Dia bangun senyap-senyap dan mengheret kakinya yang masih berbalut ke pintu. Bosan betul duduk berkurung dalam bilik. Nak duduk di luar sepanjang masa, bosan juga. Serba tak kena betul. Sedang Aileen membuka pintu bilik, pintu itu juga ditolak dari luar.
"Aaa..aaa..jap..Aileen..."dia cuba mengimbangi badan supaya tidak jatuh. Terjengul muka Haizer dan membulat matanya melihat Aileen terlompat-lompat ke belakang. Haizer pantas mencapai tangan Aileen dan menariknya dalam pelukan.
"Woahhh...safe. Hehe." Aileen bergurau sambil memeluk Haizer.
"Aileen Falisha. What are you doing?" Mata lelaki itu tajam memandangnya.
"Nothing. Hmm..." Aileen mendekatkan hidungnya ke dada Haizer. Suka benar dia dengan bau suaminya itu.
"Eii..eii, Falisha. Jangan..Don't invite me. Kucing tak tolak ikan, sayang." Haizer sudah tidak keruan. Nakal betul Aileen ni.
"I'm bored." Aileen memuncung. Tangannya membuka butang baju Haizer satu persatu. Haizer sudah mula bekerja memandangkan Aileen sudah 2 minggu bercuti sakit dan semakin pulih.
"Ok, faham. Tapi sayang, jangan buat abang camni. Terseksa, tahu? Baru pukul 4 ni. And, we have appointment today. Tu, nak bukak kaki Robocop awak tu sayang. Malam ni, dah tak ada cast kat kaki tu, kita sambung ok?" Haizer mengenyit mata.
"Eiii, gatal!" Belum habis Aileen ingin berkata, Haizer mencium pipinya lembut.
"Jangan bebel banyak sangat, sayang. Simpan, bagi abang je mulut ni." Aileen menjeling dan mendapat idea nakal. Tangannya melingkar leher Haizer dan menarik kearahnya.
"You asked for it, sir." Aileen ketawa kecil apabila dia merasakan sudah cukup mengusik Haizer. Dia melepaskan lingkaran tangannya.
"Jom!" Aileen mengajak dan cuba melepaskan diri dari Haizer.
"Kemana?"
"Hospital la. Buka cast ni." Haizer mengeluh. Aduhhh, seksa! Ingatkan 'jom' apa tadi.
"Tunggu malam ni ya, Aileen Falisha." Aileen ketawa lepas.
***
"Oh my home sweet home." Aileen memeluk bantal diatas katilnya. Setelah 3 minggu dirumah mentuanya, dan cast kakinya dibuka, Aileen memohon untuk balik kerumah mereka. Haizer menurut. Dia pun ingin privasi. Bukannya tidak privasi berada dirumah ibu bapanya, tapi lain benar berbanding rumah sendiri. Dia bangun pula menuju ke dapur.
"Hubby, malam ni sayang masak ke macam mana?" Tangannya sudah membuka pintu peti ais.
"Tak payah masak. Megat dengan Epul nak datang. Abang pun dah minta caterer masak. Fadwa dengan Mel nak jumpa sayang."
"Ha! Seronoknya!! Betul ke? Lama dah tak jumpa orang. Eh, lama tak jumpa dia orang. Babies ada?"
"Sekali la. Baby Elman. Baby Mellina. Sayang, jangan gerak sangat la. Kaki sayang tu baru lagi buka cast. Ngilu abang tengok." Dia menarik tangan Aileen ke ruang tamu dan didudukkan di atas sofa.
"Stay there. Kejap lagi semua sampai. Let me handle everything." Haizer duduk disebelah Aileen dan menekan remote tv.
"And, how is sitting next to me is part of handle everything?" Keningnya diangkat, sebagai tanda tidak puas hati.
"Maam, this little thing called mobile phone can do everything for you. Aaa... elok pun masuk call. Ya, kak Zah. Saya dah ada di rumah. Pukul 6? Ok, boleh. Kak Zah tekan je loceng. Ok..Ok. Assalamualaikum. See.. food pun dah siap. Kan abang cakap, semua settle."
"Ok. Tapi sayang teringin nak cream puff." Tiba-tiba dia teringat iklan di Instagram sebentar tadi.
"Kejap lagi ada tu. Husband sayang ni, apa je tak belikan." Dia malas melayan usikan Haizer, terus menukar program di tv. Matanya makin melayu dan terus dia tertidur bersandar pada lengan Haizer.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomanceAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...