**Aileen**"Weh, panas gila tengahari ni. Berjeruk dah aku menunggu, mana dia?" Aileen membebel seorang. Aidil yang berjanji akan berjumpa dengannya di dataran itu langsung tidak kelihatan.
"Shah, aku pegi cari jap la. Aku dah abis duty ni. Tak jauh pun, aku pegi area yang ramai-ramai pakai baju hijau tu. Aku bawak phone ni. Pape call." Aileen melambai ke arah Shah, kawan sekerjanya yang masih memakai lab coat putih di bawah khemah KKM itu. Shah hanya melambai malas.
Aileen segera bergerak ke arah sepasukan tentera yang baru sahaja keluar baris sambil mencari-cari susuk tubuh yang dinanti itu. Hampa, ditengah matahari terik begitu dia masih belum menemukan manusia tersebut.
'Dah la, pandai la dia cari nanti. Aku tunggu je lah kat sana.'
Baru saja dia berpaling, satu bunyi yang agak kuat membuatkan Aileen kembali berpusing mencari punca bunyi tersebut. Seorang lelaki rebah di atas tanah, dikerumuni oleh beberapa rakan sekerjanya yang lain. Atas rasa tanggungjawab sebagai seorang petugas kesihatan, Aileen menerpa.
"Maaf, maaf. Saya doktor. Boleh saya bantu?" Dia menyelit di antara lelaki beruniform hijau celoreng itu. Masing-masing bertubuh kekar dan tinggi membuatkan dia yang hanya tinggi 152cm mengalami kesukaran menembusi.
"Saya DOKTOR! Boleh saya bantu?!" Aileen terpaksa meninggikan suaranya. Seorang lelaki memandang dan mengangguk.
"Dia tiba-tiba rebah."
"OK, bagi laluan. Minta kawan-kawan awak juga ke belakang dan buatkan kawasan selamat untuk saya berkerja." Aileen tanpa lengah memeriksa nadi dan membuka butang uniform lelaki tersebut. 'Tak ada nadi!' Aileen segera membuat langkah untuk CPR.
"Awak, pergi ke khemah KKM sana. Terangkan pada staff sana dan beritahu Aileen dah mulakan CPR. Awak, buat kiraan 30 semasa saya CPR dan ready to take over CPR bila-bila masa."Aileen memulakan CPR sambil kiraan dibuat.
"28..29..30." dia memeriksa nadi semula. No pulse. One more. Aileen kembali membuat CPR. Telah 4 set kiraan dia membuat tekanan dada tersebut. Please, breathe.
"..30.." Aileen memeriksa lagi dan kali ini nadi lelaki tersebut dikesan.
"Tuan..tuan.." panggil Aileen setelah dilihat lelaki itu membuka mata. Ketika itu, Shah juga tiba dengan stretcher dan alatan bantuan kecemasan.
"Umur pesakit ni berapa ya?" Aileen bertanya kepada lelaki yang membantunya membuat kiraan CPR tadi.
"Early 40s. Yang tepat saya tak pasti." Aileen memerhati lelaki tersebut yang masih dalam uniform, muka berceloreng dan berberet hijau.
"Male, early 40s. Pengsan and no pulse. CPR for 3 minutes and regain pulse. Unresponsive."
"Ok. I'll take it from here. Aku tunggu kat khemah." Shah beredar dengan lelaki tadi didalam stretcher. Aileen cuba bangun namun kakinya lemah setelah dia melakukan CPR tadi. Hampir dia terjatuh ke belakang tetapi ada kaki yang menghalang badannya dari jatuh dan sepasang tangan memegang bahunya.
"Oopps. Thanks." Aileen tersenyum malu. Dia segera bangun dan menepuk seluarnya yang kotor terkena tanah. Lelaki tersebut berganjak ke belakang, memberi ruang kepada Aileen.
"Cha! La, betul la tadi macam kenal je budak kecik buat CPR tadi." Lelaki yang dicari-cari tadi muncul tiba-tiba.
"Eh, orang tunggu lama tahu? Kalau boleh berjanggut, dah sampai lutut. Lama gile kut. Aduhhh, janji pukul berapa?" Aileen tanpa menunggu sesaat pun menghamburkan marahnya.
"Ala, sorry. Bukan Cha tak tahu. Kalau dalam baris, mana boleh keluar sesuka hati." Aidil menggaru kepalanya yang bukan gatal pun.
"Nak kunci kereta. Arini orang naik ambulans tau, tak pasal betul." Aileen menarik muncung. Sakit hati benar dia dengan Aidil. Boleh dia ketawa-ketawa. Orang dah panas hati, panas kepala, tengahari panas pulak tu.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomanceAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...