N tidak ke sekolah hari ini. Dia perlu tahu segalanya tentang kehadiran perempuan itu. Lagipun perempuan itu kelihatan sedikit sihat berbanding semalam. Hye Soo sudah ke sekolah sejak awal pagi tadi lagi, manakala anak - anak buahnya masih nyenyak dibuai mimpi. N tahu yang perempuan tersebut sudah bangun dari tidur lalu dia bergegas ke bilik Hye Soo. Sebelum N membuka pintu...
"Omma tahu awak dekat luar tu... Masuk jelah." kata perempuan itu. N megikuti arahan perempuan tersebut.
"Cha Hak Yeon... dah lama omma tak jumpa kamu. Apa khabar kamu sekarang ?"
"Omma nak apa ? Kenapa datang sini tiba - tiba ? Mesti sebab omma dah tahu tentang hubungan saya dengan Hye Soo kan ?"
"Omma tak sangka, kamu jatuh cinta dengan adik kandung kamu sendiri."
N merengus. "Omma... kami bukannya manusia. Dia dan saya VAMPIRE, jadi tak salah kami bercinta bersama. Hanya vampire sahaja yang boleh buat begitu. Memang... memang saya dah jatuh cinta dengan adik kandung saya sendiri. Tapi kenapa omma nak tahu sangat ni ?" Perempuan tersebut hanya mendiamkan diri. "Dia dah ingat ke kisah silam dia ? Mana Lee Yong Gun ?" tanya perempuan itu lagi. "Belum. Saya masih belum tukarkan dia jadi vampire. Yong Gun ? Kami dah bunuh dia. Dia manusia tak guna. Apa guna omma serahkan Hye Soo pada dia tapi dia sendiri lebih pentingkan harta berbanding Hye Soo. Kenapa omma tak berterus terang sahaja dengan Hye Soo yang omma tu adalah omma dia juga ?" N seumpama memarahi ommanya.
"Omma tahu yang kamu belum tukarkan dia semula ke vampire, sebab itu omma tak nak mengaku depan dia. Takut dia tak boleh terima omma. Yong Gun dah banyak tolong omma jagakan Hye Soo sejak Hye Soo kecil lagi."
"Saya tak faham. Kenapa omma sengaja tukarkan dia menjadi manusia dan hilangkan semua memori dia sebagai Vampire ? Dan kenapa omma pilih Yong Gun untuk menjaga Hye Soo ?"
"Omma buat macam ni sebab..."
"Sebab apa ?"
"Kamu sendiri tahu kan yang waktu tu appa dan omma ada masalah. Jadi untuk elak dari Hye Soo terlibat sama, omma jadikan dia manusia, hilangkan memori diri dia sebagai vampire buat sementara dan omma hantar pada Yong Gun untuk jagakan Hye Soo."
N menumbuk dinding berdekatan. "Tapi lastly... omma bunuh appa kan ?" tanya N.
"Ye. Omma dah tak tahan dengan semua ni. Lepas ni... kamu pula kena bunuh omma. Omma tak nak Hye Soo tahu yang omma masih hidup, kalau dia tahu... dah tentu dia takkan terima omma seadanya." N menggelengkan kepalanya. "Kamu kena buat juga Hak Yeon... there's no other way." N hanya memandang bawah. "Lagi satu omma nak berbincang dengan kamu... kamu pernah gigit Hye Soo kan ?" N sekadar mengangguk. "Kenapa kamu..." "Saya tak dapat tahan diri saya omma. Lagipun waktu tu Hye Soo manusia... darah dia... rasa sedap sangat." pintas N. "Omma gembira sebab kamu mengaku. And last thing... kenapa kamu halang cinta Hye Soo ? Dan kenapa kamu paksa dia untuk cintakan kamu ? Kalau Hye Soo tu cintakan Xiumin... biarkanlah. Omma tak suka bila kamu halang percintaan mereka. Omma tahu dari hati dia yang dia cintakan Xiumin dengan ikhlas. Kamu penghalang segalanya. Kenapa ?" bebel Omma panjang.
N naik angin. "Omma !!! Xiumin tu Werewolf. Hye Soo Vampire. Takkan omma nak Vampire bercinta dengan Werewolf ? Tak masuk akal langsung. Kalau saya dengan Hye Soo boleh terima lagi. Saya cintakan dia omma." Omma terkejut. "Tapi, Hak Yeon... Hye Soo tu cintakan Xiumin dengan seikhlas hatinya. True love cannot be separated. Lagipun omma nak mengakhirkan permusuhan antara Vampire & Werewolf ni. Cukup lah generasi lalu ramai yang sudah terkorban, omma tak sanggup nak biarkan benda ni lama - lama. Nanti tak lama lagi, kamu yang akan naik takhta bagi pihak Vampire, Hak Yeon."
"Tapi... ARGHHHH !!!" N menjerit. Dia tidak dapat terima yang dia terpaksa lepaskan Hye Soo kepada Xiumin. "Omma tahu kamu seorang oppa yang baik pada Hye Soo dan omma percaya, kalau kamu buat perkara yang betul, kamu tidak akan sesekali rasa menyesal untuk seumur hidup kamu." janji Omma.
YOU ARE READING
Werewolf, Vampire and I !? [Malay Fanfict]
FanfictionHighest ranking : #2 in VAMPIRE (01/04/17) #1 in VIXX (25/02/19) (4/10/19) Lee Hye Soo - 19 tahun - anak tunggal kumpulan Syarae (syarikat terkenal di korea) - belajar di Amerika dan baru pulang ke Korea Kim Min Seok @ Xiumin - ahli kumpulan Exo ( a...