Amal berjalan di hadapan gadis itu ke ruang makan. Nampak gadis tersebut sedikit teragak-agak namun langkahnya tetap diteruskan.
"Morning." suara ceria Amal membuatkan kedua suami isteri itu berpaling.
"Yes, good morning Amal. And, kawan Mal tu nama apa?" Aileen tersenyum manis. Haizer yang lengkap berpakaian tentera juga mengangguk.
"Dia ni, nama dia Ayla. Ayla, ni kakak ipar dan abang aku. Kak Leen and Haizer." Amal menarik kerusi dan mengunjukkan tempat duduk itu kepada Ayla.
"Cantik. Ahhh.." Ayla segera menekup mulutnya. Malu. Aileen membulat matanya, tapi segera tersenyum.
Haizer tersenyum seketika dan merenung wajah isterinya.
"Aku gerak dulu lah. Lewat nanti." Haizer menepuk bahu Amal. Amal mengangguk dan tanpa segan silu menghirup kopi panas didepannya.
Haizer mendekati Aileen yang segera bangun ingin menghantarnya ke muka pintu. Tetapi, Haizer menggeleng kepala, tanda tidak perlu. Aileen menunduk dan mencium tangan suami yang disalami itu. Haizer mencium pipinya sekilas.
"See, I already told you, sayang cantik. Bye, cantik." Haizer mengusik isterinya dalam bisikan. Aileen yang sedang menahan malunya, menepuk lengan Haizer spontan.
"Adehhh... ni malas duduk rumah korang ni. 24 jam PDA." Amal mengusik sambil pura-pura menutup mata.
"Then, balik cepat. Ganggu je." Haizer senyum sinis. Amal hanya membuat muka tiada perasaan dan kembali menghirup kopi.
"Makanlah Ayla. Kak Leen tak masak. Abang Haizer je beli dekat gerai depan tu." Aileen mengemas cawan yang ditinggalkan Haizer.
"Kak Leen doktor?"
"Aah. Kat GH. Ayla kerja ke?"
"Ayla programmer. Amik cuti panjang." Jawapan Ayla membuatkan Aileen menjeling Amal. Dia tahu ada cerita di sebaliknya.
"Eh, perasan tak nama kak Leen and Ayla, lebih kurang? Ai..Ay.." Amal tiba-tiba mengutarakan soal nama mereka.
"Betullah. Aileen, Ayla. Haha." Aileen ketawa lepas.
"Saya Ayla Camelia. Kawan-kawan banyak panggil Cammy. Amal je panggil Ayla."
"Oooo... Amal je panggil Ayla. So, kak Leen boleh panggil Ayla jugak tak ni?" Aileen mengusik dan menyembunyikan senyum dalam tegukan air kopi. Matanya tetap kepada Amal yang cuba membuat selamba.
"Eh mestilah boleh. Ayla ok je." merona merah pipi Ayla. "Kak Leen, sorry ya Ayla ganggu kak Leen, menumpang rumah kak Leen."
"Not a problem, Ayla. Kak Leen Ok je. Lagipun meriah rumah ni bila ada ramai orang. Kalau tak, kak Leen and abang Haizer je. Mal, kau kerja sini lagi?"
Amal mengangguk. Aileen juga tahu, tidak perlu diselidik soal kerja Amal lagi.
"My shift starts at 5 today. Jangan duduk berdua-duaan. Tak pasal kena buat majlis awal nanti." Amal hanya membuat muka selamba. Memang kalau mengusik dia, itu sajalah reaksinya. Reaksi Ayla pulak menarik minat Aileen. Mukanya kembali merona merah, malu.
"Kak Leen, kau ada nak balik rumah mama next week?" Amal memandang ke arah Aileen.
"So far kak Leen tak ada cuti weekend. Nanti tengok macam mana jadual abang Haizer juga. Kenapa tanya?" Diangkat keningnya.
"Ada kenduri. Tak apalah." tersedar dia terlepas bicara, Amal mematikan ayatnya.
"Kenduri siapa? Abang Haizer tak kata apa-apa pun."
"Kenduri aqiqah baby Fauzana, adik Husni. Haizer tak ada cuti maybe. Takpun dia lupa." serba salah Amal kerana dia terbuka cerita. Adalah sebabnya Haizer tidak memberitahu Aileen.
Aileen mendiamkan diri.
"Duduklah ye. Kak Leen nak settlekan kerja rumah sikit and sambung kerja dalam office jap. Apa-apa just panggil je." Aileen bangun dan mengemas sedikit meja makan.
Amal mengeluarkan telefonnya dari poket.
AS:"Apsal kau x gtau kak Leen kenduri nxt week? Dah aku terlepas td."
HF: Kau ckp apa? Dia tny apa?
AS: Aku tanya korg balik x nxt week. Mmg dia x tahu. Then aku gtau je lah. Kau pun satu..
HF: Saja aku taknak balik. Malas nk berjwb dgn maklang.
AS: Dah tu, ni camne?
HF: Camtulah.
AS: Gtau lah dia. Dia menantu. Nt yg kena ckp belakang, dia. Bukan kau.
HF: *sticker* sakit kepala
AS: *sticker* lari
Di kem,
"Zer, apa yang kau pikirkan sampai berkerut tu?" Megat menegur.
"Aku tak beritahu Aileen ada kenduri." Haizer menjawab sambil keningnya berkerut.
"Kenapa tak beritahu?" Soal Megat lagi.
"Aqiqah. Rumah mak Husni."
"Oh," cukup dengan penyataan itu menjawab segala persoalan. Megat tahu, temannya dan isterinya itu masih belum mempunyai rezeki menimang cahayamata. Setiap kali ada diantara keluarga atau teman-teman yang diberikan zuriat, nampak di raut wajah mereka ada sedih dalam gembira. Tambah lagi, ibu saudara Haizer itu tidak habis-habis mencanang supaya Haizer beristeri lagi.
"Dia dah tahu la sekarang?" Megat sekadar bertanya. Haizer mengangguk.
"Cerita betul-betul dengan dia. Dia kan rational. Give facts, don't make up stories. Nanti tak pasal kena sembur." Megat ketawa kecil dan berlalu. Itu sahaja yang Haizer perlukan, bukan bebelan. Pandailah mereka.
***
Keadaan rumah agak kelam, tiada satu langsir mahupun tingkap dibuka. Walaupun matahari masih bersinar diluar sana, namun satu cahaya pun tidak mampu menerobos masuk. Rumah itu hanya diterangi sebiji lampu yang duduknya di sudut bucu rumah.
Seorang lelaki merenung lama ke skrin laptopnya. Tangannya beralih pula ke telefon bimbit dan beberapa kali skrin telefon itu ditekan.
"Adik, sia suda kasi masuk tu duit. Sia tidak buli balik kampung ni. Banyak kerja. Duit tu, kau guna untuk pelajaran kau, tidak pun untuk buat belanja makan minum kau. Jaga mak."
Voice note yang ditinggalkan abangnya dimainkan beberapa kali. Tangannya dikepal kuat.
Imbas kembali 10 tahun yang lalu,
Abangnya meninggalkan rumah sejak di di sekolah menengah lagi. Ibunya lumpuh sejak kemalangan yang meragut nyawa ayahnya.
"Kau jaga mak elok-elok. Aku keluar kerja. Apa-apa nanti kau beritahu saja pada Vun. Dia tahu mana mahu cari aku."
"Kau kerja apa, abang?"
"Kau sibuk kenapa? Jaga saja mak. Makan pakai kita aku yang fikirkan." Sejak itu abangnya jarang menjejakkan kakinya ke kampung halaman.
Mereka hidup dalam keluarga yang sangat miskin. Untuk meneruskan hidup pelbagai usaha mereka cuba lakukan. Pernah mereka dicaci oleh keluarga sendiri kerana terlalu asyik meminta pinjam duit. Abang keduanya pula pernah dipukul semata meminjam basikal sepupu mereka untuk membeli ubat ibu mereka di bandar.
Kedua abang mereka sudah terlalu benci dengan kehidupan miskin mereka, lalu keduanya mengambil keputusan untuk keluar mencari kerja di bandar. Tinggal dia seorang menjaga ibunya. Namun, mereka tidak lagi putus makanan. Dengan duit yang diberikan abangnya juga dia dapat menyambung pelajaran. Kerana dialah adik bongsu, maka abang-abangnya mengambil alih tugas ayahnya dengan mencari rezeki untuk keluarga.
Tidak berapa lama, ibu mereka meninggal kerana sakit tua. Dan kali terakhir itulah kedua-dua abangnya pulang.
Dan sekarang, hanya tinggal dia seorang.
"Prang!" Gelas di sebelah laptop itu ditepis, terkena tempias amarahnya. Semakin dia teringat, semakin dendamnya bertambah.
"Darah dibayar sama darah. Nyawa dibayar sama nyawa." Senyumnya sinis. Entah apa di dalam kepalanya, hanya dia yang tahu.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomanceAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...