Day 6
Keadaan bertukar huru hara dalam beberapa jam sahaja. Dr Anne baru berlepas dengan helikopter membawa pesakit kritikal, menjadikan Aileen sebagai pakar utama yang mengendalikan bahagian medikal.
"Tuan-puan. Bermula dari sekarang, Ground Zero procedure activated. Semua kawalan adalah dibawah kuasa Tentera Darat. Saya akan mengambil alih sebagai first line command. Bahagian medikal akan diketuai oleh Doktor Aileen Falisha. Silakan." Tenang Mejar Zul memberi taklimat.
"Pada jam 6 pagi tadi, 5 pesakit mengalami masalah penafasan. Kesemua pesakit tiada medical history yang sama cuma mereka adalah pesakit yang tiba dari kampung berhampiran. Simptom pesakit adalah ruam atau luka di mana-mana anggota badan. Setelah 3 jam dijangkiti, pesakit akan mula mengalami demam, rapid heart rate dan sesak nafas. Pada jam ke 4, keadaan ini akan berlarutan sehingga pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jangkaan utama penyakit adalah sepsis dimana infection pada badan akan mengakibatkan immune system bertindak balas secara extreme. Namun ini hanyalah diagnosis tahap awal kami. Keputusan dari makmal belum diterima.
Kami sangat kekurangan pegawai perubatan, jadi tuan-tuan perlu membantu kami dalam mencegah penyakit ini dari lebih teruk. Maklumkan kepada kami jika ada sebarang abnormalities dan perubahan serta pertambahan pesakit." Walau suaranya kedengaran tenang tetapi muka Aileen yang gusar sudah membayangkan betapa seriusnya perkara ini.
Kesemua ketua petugas yang ada disitu mengangguk. Mereka meneruskan mesyuarat dengan mengkaji langkah seterusnya. Belum pun Aileen beredar dari bilik mesyuarat, jururawat berlari mendapatkan Aileen.
"Doc, 3 patients collapsed." Aileen berlari tanpa menoleh ke belakang. Haizer memandang kerisauan. 'Abang harap sayang kuat.'
"Tuan, saya rasa kita perlu screen anggota kita. Yang ada simptom kita serahkan untuk tindakan team medical." Haizer mencadangkan kepada Mejar Zul.
"Bagus. Awak teruskan." Haizer segera bergerak untuk memberikan arahan kepada pasukannya. Kerja terus dijalankan.
"Bila kau mula demam?" Haizer gusar. Megat antara 5 anggota tentera yang mempunyai simptom.
"Masa Aileen datang semalam pun aku dah rasa suam-suam. Tapi sebab aku tak ada rashes macam yang Aileen cakap, aku tak la beritahu Aileen."
"Ok, sekarang kita ikut nasihat team medic je. Kau jangan sembunyikan simptom apa-apa pun."
***
Day 7"Leen, kau rehat dulu. Kau dapat tidur tak tadi?" Hafiz bertanya risau walaupun dia sendiri agak kepenatan, tetapi Aileen memang lebih penat.
"Aku tidur tadi. Dapat la selelap dua. Tak apa, aku Ok lagi ni."
"Doc kena rehat juga. Nak saya panggilkan Kapten ke?" Megat yang berada di atas katil pesakit cuba mengusik. Dengan bantuan oksigen pun masih ada mood untuk mengusik.
"Megat, jangan ya. Awak bukan tak tahu Haizer macam mana. Nanti dia heret saya suruh saya tidur. Saya Ok la. Tadi dah tidur. Seriously la korang!" Aileen ketawa senang. Walau badannya penat, tapi dia masih bertahan.
"Speak of the devil." Megat ketawa apabila kelibat Haizer muncul di pintu khemah.
"Doc, they requested you at the command tent now." Haizer dengan muka seriusnya memanggil.
"Ok, Kapten. Megat, awak duduk diam-diam. Hafiz, bed 6 and 7." Aileen menghulur chart pesakit kepada Dr Hafiz. Dia mendekati Haizer sebelum mencapai bukunya.
"Morning sayang. Love you." Dengan nada biasa.
"Morning hubby. Love you too." Berjalan bergandingan dengan suaminya itu memberi sedikit semangat.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomanceAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...