38

742 33 3
                                    

Pasukan Haizer baru sudah melakukan latihan close-quarter combat dan masing-masing melepaskan lelah di kawasan lapang selepas mendengar ulasan dari jurulatih. Askar-askar muda yang baharu saja menyertai mereka tekun mencuci senjata.

Haizer telah dinaikkan menjadi ketua pasukan kerana Mejar Zul akan bersara tidak lama lagi. Pasukan itu kini dianggotai Megat, Epul, Apan, Kerol, Lim, Naufal, Amin dan Taufik.

"Tuan, saya...saya ada permintaan, tapi...agak besar." Naufal, anggota muda yang ada kemahiran medikal juga baru menyertai pasukan itu. Dia teragak-agak menyuarakan soalannya.

"Apa dia? Cakap je lah." Haizer memang sekilas.

"Saya nak belajar emergency trauma treatment dari Doktor Aileen."

"Hah? Dah kenapa isteri aku yang kau pilih? Kita tak ada pakar dekat KKD ke?" Haizer meletakkan senjata yang baru dibersihkan tadi. Naufal menelan air liur. 'Ini, kalau aku kena hempuk ni, redha je la. Datang angin kus kus kapten Haizer ni, silap-silap bengkok tulang aku kena bantai.'

Megat dan Epul juga memberi perhatian. Sedia untuk menyelamatkan perajurit muda itu kalau perlu.

"Tuan, saya ada dalam flight semasa kita selamatkan puan....err doktor...doktor Aileen. Masa dia panggil medic dan minta saya laporkan keadaan dia tu, she make a very calm assessment, tuan. Very detail dan tepat. Walaupun condition dia masa tu sangat kritikal, tapi dengan tenang doktor Aileen berikan maklumat. Dia tahu saya gugup dan tak pasti. Tapi dia bantu saya.

Saya tahu, saya boleh pilih ramai dari pakar di KKD, tuan. Tapi, bukan semua ada skill macam doktor Aileen. Mungkin saya salah. Tapi saya rasa, saya nak belajar dengan doktor Aileen." Dalam takut, diluahkan jua. Tak kiralah. Biarpun kena tolak, janji cuba.

Haizer menatap tajam. Megat menepuk bahu Haizer. Tanda supaya dia bertenang. Ya, dia perlukan pendapat Megat.

"Kau rasa?" dua patah perkataan soalan untuk Megat.

"Biarlah dia tanya Aileen dulu. Kita tengok Aileen kata apa." jawapan Megat membuat dia menarik nafas dan dilepaskan perlahan.

"Ok. Bagi aku cakap dengan doktor Aileen dulu. Kau kena tahu, ini bukan benda normal kau request ni. Kau minta ni bukan formal kan?"

"Bukan tuan."

"Ok. Bagi aku masa bincang dengan yang lain and wife aku dulu." Kendur nada Haizer.


***

Aileen kembali bertugas setelah sebulan bercuti. Dia hanya memerlukan beberapa hari saja untuk kembali pantas dan cekap bekerja. Pulang saja bekerja, dia kelelahan.

"Sayang, bangun. Mandi, solat." Haizer menepuk bahu Aileen, mengejutkannya dari tidur. Dari pulang kerja, Aileen terlelap di ruang tamu.

"Tak solat. Cuti. Penat." Mata itu tertutup semula.

"Tak elok tidur maghrib, sayang." Diraupnya muka Aileen dengan tangannya yang masih lembab. Aileen bangun dan duduk tapi mata masih belum terbuka.

"Penat..." dia terlelap dengan kad pekerja masih tergantung di leher, handbag yang dicampak atas kerusi dan rambut yang kusut. Tudung yang dibuka ada di atas riba. Haizer tersenyum.

"Malam ni kita makan dekat luar. Tak payah masak. Tapi, sekarang kena bangun la."

"Ok...ok." Aileen bangun dan bergerak ke bilik mereka manakala Haizer mengemas bag Aileen yang jatuh berselerak. Apabila Haizer masuk semula ke bilik mereka, dilihat Aileen menyambung tidur di atas katil. Dia menggeleng kepala.

"Falisha sayang. Nak keluar ke tak? Kalau tak, abang bungkus je lah." Haizer menepuk bahu Aileen, mengejutkannya sebentar.

"Keluar..keluar. But give me...uwarghh.. 10 minutes. Tak terbuka rasa mata ni. Hari ni banyak sangat case. Bagi Aileen tumpang hilang penat kejap." Aileen menyembamkan mukanya ke dada Haizer. Dalam dua minit kedengaran nafas perlahan Aileen yang terlena. Haizer membiarkan Aileen selama sepuluh minit seperti janjinya.

"Babe, kalau penat tak apa. Abang bungkus je. Ok?"

"No..no. I'm awake. Wideeee awake. Jom..jom. Sayang mandi kejap." Aileen bingkas bangun dan menarik tuala. Haizer hanya memerhati tenang.

***

Aileen menelan air liur melihat makanan di atas meja. Haizer pula menggeleng kepala melihat gelagat isterinya.

"Sayang, awak habis ke makan semua ni? Ayam buttermilk, udang tempura, tomyam. Ish, banyak ni sayang."bebel Haizer melihat menu tersebut.

"Kita makan berdua kan? Abang makan la sekali. Tak habis kita bungkus la." Aileen sudah mencebik. Moodnya sedikit turun kerana ditegur Haizer.

"Ok, ok. Sorry, makanlah. Jangan merajuk." Haizer mencuit pipi Aileen perlahan. Pantang ditegur bab makan. Di dalam kepala Haizer mengira berapa jauh dia perlu berlari esok untuk kalori malam ini.

"Sayang, busy ke lately?"

"Kinda. Sayang nak catch up dengan workload Hafiz. And sayang rasa a bit rusty. So kena banyak buat procedure. Why?" Aileen menjawab sambil mengigit udang di depannya.

"Sayang ingat medic dalam team abang? Naufal."

"Oo, ingat. That young guy. Dalam heli tu sayang panggil dia kan? Ingat..ingat. So?"

"Dia request nak study emergency treatment dengan sayang, boleh?"

"Me?!! Sayang bukan specialist. Baru MO kut." Aileen berhenti menghirup sup kegemarannya.

"Abang pun rasa a bit reluctant. Bukannya dia tak boleh train dengan kor kesihatan ke apa ke. But he requested you. Dia kata sayang calm and make a good situational judgment. You can say no, by the way." Haizer menerangkan sambil menatap lama wajah isterinya. Aileen berfikir lama. Haizer juga membiarkan Aileen tanpa dia berkata apa-apa.

"If I say yes, abang Ok?"

"Semuanya atas sayang. Abang percaya cinta hati abang ni. Just, a little bit jealous. Haha."

"What!? Nak cemburu apa Kapten Haizer? Ini wife awak ya. Bukan girlfriend. Akad dan sah. Ok, my answer is, Yes. Ni sayang punya personal opinion la ya. Sayang bukan askar. Maybe abang tak setuju. Tapi, sayang rasa medical ni bahagian penting. Untuk kerja berisiko macam abang lagilah. At least, kalau sayang train siapa nama that guy, ha, Naufal.. sayang tahu my husband is in good hands."

"Sebab abang, sayang terima untuk train Naufal?"

"Yup. Sebab paling utama lah. Selain tu, untuk team abang juga."

"Sayang, do you love me that much or sayang tak percayakan suami sayang ni? Abang dilatih untuk pelbagai situasi. Inshaallah abang selamat, dengan kuasa Allah swt." Haizer cuba menduga alasan sebenar Aileen menerima Naufal dengan mudah.

"Sayang tahu, abang dilatih. Professional dalam bidang abang. Tapi, sayang dalam bidang medikal. Sayang tahu dengan kepakaran bidang medik, keselamatan abang dan team abang lagi terjaga. Plus, I really love you so much. Sayang tak nak kita lalui perkara di Sabah tu sekali lagi." Matanya sudah berkaca-kaca.

"Sayang.. abang minta maaf. Jangan buka cerita tu lagi. That is our history. Abang faham dan hormati keputusan sayang." Haizer memegang tangan Aileen erat.

"It's ok. Tapi sekarang abang dah tahu kenapa sayang setuju untuk latih Naufal kan? Kita clear?"

"Ya, puan. And, I love you more and more." Haizer mengenyit mata sebelah dan mempamerkan senyuman mahalnya.

"You know I'd fall for that smile countless time. Love you too hubby."

Fated to Love You, DoctorWhere stories live. Discover now