"Sayang." suara Haizer lembut memanggil.
Aileen membuka matanya yang dikerdipkan beberapa kali. Badannya terasa lenguh kerana tidur beralaskan lengan, menumpang disisi katil hospital itu.
"Emmm.. abang dah bangun. Sorry, Aileen tak sedar."
"It's ok. Sayang tu yang lenguh nanti. Lama tidur macam tu." tangannya mengelus lembut pipi kesayangan hatinya itu.
Aileen bangun dan berjalan ke ruang tandas. Selesai dia menyegarkan dirinya, dia memeriksa Haizer tanpa kata-kata. Dia melihat kesan merah dipipi dan leher yang sudah berkurangan.
"Assalamualaikum, Kapten Haizer, Doktor Aileen." Mejar Dr Shahrul masuk dan menyapa keduanya. Haizer menjawab sambil tersenyum. Dr Shahrul bertanya beberapa perkara dan amat berpuas hati dengan jawatan Haizer.
"That was a great save by your team member. I heard you yang suggest the atropine?" Aileen mengangguk. Semalam dia sempat bertemu Naufal semasa Haizer diperiksa.
Semalam,
"Doc, saya buat apa yang doc ajar. Saya minta maaf kalau masih belum cukup bagus." Naufal menundukkan kepalanya. Dia rasa bersalah dengan Aileen kerana masih lagi bergantung dengan kepakaran gurunya itu.
"What are you saying? You did a very good job Naufal. A very good..."Aileen sudah menangis di depan Naufal. Megat dan Epul memegang bahunya sedikit, risau melihat Aileen sedikit tidak stabil.
"Doc, duduk dulu." Megat berkata perlahan. Aileen hanya menurut. Dia mengesat sebentar airmata dan menarik nafas. Tangisannya terhenti dan dia senyum pahit memandang Naufal.
"That was a smooth saving, Naufal. Saya rasa bangga awak dapat buat dengan tenang. It was a correct decision saya untuk mengajar awak." Aileen menunjal bahu lelaki itu sedikit.
"Thanks Doc." Mukanya berubah sedikit ceria.
End of flashback.
"Yes. Details I tak boleh enclosed. So, how is my husband?" Aileen menjawab tenang.
"He's doing great. The doses we gave are working well. In shaa allah, tomorrow boleh discharge. As long as nothing comes up upon the test. Kapten, rehat elok-elok. Doktor Aileen risau tu." usik Dr Shahrul. Kemudian doktor itu meneruskan kerjanya, tinggal mereka berdua.
"You scared me to death!" Aileen memeluk tubuhnya dan memandang Haizer dari jauh.
"Come. Mari la dekat abang, sayang."
"No. I don't want to. Abang janji abang jaga diri abang baik-baik." Suara Aileen sudah sebak tertahan-tahan.
"Aileen Falisha, I'm sorry. Come here. Or do you want me to walk down from this bed?" Aileen berjalan perlahan, kalah dengan ugutan suaminya. Haizer menarik Aileen kedalam pelukannya.
"Sayang tahu, this is what I have to face having married to you. Tapi susah, tahu tak, abang? Susah. I am a doctor, but I felt helpless. Please, no more of this." Ditarik nafasnya dalam. Haizer mengusap lembut belakang Aileen, cuba menenangkan perasaanya.
"Woahhh, wrong timing! Hahahaha." Suara kuat Epul membuatkan Aileen melepaskan pelukannya segera.
"Kau ni kacau daun betul. Masuk lah." Haizer tersenyum melihat kawan sepasukannya hadir melawat. Naufal berdiri seketika disebelah katil, tetapi tak lama dia sudah menempel di sebelah Aileen.
"Naufal, untung kau selamatkan aku je. Pantang aku biarkan. Ada je menempel dengan Aileen tu sepanjang masa." bebel Haizer memandang ke arah mereka berdua yang rancak berbual.
"Alamak tuan. Sorry." Naufal menggaru kepalanya. Aileen senyum membalas. Dia tahu Haizer bukan serius memarahi Naufal. Namun Naufal terus bangun mendekati kaptennya.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomanceAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...