Mereka bertolak selepas subuh. Haizer masih lagi mengambil tugas sebagai pemandu. Aidil sudah nampak kuat. Namun Aileen masih tiada selera makan dan matanya sembab kesan menangis yang banyak.
"Abang! Abang Haizer! Berenti tepi. Berhenti! Loya.." suara dan tepukan dari Aileen yang duduk di kerusi belakang mengejutkan Haizer. Dia segera mencari tempat berhenti yang sesuai. Seelok sahaja kereta berhenti, Aileen membuka pintu dan muntah. Aidil menggosok belakang Aileen.
"Kau tak makan la ni. Sebab tu muntah." Aileen hanya senyap. Dia mengah selepas memuntahkan isi perut yang sememangnya kosong. Dia terus duduk di atas tanah.
"Eh...kotor, tanah ni." Aidil menegah.
"Tak larat." terus badannya melepek ke tepi. Haizer menahan badan gadis itu. Dia merasakan bahang panas dari Aileen ketika memegang bahunya.
"Sorry, abang pegang dahi sekejap." Panas.
"Dil, panas dahi dia ni." Aidil kalut meletakkan tangannya pula ke dahi Aileen.
"Alamak, pastu?"
"Ish kau ni. Takkan nak biar dia duduk atas tanah ni. Tepi lah." Haizer dengan spontan mengangkat tubuh kecil yang lemah itu masuk ke dalam kereta. "Kita singgah kejap masuk exit depan tu. Cari klinik." Aidil mengangguk setuju.
**Aileen**
Dia membuka mata dan diperhatikan sekeliling. 'Eh, ni rumah aku. Bila sampai?' Dia mengalih kepala ke kanan dan kiri katil. Aidil di hujung katilnya sedang nyenyak tidur.
Pintu dibuka perlahan. Pandangan mata mereka bertentangan.
"Nah, air." Haizer menghulur secawan air dan Aileen menyambut.
"Kau demam. Kitorang bawak ke klinik. Drip semua pastu kau memang tak sedar apa pun dah. Tudung tu Aidil yang tukar. Jangan risau."
"Hmm.. sedar dah ke?" Terpisat-pisat Aidil menggenyeh matanya.
"Paksu, orang lapar." Aileen membuat muka sedih.
"Ada tadi paksu dah bungkus nasi air. Tunggu jap. Paksu pegi panaskan." Aidil berlalu ke dapur dan tinggal mereka berdua.
"Thanks tolong Aileen."
"No prob."
....krik...krik...krik... Haizer membetulkan duduk. Aileen menatap wajah lelaki itu. He's actually not that bad. Parut di dahi. Mata sedikit coklat terang. Hidung tak la mancung sangat, tak la kemek. Kulit, hmmm...yang ni malas nak komen. Bukan dah tanned, hangus. Hahaha. Selalu sangat berkawad tengah hari buta. Hasilnya, tinted. Tapi, mamat ni, kalau dia senyum. Alahai...goyang iman.
"Dah puas tenung?"
"Hmm, dah." Ok, jantung, stay in your place. Jangan jatuh bergolek atas lantai please. Be cool.
"Apa yang tenung lama sangat?"
"Kulit abang gelap sangat. Hangus." 'Ampun abang Haizer. Tak ada niat nak kutuk. Tapi kena cover line.
"Barulah lelaki."
"Dah tu, yang cerah-cerah perempuan je? Kalau perempuan gelap? Huh, feminist."
"Bukan tu untuk perempuan je ke?"
"Tak. Lelaki pun feminist. Takkan nak guna meninist. Euwww. Macam penyakit je bunyinya."
Haizer tergelak perlahan. Aileen kembali merenung dinding.
"Rasa tipu je semua ni. Rasa macam apa yang berlaku tu semua mimpi je. Betul ke tok dan tokki dah tak ada?" Perlahan suara itu menjadi esakan. Segera dia menyapu airmata namun titisan itu lebih laju dari tangannya yang mengelap.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomanceAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...