"Aku tahu! Aku yang suruh! Sebab apa ? Sebab dia lebih sayang harta dari aku! Anak kandung dia sendiri! Dah! Baik kau keluar sekarang!" Hye Soo menghalau Xiumin sekali lagi. Xiumin benar-benar tergamam. Sampai hati Hye Soo menyuruh mereka membunuh ayah kandungnya sendiri. Xiumin memandang ke arah N, "Kau menang!" Xiumin terus keluar dari rumah Hye Soo. Ahli EXO juga terkejut, tak sangka yang Hye Soo berbuat demikian.

"Kita kena beritahu perkara tentang ayahnya meminta pertolongan dari kita untuk menjaga Hye Soo." ujar Suho.

- END OF PART 12 -

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now