Doktor Anne sudah kembali ke bilik hotelnya sesudah menyelamatkan tentera tersebut. Kerana kedua mereka membawa kenderaan sendiri, maka mereka tidak bergantung untuk menumpang kenderaan satu sama lain. Mudah begitu.
Aileen melangkah keluar dari unit kecemasan dengan berpakaian biasa. Seluar legging dan boyfriend shirt yang agak besar menutupi tubuhnya. Tersentak dia apabila kelihatan pasukan GGK itu masih wujud di ruang menunggu.
Dia menunduk dan cuba melalui kawasan itu tanpa dikesan.
"Doc, jangan laju sangat, doc Aileen." Haishhh, itu suara Epul. Nak tak nak, dia mengangkat kepala. Megat sudah tersengih-sengih dan menolak Haizer kedepan hampir ke arahnya. Seorang lelaki separuh umur mendekati Aileen pada masa yang sama.
"Saya berterima kasih pada doktor kerana menyelamatkan kaki anak buah saya. Mengikut apa yang saya dengar, kalau tanpa kepakaran doktor, dia mungkin perlu bertukar unit dan mungkin tidak seperti dahulu lagi." Ketua pasukan itu memberi ucapan terima kasih mewakili pasukannya.
"Tuan...Zul." Dia berhenti dan menyebut nama di dada uniform itu. "Saya cuma jalankan tugas saya. Saya tahu pentingnya kaki dan tangan kepada pekerjaan tuan-tuan semua. Seperti saya yang menganggap tangan sebagai nyawa saya. Sejujurnya, semua ini kuasa Allah. Saya sebagai asbab sahaja membantu Leftenan Azim." dia tersipu disitu. Bukan mudah untuk berdiri didepan 16 lelaki yang bertubuh sasa. Mujur Haizer berdiri disebelahnya.
"Tuan, Brick dah tak sabar nak iring doktor balik. Boleh tuan?" Epulllll...Haizer mengetap bibir. Hanat betul kawan seorang ni.
"Eh tuan. Tak apa. Saya mintak diri dulu." Mukanya sudah seperti udang bakar. Dia membongkokkan badan seketika kepada semua dan bergegas keluar.
"Kau kan, kau nak tidur kat sini ke malam ni? Mulut tak ada insurans." Haizer menutur kata diantara giginya.
"Brick, siapa doktor Aileen dengan kamu?" Mejar Zul sudah memandang tepat. Sengaja dia mengusik sebenarnya. Haizer menggaru kepala berambut pendeknya.
"Cinta hati dia, tuan." Lim pula menyambut. Si adik paling kecil dalam pasukan itu sama naik.
"Kejarlah. Takkan nak bagi dia balik sorang. Takkan itu pun saya nak ajar." Mejar Zul berpura-pura marah.
"Baik tuan. Terima kasih." Haizer memberikan tabik dan meluru keluar. Kawan-kawannya ketawa perlahan. Tidak berani untuk membuat bising. Ada mereka ditendang pula oleh jururawat nanti.
"Sayang! Tunggu kejap. Abang hantar!" laung Haizer.
"Eiii, awak gila ke? Hospital ni. Public places. Jangan la buat onar kat sini. Eiiii malu saya!" Aileen melajukan langkah setelah dia memberikan kata-katanya. Geram betul dia bila lelaki itu memanggil dia sayang di kawasan umum. Hilang rasa malu dah ke? Tak puas lagi kawan-kawan mengusik tadi?
"Dah sayang tak nak berhenti. Abang hantar ya? Tuan Zul bagi kebenaran." Aileen mengangguk. Dia masuk ke sebelah co-driver dan meletakkan barang-barangnya di seat belakang selain handbag dan phone miliknya.
"Handsome abang malam ni." Aileen memulangkan usikan kepada Haizer.
"Sayang ni dah kenapa?" malu-malu pula lelaki itu.
"Sayang jarang tengok abang dengan beret sekali. Biasa baju kawad yang satu lagi tu. Yang lama. Ni baju GGK. Dengan lengan lipat samseng, beret hijau. Mujur tak ada balaclava skali. Aummm.." terkikih Aileen dengan ayatnya sendiri.
"Anak dara. Awak balik ni dengan lelaki tahu. Jangan nak aummm sangat." Haizer menjeling tajam. Dia mengusik dalam memberi amaran juga. Dia lelaki yang cukup sifatnya. Jangan cuba menguji imannya yang senipis kulit bawang itu. Aileen mengangkat tangan, surrender.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomanceAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...