Skreeetttt.. boom!!
Bunyi seretan tayar di atas jalanraya jelas kedengaran dan diakhiri dengan dentuman. Aileen sedikit terpana. Suara Haizer jelas memanggil namanya.
"Aileen Falisha!! Sayang!! Sayang, ok tak tu??"
"Ha...ok..ok. Bukan kereta sayang. Ada accident. Abang, nanti call semula. Aileen nak tolong."
"Ok. Careful sayang." talian terus diputuskan Aileen dan dia segera menyambar pantas beg kecemasan yang sentiasa tersedia di dalam keretanya. Dia meletakkan keretanya di tepi jalan dan segera mendekati mangsa kemalangan. Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu dengan laju. Tangan Aileen laju mendail 999, melaporkan kejadian.
Aileen menjenguk ke dalam kereta yang terlibat. Sepasang lelaki dan perempuan kelihatan boleh bercakap dan bergerak. Cuma airbag dari kereta itu dilepaskan membuatkan mereka sedikit terbatuk-batuk. Tiada luka yang nampak. Maka Aileen berlari ke arah lelaki yang terbaring di atas jalan raya.
"Encik...encik. Tenang. Saya Aileen. Saya doktor. Sabar ya encik." Lelaki itu mengerang perlahan. Pemandu kereta terlibat pula keluar dari kenderaannya. Namun Aileen hanya mahu fokus kepada lelaki di hadapannya buat masa itu.
"Hei, tolong la isteri saya juga. Lelaki ini yang cuai! Dia yang langgar kami," lelaki dari kereta yang terlibat itu mula marah-marah.
"Sabar encik. Dia lagi kritikal." Satu suara cuba menenangkan lelaki itu.
"Biarkan dia. Salah dia, kami jadi mangsa!" Suasana mula kecoh.
"Dia hilang banyak darah. Nadi..laju. Encikkk... encik." Aileen memeriksa tahap kesedaran lelaki itu. Aileen menyingkap baju lelaki itu dan mendapati kesan lebam di bahagian abdomennya.
Kemudian tiba ambulans dari hospital Aileen berkhidmat.
"Encik, saya Aileen, doktor jabatan ED. Pernafasan pesakit tersekat-sekat. Femur, kemungkinan besar patah." Aileen berkata kepada diri sendiri. "Tulang rusuk mungkin patah. Probably, tertusuk ke paru-paru juga."
"Doc, saya bantu sementara kawan saya lihat pesakit satu lagi." Aileen mengangguk.
"BP 60/30. Hypotensive dan tachycardic," lapor MA bertugas.
"Mesti ada pendarahan dalaman." Aileen segera membuat penilaian.
"Baik doc. Saya akan maklumkan hospital untuk bersedia dengan menyediakan bekalan darah dengan segera." Petugas-petugas kesihatan bersama ambulans segera bergerak laju untuk menyelamatkan mangsa.
"Kau!! Aku dah beritahu isteri aku pun cedera. Kenapa kau pilih-pilih untuk selamatkan orang?!!!" Lelaki tadi meluru ke arah Aileen. Aileen tergamam, namun ada susuk tubuh berdiri didepannya. Menghalang lelaki itu dari menyerang Aileen. Tangan penyerang itu dipegang kejap. Kemudian dia melepaskannya bersahaja.
"Encik. Doktor ini hanya menyelamatkan nyawa yang lebih kritikal ketika itu. Saya lihat isteri encik boleh berjalan kan? Lagipun dia dah dirawat petugas ambulan tadi." Suara lelaki itu menjawab dengan suara yang tenang. Aileen hanya terpempan melihat situasi itu.
"Betul bang. Jangan marah-marah. Kita buat report je di balai, bang." satu suara dari orang yang berkerumun menjawab.
"Iya bang. Jangan buat hal dekat sini. Bertenang abang. Benda dah jadi. Kereta brader ni pun kena bang, tapi dia relax je." Satu lagi suara menyahut. Aileen mengagak mereka yang menjawab itu ada diantaranya yang membawa tow truck. Jadi mereka biasa melihat kes-kes kemalangan. Biasa melihat situasi tegang begini.
Lelaki itu berhenti dan melangkah pergi dengan jelingan kepada Aileen.
"Doc, ok doc?" suara lelaki yang berdiri di depannya itu menujah telinganya.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomansAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...