27

690 29 0
                                    

Aileen merasakan badannya kurang selesa pagi itu. Dia gagahkan bangun untuk solat subuh dan mencapai telekungnya. Haizer sudah menunggu atas sejadah.

Ketika Haizer membaca doa, pandangannya mula berpinar. Dia menahan lagi. Telekung dilipat dan dia bangun. Terus pandangannya kelam.

"Sayang!" Merangkul tubuhnya yang sudah terbaring.

"Mama!! Ma!!"

"Ya, kenapa?" Tergocoh-gocoh mamanya datang. Suara Haizer yang lantang menjerit namanya tadi membuatkan mama datang berlari.

"Aileen. Dia pengsan. Tadi lepas solat. Sayang, bangun. Bangun." Aileen membuka matanya perlahan.

"Aileen. Kenapa ni?" Mamanya menyoal, gusar.

"Pening. Tak boleh buka mata. Berdenyut kepala." Aileen mengadu.

"Kita bawa ke hospital la, Zer. Mama risau."

"Abang, toilet. Sayang nak muntah." Haizer merangkul tubuh itu dan membawanya ke bilik air. Aileen memuntahkan segala isi perutnya. Nafasnya turun naik.

"Hospital?" Satu saja soalan Haizer. Aileen mengangguk.

***
"BP seems to be a bit low. 90/80. Dia muntah tadi kan? So, a bit dehydrated. Sikit je. Tapi I nak tanya satu, did you miss your period?" Dr Chen bertanya soalan yang menghentikan degup jantung Haizer dan Aileen.

"Let me check the apps. I track dekat apps je." Aileen membuka apps didalam Iphone miliknya dan terdiam.
Dia menghulur telefon pintar itu kepada Dr Chen. Lebih 6 minggu lewat.

"Then, let's test it." Aileen bangun menuju ke kawasan yang ditunjukkan. 15 minit kemudian.

"Congrats Doc and Captain. It is still very early. You might experience the normal pregnancy symptoms. So, I dah prescribe the normal vitamins. You can always come for consultation but I know you understand it well. So again, congrats papa mama to be." Tersenyum-senyum Dr Chen melihat Haizer yang memeluk bahu Aileen erat. Biarpun tiada drama tangisan bahagia, raut wajah keduanya sudah menjawab.

"Syukur Alhamdulillah. Abang happy." Sejurus dia masuk ke kereta, Haizer memeluknya erat.

"Sayang pun. Even though a bit shock, tapi I am happy. Hello daddy." Dia membisikkan ke telinga Haizer.

"Rasa macam tak percaya. Ingatkan nak honeymoon lagi dengan sayang. Tak apa lah. Rezeki datang awal. Jom balik, beritahu mama and ayah."

Keluarga Haizer bergembira dengan khabar itu. Cucu sulung yang hadir didalam rahim Aileen itu memang dinantikan.

"Mama tak boleh mengandung selepas dapat Haizer. Ada komplikasi. Tapi mama bersyukur, sekurang-kurangnya ada Haizer peneman mama. Rezeki anak ni berbeza-beza Leen. Kita kena redha apa yang kita dapat. Jangan dengar cakap orang, yang penting diri kita." Ucap ibu mentuanya yang sangat memahami. Sebab itu bila kakaknya memerli Aileen yang masih belum mengandung, dia diamkan saja. Orang yang tak merasa susah, mungkin mudah mengata.

"Aileen faham ma."

"Lepas ni, kalau Haizer tak ada, terus tinggal di sini. Mama dan ayah risau. Nak ke hospital nanti, ayah hantarkan. Jangan risau. Ayah pun bukan kerja kan? Betul kan bang?" Mama menepuk peha ayah.

"Betul. Tak susah pun hantar Aileen. Dapat lah ayah pusing-pusing bandar." Ayahnya mengiyakan.

"Tengok tu. Sayang betul mama ngan ayah pada menantu dia ni."

Fated to Love You, DoctorWhere stories live. Discover now