9

887 29 0
                                    

Aileen menjeling cermin buat kali terakhir. Dress simple berwarna hitam dan tas tangan LV berwarna senada diambil. Mukanya tidak bersolek heavy, sekadar memaniskan wajah.

Haizer menunggu di lobi hotel sahaja. Apabila Aileen turun, dia terpaku sebentar.

"Shall we?" Aileen memandang Haizer kerana lelaki itu tidak berganjak.

"Kenapa cantik sangat?"

"La, cantik pun marah?"

"Rasa tak nak pergi dinner. Nak ajak pegi dating je. You look beautiful, sayang." Haizer menunjukkan tangannya supaya Aileen memaut. Aileen ketawa kecil.

"Thank you captain. Such a gentleman you are."

"It's my pleasure, my lady." Haizer memakai baju mess berwarna putih. Terserlah ketampanan lelaki itu, tetapi kulit tetap hangus. Tak apa, hitam kan premium.

Majlis berjalan lancar. Ada beberapa mata yang mencuri pandangan kepada mereka berdua. Haizer memang tidak mengambil peduli langsung.

"Abang, I nak pegi ladies jap." Haizer mengangguk.

Semasa didalam cubicle tandas, Aileen terdengar beberapa suara perempuan berbual.

"Kau nampak tak? Kapten Haizer bawa partner malam ni. Siapa dia?"

"Aku dengar doktor. Hmm, melepas la kau, Maria." satu suara lagi membalas.

"Perempuan macam tu bukan lawan aku lah. Takkan aku yang memang selalu dapat lelaki dalam kem ni, tak mampu dapat Haizer. Tunggu la 2-3 minggu lagi. Akan aku dapat lelaki tu." suara perempuan bernama Maria itu jelas di telinga Aileen. Kemudian kedengaran bunyi tapak kasut mereka berlalu keluar dari tandas. Aileen sempat melihat kelibat belakang mereka dan dia keluar dari tandas tersebut.

"Kak Gee, nak tanya sikit. Siapa perempuan berbaju merah, biru dan kelabu tu. Yang duduk di meja sana." Aileen bertanya pada Suzy, rakan sejawat Haizer yang sangat peramah.

"Oh, yang baju merah tu Maria. Yang dua lagi tu Nina dan Zu. Kak Gee tak ingat nama penuh mereka. Mereka ni tunang kepada yang duduk sebelah mereka tu. Maria je tak ada boyfriend lagi. Tapi sebab dia cantik, ramai je selalu ajak Maria jadi partner. Kenapa?"

"Oh, tadi bertegur dalam ladies. Tak sempat tanya nama. Thanks kak Gee." 'Ok, dah dapat tengok muka and nama. Bahaya dia orang ni.'

Semasa majlis tamat, Aileen sengaja mencari kelibat ketiga wanita itu. Dapat, dengan segera dia berjalan dengan Haizer didepan mereka.

"Abang, kejap. Aileen nak betulkan strap kasut." Elok dia berhenti di laluan depan perempuan-perempuan itu. Aileen memaut tangan Haizer kuat dan pura-pura hampir terjatuh. Haizer memaut pinggangnya rapat. 'Now, count 30 seconds. Maintain eye contact. Senyum manja, ketawa sikit.' Didalam kepalanya menyusun setiap gerak dan lakonan manjanya.

"Oppps. Sorry, sorry." Haizer merenung gadis itu. Dia tahu, adalah rancangan nakal dalam kepalanya. Sempat Aileen menjeling perempuan bertiga itu. Muka Maria dah serupa harimau lapar.

Dalam kereta, Aileen ketawa seorang. Puas hati dapat melihat reaksi mereka.

"Falisha. What were you doing? Abang rasa dah dipergunakan ni. Spill it now." Haizer sengaja membulatkan mata. Aileen menambah ketawa. Kalau Haizer tahu, apa agaknya perasaan dia. Cerita ke tak?

"Aileen Falisha. Come on. I know you did something just now."

"I'm marking my belonging. Sebelum ada babi yang sodok batas ubi. You know, babi? Hahaha." Aileen ketawa senang.

"Jangan risau, babi tak dapat masuk kebun sayang ni. Pagar dia kukuh."

"Haizer Fiqri. Once mine, always mine. Kalau I dah tak mahu, ambillah. Tak hingin I nak gaduh kalau tak worth it."

"So, malam ni sayang tunjuk taring la?"

"Malam ni baru keluar kuku hujung je. Belum cakar and taring lagi. Kita kasi mukadimah dulu. And you, Mr Haizer, jangan nak melayan ye. Kalau I tahu, dengan you sekali boleh get loose and foot loose. Boleh berambus." Aileen memberikan senyuman ngeri.

"I am loyal. If I nak orang lain, 3 tahun lepas I dah ada orang lain. I nakkan Dr Aileen Falisha yang garang ni." Haizer memasukkan gear dan mula memandu kereta.

Selepas majlis makan malam itu, keduanya kembali ke urusan pekerjaan masing-masing. Haizer akan memberitahu keberadaan dia apabila dia menjalani kursus atau misi. Bukan terperinci pun. Setakat dia akan pergi bila. Itu sahaja. Selebihnya, Aileen memang tidak tahu.

Aileen masih setia di bahagian Kecemasan dan Trauma. Dia yakin untuk meneruskan kepakaran di bidang tersebut. Tahun ketiga dia sebagai MO di Kecemasan dan Trauma itu banyak mengajar dia untuk menghadapi berbagai jenis kecederaan.

"Paksu, tak rindu Cha ke? Berbulan dah tak jumpa anak sedara sorang ni." Aileen membebel dihujung talian. Bukan Haizer sahaja sibuk, Aidil pun sama.

"Rindu la, si pendek. Kebetulan paksu cuti weekend ni. Shiha nak datang cari barang hantaran."

"Ok. Ambil Cha ya? Nak ikut jugak."

"Iye, paksu datang rumah sewa Cha. Shiha tumpang tidur umah Cha, boleh?"

"Mestilah boleh! Nanti breakfast kat rumah Cha sekali. Nak suruh kak Shiha masak. Kak Shiha masak sedap."

"By the way, mummy balik tak nanti?" Panggilan mummy itu merujuk kepada ibu Aileen yang merupakan kakak ipar Aidil.

"Aah. Mummy balik dengan Ezekiel and daddy kut. Kak Belle and Emmet rasanya tengah finals kat sana. So diorang tak plan nak ikut."

"Ok. Baik. Nanti paksu bagitau apa-apa. Bye Cha."

"Bye paksu. Kirim salam Haizer kalau nampak dia."

"Sebelum paksu nampak dia, dia dah contact kau dulu lah Cha. Mengada betul! Dah, bye." Aileen ketawa mengekek mendengar suara Aidil tidak puas hati.

***
Di suatu hutan yang tidak diketahui lokasi,

"Tuan, dua dari target berjaya lepas lari."

"Kita balik base dulu. Depan tu sempadan. Biarkan. Dia akan balik semula." Report diterima oleh ketua pasukan itu. Semua komando yang berada dalam kedudukan berjaga telah melegakan otot mereka.

"Yes, boleh balik. Tak sabar nak mandi shower." Perkataan itu disambut ketawa perlahan masing-masing. Epul hanya menyeringai. Sengaja mengendurkan suasana yang tegang sejak awal.

"Helikopter dijangka akan tiba di lokasi jam 1800." Lim pula memberi report. Ketua pasukan mereka berbicara dengan Lim ataupun call sign Battery itu seketika dan mengangguk kepala.

"Brick, atur formasi. Aku akan sweep kali ni." Brick adalah call sign kepada Haizer. Ada cerita disebalik nama itu dan hanya teman seplatun sahaja yang tahu. Haizer mengangguk. Ketua pasukan itu percaya kepada ketelitian dan kepimpinan Haizer. Sengaja dia melatih lelaki itu sedikit demi sedikit.

Dengan kekuatan 18 orang ahli, pasukan itu meneruskan perjalanan ke titik pertemuan mereka dengan helikopter.

Fated to Love You, DoctorWhere stories live. Discover now