"I would like to introduce everyone to the new team that has been created today. Our Specialized Trauma and Emergency Preparedness Team (STEP). This team will be headed by Prof. Dr Annahita and assisted by Dr Aileen Falisha. And I would to introduce the team to our management team, headed by Mr. Noah. Memandangkan kita adalah rangkuman beberapa jabatan, elok rasanya kita adakan sesi memperkenalkan diri."
Aileen berkenal-kenalan dengan semua ahli pasukan STEP yang telah dibentuk itu. Aileen merapati Noah yang sedang berbual dengan beberapa doktor lain. Noah menyedari dirinya direnung oleh Aileen, segera mengalihkan pandangan ke arahnya dan memberikan senyuman.
"Well... well. I don't know if I should be surprised or not. How? When? Urghhh, forget it. Selamat bekerjasama." Aileen mempamer senyum senang. Noah ketawa kecil.
"Jodoh kita panjang. I dah beritahu kan, I have things to do here." Noah tidak mahu mengalah.
"Hi, Mr Noah." Lucy datang menyertai mereka.
"Hello, Doc. Jangan bosan nanti selalu jumpa I."
"Mana mungkin." Haaa, ulat bulu dah mula. Aileen mencuit peha Lucy, sengaja mengusiknya.
Selesai di majlis tersebut, Aileen beriringan dengan Noah turun ke lobi hospital. Dia ingin terus pulang kerana waktu bekerjanya sudah tamat. Lucy pula menyambung shiftnya yang telah bermula.
"Encik Noah. You tak bagitahu pun kami yang you akan join team tadi. Very secretive, ya?" sambil membetulkan tali beg tangannya, Aileen bertanya.
"Noooooahh... encik..encik. Kita bukan dekat kaunter pertanyaan. I malas nak beritahu benda yang belum jadi lagi. Lagipun, projek tu masih dalam initial stage masa I jumpa korang berdua tu." Pandangannya dikerling ke arah wanita di sebelahnya. Aileen hanya berpakaian smart casual. Seluar slack khakis dan kemeja senada. Tudung satin bercorak dipakai kemas.
"Tak apa lah. Kita dah jadi colleague pun. Welcome aboard. You nak kemana lepas ni? Balik semula ke office?"
"I guess so. Tapi tulah, kepala macam dah berat nak sambung kerja. Maybe balik je lah. You?"
"I..aaaa..." percakapan Aileen tergantung. Dari arah depan dia memerhati susuk tubuh yang sangat dikenali menghampiri. Matanya tertancap kearah lelaki disebelah Aileen.
"Assalamualaikum." suara Haizer menyapa gegendang telinga keduanya.
"Waalaikum salam." Noah menjawab tanpa ragu-ragu dan mempamer senyum nipis.
"Abang." Aileen memanggil perlahan. "Noah, husband I. Abang, ini Noah. Kami kerja bersama dalam team baru."
Haizer menghulur salam sambil menganalisa lelaki didepannya. "Haizer." sepatah namanya diucap.
"Saya minta diri dululah, Aileen." Noah berlalu. Hanya memandang Aileen sebelum pergi, tidak mengendahkan Haizer. Padangan tajam Haizer masih tertancap kepada belakang lelaki itu.
"So? Why are you here?" bait kata itu terasa beku.
"Abang nak ajak sayang keluar makan. Dah habis shift kan?" Haizer mengalihkan pandangan kepada kekasih hati didepan mata.
"Mana tahu? Kereta?". 'Ini mesti kalau bukan nurse di wad, mesti Lucy yang jadi radio buruk memberikan maklumatnya. Kereta aku ni, takkan tinggal sini? Esok, naik Grab?', tangan disilang sambil berfikir.
"Tinggal kereta dulu sini. Esok abang hantar. Morning kan?" Soalan dibalas anggukan sedikit dari Aileen. "Jom." Haizer memegang tangan isterinya dan dibawa rapat supaya badan Aileen juga rapat dengannya.
Aileen cuba menjauh tetapi tangan Haizer teguh memegang jari jemarinya.
"Lepas tangan sayang boleh? Tangan sayang berpeluh." Dia cuba meleraikan jari-jemari dalam pegangan kukuh Haizer, tetapi lelaki itu makin erat memegangnya.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomanceAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...