OPPA ???

1.9K 108 12
                                    

Di rumah VIXX...

N yang masih belum tidur hanya memandang ke arah gambar Hye Soo. Dia rindukan adiknya. Dia memandang langit malam menerusi tingkap di ruang tamu.

"Kau tak tidur lagi ?"

N mengeluh.

"Aku tak boleh tidur, Leo. Aku..."

"Kau rindukan dia sangat ? Esok malam kau jumpa lah dia. Kau ada rancangan ke untuk perangkap EXO lagi kali ini ?"

N berjalan ke arah Leo. Dia berhenti disebelah Leo. "Leo... there is no more war." kata N. "So... this will end like this ?" soal Leo. "No. There is still a long journey for us to look foward. We still have many unfinish bussiness to be settled down." jawab N tenang.

"What about EXO ?"

Sekali lagi N mengeluh.

"Forget about EXO."

N berjalan masuk ke biliknya, begitu juga dengan Leo. N tidak boleh tidur kerana terlalu memikirkan adiknya itu. Dia cuba memejam matanya. Lama - kelamaan, dia tertidur.

Keesokkannya, pada waktu rehat di kantin sekolah...

Chanyeol hanya merenung tajam ke arah ahli - ahli VIXX. Dia hendak memastikan yang VIXX tidak akan rancang untuk perangkap mereka lagi kali ini. Baekhyun yang duduk disebelah kanan Chanyeol memandangnya. Terus dia menepuk belakang Chanyeol.

"Hoi ! Makan lah. Sejuk makanan kau tu karang." kata Baekhyun.

"Yaa !!! Sakit lah." Chanyeol mengaduh kesakitan. Matanya kembali memandang ahli - ahli VIXX semula.

"Apa yang kau tenungkan tu Channie ?" tegur Kris.

"Entah dia ni. Jauh mengelamun nampak." kata Chen pula.

Chanyeol tidak memberi sebarang respond. Dia tetap memerhatikan VIXX.

D.o cuba memandang ke arah yang sama dipandang Chanyeol. "VIXX ? Kenapa dengan VIXX ?" tanya D.o pada Chanyeol. Chanyeol tetap tidak memberi sebarang respond.

"Aku rasa, macam kita ni tengah bercakap dengan tunggul lah." perli Luhan.

Tao yang duduk disebelah kiri Chanyeol pula cuba untuk menarik telinga Chanyeol. Cepat - cepat Chanyeol menepis tangan Tao tetapi matanya masih di kedudukan yang sama.

"Tak ada cara lain ke ?" tanya Kai pada semua ahli EXO.

"Tak." jawab Sehun.

"Siapa cakap tak ada cara lain ? Ada okay..." Suho bersuara setelah sekian lama berdiam diri.

"Eh... Suho hyung ada cara ? Apa caranya ?" tanya Tao.

Suho tersengih lalu...

"Watch and learn, everyone. Chanyeol... Hee Neul panggil kau tu." kata Suho.

Terus Chanyeol mengalihkan pandangan matanya ke arah Suho. "Huh ? Hee Neul ? Mana ?" kata Chanyeol sambil tercari - cari Hee Neul, girlfriend nya itu. Semua ahli EXO terus ketawa apabila melihat gelagat Chanyeol sebegitu. Chanyeol bingung.

"Apa yang korang semua ketawakan ? Mana Hee Neul ?" tanya Chanyeol.

"Kau ni... dari tadi kitorang panggil, kau tak dengar ke ? Bila panggil Hee Neul je, barulah kau tercari - cari. Apa yang kau sibuk tenungkan ?" jelas Lay sambil menahan ketawa.

"Aku perhatikan VIXX. Kejap... serius lah. Mana Hee Neul ?" tanya Chanyeol lagi.

"Aduhai... Suho hyung kenakan kau je lah. Bukannya ada Hee Neul pun." kata Chen lalu terus ketawa semula.

Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]Where stories live. Discover now