42

638 40 15
                                    

Tangannya mengurut kepala perlahan-lahan. 'Too much of coffee can make you sick, sayang.' terngiang-ngiang suara Hazier di kepalanya. Sorry abang. Tak ada coffee tak terbuka la mata sayang nak study ni.

"Eileennn... you dah study sampai mana? I tak sempat baca. I terlelap." Lucy Chong, teman sekuliahnya menghampiri. Dengan kalut-kalut minah Cina itu duduk disebelahnya.

"Aku pun tak tahu banyak mana dalam kepala aku ni, amoi. Pening lah. 3 tahun punya study rasa nak cramp otak aku ni."

"Aileen, Lucy. Jom, pintu dewan exam dah buka tu. Jom lah." kawan kuliah mereka yang lain memanggil.

Pengajian Aileen sudah hampir tamat setelah 4 tahun di bumi Pulau Pinang. Dia berada di penghujung pengajian dan seperti waktu dahulu, Aileen tetap mengekalkan keputusan pengajian yang cemerlang.

Sesudah dia menjawab kertas peperiksaan terakhirnya, Aileen memandu Honda Jazz miliknya terus ke Melaka. Hatinya berbunga-bunga memandangkan dia akan bercuti sementara menunggu keputusan peperiksaan dan posting sahaja. Aileen menyanyi-nyanyi kecil.

Dia tidak menelefon Haizer kerana dia tahu Haizer tidak keluar untuk operasi. Kunci rumah sewa mereka ada dalam simpanan Aileen. Sedang Aileen masuk ke kawasan rumahnya, dia dapat melihat kereta Audi merah diparkir di luar rumah. Kereta Haizer ada didalam garaj. Dia tertanya tanya siapakah pemilik kereta itu.

"Assalamualaikum." perlahan salam diberikan. Dua pasang mata memandangnya. Maklang dan Misya.

"Eh, sayang?" Haizer sedikit terkejut. Dia yang memimpin tangan Hasya dari dapur memandang tepat ke arah Aileen. Aileen mendekati dan menghulur salam pada suaminya, baru dia beralih menghulurkan salam pada Maklang dan Misha.

"Dah start cuti. Saja." Aileen cuba tersenyum.

"Hasya ni, asyik menyebut Haizer. Kebetulan emak nak jalan-jalan Melaka. Kami singgah sekejap." Misha memberi jawapan kepada soalan didalam kepala Aileen.

"Oh, macam tu. Malam ni stay mana?" Aileen memberikan senyum sedikit. Tetamu, Aileen. Tak baik kau buat muka.

"Maklang ingat nak tidur sini je. Haizer pun janji nak bawa Hasya jalan-jalan." Maklangnya bercakap tanpa memandang ke arah Aileen, sebaliknya memandang Misha yang kelihatan serba salah.

"Boleh la pusing-pusing. Banyak tempat boleh tengok dekat Melaka ni." sekadar berbasa-basi dia menjawab.

"Misha dah biasa datang sini. Maklang yang baru datang." suara Maklang berbau sedikit pelik. Seolah-olah mahu menunjukkan yang Misha selalu berjumpa dengan Haizer.

"Kalau macam tu, Aileen tak join ye maklang, Misha. Penat lagi ni. Jauh drive. Maklang, Misha, Aileen masuk dalam dulu ya. Tukar baju kejap." Aileen bangun dan mengheret beg trolinya ke dalam bilik. Tidak lama kemudian Haizer menyusul.

"Kenapa tak bagitahu abang, sayang nak balik?" Lembut suara Haizer bertanya.

"Ummm.. surprise?" Aileen tidak mengangkat muka dan terus mengemas beg bajunya.

"Sayang... stop kejap. Cakap dengan abang dulu. Nanti abang kemaskan beg sayang. Aileen Falisha, my dearest wife. Pandang abang kejap." Tangan Aileen berhenti tetapi dia masih belum memandang Haizer.

"Sayang tak tahu, tapi I am disappointed. I was hoping to get to see you. But..."

"I know. Abang tahu. Tapi tetamu tu sayang. Abang kena layan. Malam ni je ye. Please?" Haizer merangkul Aileen erat. Rindu pada isterinya setelah sekian lama terubat. Aileen diam sahaja didalam pelukan itu. Hendak dia merelakan, hatinya tak mahu. Tapi apalah dayanya.

"I miss you." Aileen merapatkan hidungnya ke uniform kerja Haizer.

"I miss you too, sayang." Haizer tergelak kecil dengan perangai Aileen yang satu itu. Dia memang suka mencium baunya. What a fetish, girl! Haha.

Fated to Love You, DoctorWhere stories live. Discover now