Misunderstanding

1K 65 3
                                    


"Awak... awak serius ke dengan apa yang awak cakapkan tu ?"

Tanya Hye Soo pada Xiumin. Dia betul-betul inginkan kepastian. Dia takut kalau Xiumin berkata sebegitu hanya untuk menjaga perasaannya sahaja. Xiumin melepaskan Hye Soo, dia masih merenung muka Hye Soo. "Saya pernah main-main ke dengan kata-kata saya yang saya cakapkan pada awak sebelum ini ?" Xiumin bertanya pula pada Hye Soo. Hye Soo sekadar menggelengkan kepalanya.

"Jadi... SAYA SERIUS !"

Tegas Xiumin. "Okay, okay. I got it." kata Hye Soo. Dia menolak lembut Xiumin ke tepi lalu sambung mencari tualanya untuk pergi mandi. Xiumin mengambil tempat duduk di ruang tamu. Kata-kata N pada hari itu masih segar di benak fikirannya. Dia mengeluh kecil. "Betul juga apa yang dia cakapkan tu." Xiumin bercakap dengan dirinya.

"Haa ? Cakap siapa ?"

"OMO ! Hye Soo !"

Xiumin terkejut lalu mengusap-usap lembut dadanya. Dia terkejut dengan kemunculan Hye Soo yang tiba-tiba berada di sebelahnya. Hye Soo tergelak kecil. "Jangan muncul tiba-tiba macam tadi boleh tak ? Terkejut saya." kata Xiumin yang masih dalam keaaan yang agak terkejut. "Lawak juga awak ni kan ?" kata Hye Soo dengan nada mengejek. "Diam." kata Xiumin pendek. Dia tidak mahu Hye Soo meneruskan ejek tentang dirinya tadi.

"Agak-agak, kalau dapat rakam lah yang awak terkejut tadi tu... mesti best ni."

"Hye Soo, diam !"

"Ohh... Waeyo ? Malu lah tu. Tak apa, nanti saya..."

Belum sempat kata-katanya habis. Xiumin menarik tangan Hye Soo yang menyebabkan dia terduduk di sebelah Xiumin. Hye Soo terdiam. Tangannya yang ditarik Xiumin tadi agak sakit. "Kuat betul genggaman dia." bisik Hye Soo dalam hatinya. "Reti pun nak diam." kata Xiumin yang memandang Hye Soo disebelahnya. Hye Soo membalas pandangan Xiumin. "Apa ? Saya dah cakap banyak kali tadi. Jangan cakap yang saya tak bagi amaran pada awak tadi." kata Xiumin. Dia tetap tidak mahu kalah. "Whatever..." kata Hye Soo lalu bangun dari sofa. Dia berjalan ke tingkap rumah lalu mengintai keluar. Dah sekian lama dia tidak berjalan-jalan keluar rumah. Mana tidaknya, dengan dulu... pergaduhan yang selalu tercetus antara EXO dan VIXX, selepas itu... dengan keadaannya yang dah jadi vampire dan belum stabil lagi. Masalah yang dihadapi Hye Soo bagai jatuh ditimpa tangga. Dia termenung jauh sehinggalah suara Xiumin kedengaran menegurnya.

"Hye Soo, gwenchana ?"

"Nae. Saya cuma teringatkan perkara lepas."

"Kan saya dah cakap, jangan kenang perkara lama. Nanti awak sendiri yang sakit. Saya ada cakap kan ?"

"Ada."

"Habis tu ?"

Hye Soo sekadar mengeluh. Dia tahu yang Xiumin tidak mahu lihat dia menangis sebab dia mengenangkan kisah lalu. Tetapi, dia tetap tidak dapat melupakan kisah itu. Xiumin memandang Hye Soo yang masih dalam lamunan. "Okay, jom. Ikut saya." ajak Xiumin. Hye Soo kebingungan. "Eh... pergi mana ?" tanya Hye Soo. 

"Jalan-jalan lah. Sejak awak jadi vampire, awak tak pernah sekali pun keluar lagi kan ?"

"T-Tapi..."

"Biarlah saya yang jadi orang pertama yang ajak awak keluar."

kata Xiumin sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Hye Soo. Xiumin berharap yang Hye Soo menyambutnya. Hye Soo terkejut mendengar ayat Xiumin. Dia menyambut tangan yang Xiumin hulur tadi sebagai tanda sudi. Xiumin senyum tanda gembira.

Sebaik sahaja Xiumin memulas tombol pintu utama untuk keluar, mereka berdua terkejut apabila ternampak Hyuk terseret. "Hyukkie, gwenchana ?" tanya Hye Soo pada Hyuk. Hyuk tidak dapat menjawab akibat terlalu sakit. Hye Soo dan Xiumin memandang di hadapan mereka dan mendapati beberapa ahli EXO dan kesemua ahli VIXX sedang bergaduh.

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now