Aileen menulis sesuatu didalam rekod pesakit di wad kecemasan sambil tangannya mencapai sekeping lagi rekod. Banyak betul kes petang itu.
"Doc. Seorang perempuan, dalam mid 30s. Dia nak jumpa doc. Dia kata dia kenal doc. Nama dia Misha." Dalam tertanya-tanya, Aileen mengangguk tanda dia menerima maklumat dari jururawat tersebut. Tangannya masih menyiapkan rekod pesakit yang perlu pengesahan darinya. Aileen melambai ke arah HO muda yang bertugas pagi itu, Daryll.
"Daryll, I dah completekan these. Please check the details I have recorded and report all changes immediately to me. I ada hal kejap. Please keep me update. You tak faham, ask others." Melihat doktor itu mengangguk, dia beralih kepada jururawat pula.
"Kak Pah, saya ada hal sikit. Minta tolong, kalau apa-apa kak Pah cari saya ya."
"Baik doktor Leen." jururawat senior itu sudah memahami apa perlu dia lakukan.
Kaki Aileen bergerak pantas ke lobi hospital. Matanya melilau mencari kelibat Misha. Matanya terpandang Misha yang duduk di kerusi batu hospital. Misha bangun apabila dia sedar Aileen mendekati.
"Kak Misha. Kenapa cari Aileen? Ada emergency?" suara Aileen sedikit cemas.
"Eh bukan, bukan. Err... Aileen busy ke?"
"Busy tu sikitlah. Tapi, kenapa, kak Misha?"
"Kak Misha nak minta tolong Aileen." Muka Misha kelihatan gusar. Aileen mengangguk.
***
"Aileen! Aileen! Bukak pintu ni!" suara seorang wanita menjerit di luar pagar rumahnya. Dalam masa yang sama, telefon bimbitnya berdering tanpa henti. Unknown number naik berkali-kali. Aileen menjenguk keluar.
"Eh, maklang?" Aileen menekan butang auto gate rumahnya. Tanpa bertangguh Mak lang meluru masuk.
'PANG', satu tamparan melekap di muka Aileen. Terpinga-pinga Aileen yang tidak tahu kenapa dia perlu diperlakukan begitu.
"Kau! Kenapa kau hasut Misha, kau katakan cucu aku cacat mental. Siapa kau untuk masuk campur hal keluarga aku?" Mak Lang sudah naik hantu, cuba memukul Aileen yang hanya menahan dari pukulan demi pukulan yang sampai.
"Mak! Bukan salah Aileen mak!" Misha menjerit menghalang Mak Lang dari memukul Aileen.
"Mak Lang!" satu suara menempik dari belakang. Haizer pulang dari tempat kerjanya terkejut melihat ibu saudaranya memperlakukan isterinya begitu.
"Kenapa jadi macam ni? Apa salah Aileen sampai maklang lupa diri. Malu jiran-jiran tengok. Astaghfirullah alazim." Haizer berdiri didepan Aileen, mempertahankan isterinya yang belum memakai tudung pun semasa dipukul Maklang.
"Kau tanya isteri kau sendiri. Apa dia ingat, dia doktor, dia boleh cakap cucu aku cacat? Hei kau dengar sini. Kau tu orang luar. Baru sebulan dua masuk ke keluarga kami, kau tunjuk pandai."
"Allahuakbar. Maklang, Aileen tak bersangkut dalam hal ni. Saya yang suruh Misha bawak Hasya ke hospital. Bukan salah Aileen. Aileen cuma bantu Misha di hospital. Bukan dia yang handle kes Hasya. Dia doktor trauma. Bukan doktor kanak-kanak." Haizer menjelaskan sambil menahan sabar atas hormat dia kepada orang tua. Kalau orang muda tadi, memang mendapat juga satu dua tamparan. Senang-senang memukul isteri orang.
"Aku tak percaya. Kau buat cerita nak selamatkan isteri kau kan? Ingat ni, aku bagi last warning. Aku tahu kau masuk campur urusan keluarga aku, lagi teruk aku ganyang." Maklang berjalan terus keluar dari rumah Haizer dan Aileen.
"Zer, Aileen, maafkan aku. Mak tak dapat terima bila dia tahu aku bawak Hasya untuk treatment. Aku dah bagitahu, ini keputusan aku. Tapi mak tak percaya. Maafkan aku." Misha betul-betul rasa bersalah.
"Kau baliklah dulu. Kau selesaikan dengan maklang. Biar aku bawak Aileen masuk dulu." Aileen masih tergamam diperlakukan begitu. Haizer menarik bahu isterinya dan menuntun dia ke dalam. Aileen duduk di sofa sambil memegang pipinya yang terasa hangat. Haizer hilang ke dapur sebentar dan kembali dengan ice pack dibalut dengan sehelai kain. Dia menekap ice pack itu ke pipi Aileen yang sudah berkesan merah.
"I'm sorry." satu patah perkataan itu membuatkan bertitis-titis airmata turun di pipi Aileen. Sakit di pipi tidak sesakit didalam hati. Kenapa dia diperlakukan begitu. Haizer memeluk Aileen dan mengusap belakangnya.
"I am sorry. Maafkan abang. Memang abang yang cadangkan pada Misha untuk hantar Hasya ke hospital." Tiada kedengaran esakan dari Aileen ketika itu. Nampaknya dia sudah bertenang. Aileen melepaskan pelukan dan melihat baju kemeja kerja suaminya dibasahi airmatanya. Tangannya spontan menyapu. Haizer ketawa kecil.
"Sayang, awak tengah nangis-nangis pun sempat sapu baju abang. Sakit lagi pipi tu?" sengaja dia mengusik, bagi meredakan suasana yang sedikit tegang.
"It's not so much of rasa sakit. More like terkejut. Apa salah Aileen? Aileen just tolong Misha, direct dia apa prosedur hospital. Tiba-tiba penampar dapat hari ni. Tak cukup Maria bagi penampar hari tu. Ni maklang pulak. Seumur hidup sayang, dari kecik sampai besar tokki, tok, paksu tak pernah bagi penampar. Paling kuat rotan je. Setahun ni je dah dua kali Aileen makan penampar orang."
"Abang mintak maaf. Abang tak dapat pertahankan isteri abang. I am so sorry sayang." Dia memeluk Aileen kembali.
"It's ok. Maklang tengah terlalu emotional. Dekat hospital selalu jadi je macam ni. Tapi biasanya ada guard yang tolong. Abang lambat."
"Ok, sorry. Lain kali, abang make sure abang ada to defend my cuddle bug ni."
"Can we stay like this for a while? Suka bau ..."
"What? Abang baru balik kerja sayang. Mandi pun belum. Suka bau apanya." Haizer ketawa senang.
"Apa-apa jelah. Duk je la diam-diam. Tumpang peluk pun tak boleh."
"Boleh...boleh.. Kejap, bagi abang loosekan baju. Tercekik abang tau sayang. Jap." Aileen ditolak ketepi seketika sementara tangannya membuka butang baju dan mengeluarkan baju yang di tuck in.
"Now, I am all yours." Haizer kembali memeluk Aileen dan berbaring dia atas sofa. Degup jantung Haizer menenangkan perasaannya.
"I know my place. Aileen bukan siapa-siapa. Aileen hanya ada abang dan paksu. Kalau abang tiada, siapa yang akan sayangkan Aileen? Sayang menumpang kasih family abang." Sebak suaranya.
"Abang minta maaf bagi pihak family abang. Abang tak ada alasan untuk apa maklang buat. But, abang ada untuk sayang. Sampai mati." Haizer mengelus rambut Aileen.
"Sayang.."
"Emm.."
"Abang kena pergi operasi."
"Berapa lama?" Dia cuba menyembunyikan suara yang sedikit berubah.
"Tak sure."
"Reachable?"
"No."
Senyap sunyi. Masing-masing melayan perasaan.
"Abang, sayang pun nak beritahu abang something. Sayang pernah mohon join mission for Sabah aid hujung tahun ni. It was before kita bertunang and kahwin pun. And now sayang selected as the trauma doctor for that mission. This is a not something sayang boleh tarik diri, and I plan not to back out pun."
"Tak bahaya ke? Sabah tu sayang." Terasa tidak enak di hatinya. Haizer yang biasa dengan misi-misi tenteranya tahu betapa kawasan itu masih belum bebas dari pengganas dari dulu lagi.
"No lah. Kawasan tu dah declared clear. Lagipun sayang pegi hujung tahun. Not now. Lambat lagi. Abang yang nak tinggalkan sayang ni?"
"Ok. Kita cerita semula lain kali Ok." Dia memejamkan mata dan mengeratkan pelukan pada Aileen.
"Eh, abang. Tangan tu kemana? Ei...eiiii..." Haizer sudah ketawa nakal.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomanceAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...