Di bilik kesihatan sekolah...
Hye Soo bermimpi sesuatu yang amat menyeramkan. Dalam mimpi itu, dia ternampak N teruk berlumuran darah, tetapi tidak nampak sebarang kesan sakit. "N Oppa ? gwenchana ?" tanya Hye Soo. Muka N yang agak sedih itu memandang Hye Soo. "Oppa... darah tu bukan darah oppa kan ?" tanya Hye Soo lagi. N menggelengkan kepalanya. "Habis tu ? Darah siapa tu ? Oppa... please jangan takutkan chagi." kata Hye Soo yang mula seram sejuk. Hye Soo berlari ke arah N. N berpaling ke arah Hye Soo, sewaktu Hye Soo hampir sampai ke N... lehernya kembali sakit. Kali ni teruk sangat, tidak tahu kenapa. N berlari untuk dapatkan Hye Soo tetapi Hye Soo pengsan.
"N oppa !!!"
Jerit Hye Soo yang terus terjaga dari tidurnya. Dia kelihatan takut. Dia cemas kerana tidak tahu berada di mana. Dia berpeluh teruk. "N oppa ? N oppa ? N oppa ?" kata Hye Soo cemas. Xiumin yang ada berdekatan terus menenangkan Hye Soo. Dia memegang tangan Hye Soo. "Hye Soo, gwenchana." Hye Soo terlalu takut, dia melawan Xiumin. "Lee Hye Soo.... please calm down." suara Xiumin tinggi ibarat dia memarahi Hye Soo. Hye Soo terkejut, terus dia terdiam. Xiumin memeluk Hye Soo. "Please calm down, okay ? Kenapa ni ?" Tanpa berfikir panjang, Hye Soo terus membalas pelukkan Xiumin. Dia menggigil ketakutan. Xiumin terkejut. "Hye Soo, gwenchana ?" kali ni suara Xiumin penuh kerisauan. Hye Soo hanya mampu mengelengkan kepalanya. Xiumin melepaskan pelukan dengan perlahan. "Hye Soo, what happen ? Tell me juseyo."
Hye Soo masih menggigil ketakutan. "N oppa...." hanya ayat itu yang mampu keluar dari mulut Hye Soo. "Wae ? Waeyo ?" tanya Xiumin lagi. Dia dibelengu kerisauan apabila ternampak Hye Soo dalam keadaan begini. Suasana menjadi sunyi seketika. "Xiumin... saya... nak balik." kata Hye Soo dengan suara lemah kerana masih dalam ketakutan.
"Awak tak boleh balik dengan keadaan macam ni. Saya tak benarkan."
"Please... Xiumin. Saya nak balik."
"Awak bagitahu saya dahulu, kenapa awak menggigil ketakutan. Awak mimpi sesuatu yang menakutkan ke ?"
Hye Soo terdiam memikirkan jawapan. Dalam fikiran Hye Soo... "Kalau aku berterus terang, nanti dah tentu dia lebih risaukan aku."
"Tak adalah. Serius. Saya cuma mimpi dikejar anjing sahaja." Hye Soo cuba untuk pulihkan keadaan.
"From your eyes & heart, I know that you're lying, Hye Soo. Just tell me the truth. Kalau betul awak mimpi dikejar anjing... kenapa awak menjerit nama N ?"
"Sebab... sebab... Haa... sebab dalam mimpi tu N oppa selamatkan saya dari anjing tu, tetapi anjing tu pula menyerang N oppa. Jadi sebab itulah saya menjerit nama dia. Agar dia berhati - hati." jelas Hye Soo sambil menunjukkan senyuman manisnya itu.
Xiumin tahu yang Hye Soo masih menipunya. Tetapi dia sengaja melepaskan Hye Soo. Xiumin menghembuskan nafas berat. "Baiklah, saya percayakan awak. Sekarang jom balik. Saya hantar awak dulu." kata Xiumin. "Yeah !!! Saranghae, Xiumin." jerit Hye Soo sebelum mencium pipi Xiumin. Muka Xiumin menjadi merah padam. Dia memang sebenarnya mahukan itu dari Hye Soo dan dia juga mahu Hye Soo bersamanya, bukannya bersama N. Xiumin memandang Hye Soo yang sedang bersiap memakai kasut sekolahnya. Dalam hatinya... "Something bad will happen. But..." Xiumin mengalihkan pandangannya ke bawah. "...what is it ?" sambung Xiumin lagi. "Siap !" jerit Hye Soo setelah siap memakai kasut sekolahnya. Mereka berdua pulang bersama. Seperti yang dijanjikan, Xiumin menghantar Hye Soo ke rumahnya dahulu sebelum dia pulang.
"Ok. Sampai sini sahaja, saya tak nak N oppa nampak awak. Nanti dah tentu awak kena belasah teruk." kata Hye Soo sejurus sampai di hadapan pagar rumahnya, kemudian dia memandang Xiumin.
Xiumin tidak membalas pandangan Hye Soo sebaliknya dia hanya termenung dan mengerutkan dahinya kerana dia terbau hamis darah yang amat kuat.
Hye Soo melambaikan tangannya di hadapan muka Xiumin. "Xiumin... saya bercakap dengan awak ni. Sampai hati awak abaikan saya. Saya merajuklah macam ni. Hmph !!!" kata Hye Soo dan pura - pura merajuk di depan Xiumin. Xiumin tetap dengan tindakannya. Hye Soo putus asa. "Okay lah. Saya masuk dulu, jumpa awak esok ya ?" ucap Hye Soo lalu melangkah masuk ke arah rumahnya. Apabila Hye Soo hendak memulas tombol pintu, dia ditarik kebelakang oleh Xiumin. Dia seolah - olah dihalang olah Xiumin untuk masuk ke dalam rumahnya sendiri.
"Err... Xiumin, waeyo ?" tanya Hye Soo pelik. Genggaman tangan Xiumin semakin kuat yang menyebabkan Hye Soo kesakitan. "Ouch, Xiumin... sakitlah." tangis Hye Soo. Barulah Xiumin sedar... "Oh, mianhei. Saya tak sedar." kata Xiumin meminta maaf tentang perkara itu. Hye Soo mengusap - usap tangannya yang sakit digenggam Xiumin tadi. "Hye Soo, saya rasa... lebih baik kita ke tempat lain dulu nak ? Saya risaukan awak lah." mengaku Xiumin. Hye Soo memegang kedua - dua belah pipi Xiumin yang agak tembam itu. "Janganlah risaukan saya. Saya baik - baik sahaja. Ok ?" Hye Soo menujukan soalan itu pada Xiumin. "Hmm..." balas Xiumin yang masih risaukan tentang Hye Soo. "It's ok. I'm fine. Arasseo ?" kata Hye Soo pada Xiumin lagi. "Nae... arasseo." balas Xiumin perlahan.
Hye Soo berpaling ke hadapan semula. Dia memulas tombol pintu rumahnya. Sebaik sahaja menolak pintu itu terbuka luas, Hye Soo terkejut dengan bau hamis darah yang sangat kuat. Dia tidak tahan dengan bau tersebut lalu terbatuk batuk. Hye Soo melutut di hadapan pintu, kerana tidak tahan dengan bau darah yang sangat kuat itu. Xiumin menolong Hye Soo. Dia mencapai sapu tangan dari saku seluarnya dan menghulurkannya pada Hye Soo agar menyuruh Hye Soo menutup mulut & hidungnya. Hye Soo buat segalanya. Dia tidak mahu dirinya menjadi lebih teruk. Xiumin merenung tajam ke arah ruang tamu, dia cuba untuk memastikan semuanya ok. Sebaik sahaja Xiumin melangkah masuk, muncul N yang berlumuran darah dari arah bilik. Hye Soo dan Xiumin terkejut.
"Oppa... gwenchana ?" tanya Hye Soo risau. Xiumin hanya mendiamkan diri. Dia tahu sesuatu. "Siapa pula yang kau bawa balik rumah dan bunuh kali ni ?" tanya Xiumin selamba. "Kau diam ! Aku tak minta pon penjelasan dari kau." balas N dengan suara yg agak tinggi.
"Hye Soo... awak ada bawa balik siapa - siapa ke ?" tanya Xiumin pada Hye Soo. "Hmm... tak ada. Eh, ada. Mak cik yang saya tolong sebelum balik ke sini." jawab Hye Soo. Xiumin terkejut. Dalam fikirannya... "Jadi, betullah yang darah ni... adalah darah orang yang Hye Soo cakapkan tu." Dia menjeling N tajam. Hye Soo hendak berlari ke arah biliknya...
"Mak cik, mak cik tak..."
...N cepat - cepat menarik Hye Soo dan memeluknya dari belakang. "Chagi... jangan pergi sana. Jangan risau, mak cik tu tak apa - apa. Dia baik - baik sahaja." bisik N pada telinga Hye Soo. Xiumin terkejut dengan tindakan mengejut N itu. N menjeling kearah Xiumin. Dia tahu yang sebenarnya Xiumin cemburu. "N oppa, lepaskan chagi... chagi nak kena tengok mak cik tu." kata Hye Soo sambil meronta. Mata N bertukar merah. "Aniya." balas N pendek. "N, lepaskan dia ! Kalau tak..." ugut Xiumin. "Kalau tak... apa ?" N sengaja mencabar Xiumin. Xiumin mengenggam tanggannya. Dia cuba mengawal dirinya dari jadi werewolf, kalau tak... Hye Soo pasti akan tahu identitinya yang sebenar. "Oppa... lepaskan chagi." Hye Soo masih meronta namun pelukan N terlalu kuat sehinggakan Hye Soo tidak dapat melepaskan dirinya.
N tidak akan sesekali melepaskan Hye Soo, kerana dalam biliknya... anak - anak buahnya sedang 'menikmati makanan istimewa'. "N, aku kata lepaskan dia !" jerit Xiumin lalu berlari ke arah N & Hye Soo. N memeluk Hye Soo dengan kuat dan terus menghilangkan diri. Xiumin semakin marah. "TAK GUNA !!! KAU PENGECUT N !!! KAU PENGECUT !!!" jerit Xiumin.
- END OF PART 22 -
YOU ARE READING
Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]
FanficHighest ranking : #2 in VAMPIRE (01/04/17) #1 in VIXX (25/02/19) (4/10/19) Lee Hye Soo - 19 tahun - anak tunggal kumpulan Syarae (syarikat terkenal di korea) - belajar di Amerika dan baru pulang ke Korea Kim Min Seok @ Xiumin - ahli kumpulan Exo ( a...